PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Disember 05, 2020 -Sabtu

 
  TOMMY HILFIGER MELANTIK AVERY BAKER SEBAGAI PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI JENAMA

Friday 20/11/2020



Avery Baker, President and Chief Brand Officer, Tommy Hilfiger Global (Photo: Business Wire)
 
Avery Baker, Presiden dan Ketua Pegawai Jenama, Tommy Hilfiger Global (Foto: Business Wire)


AMSTERDAM, Belanda, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelantikan Avery Baker sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Jenama, berkuat kuasa pada 17 November, 2020. Dalam peranan yang baharu diwujudkan itu, Baker mempunyai tanggungjawab global untuk produk, pemasaran dan pengalaman jenama itu merentasi semua kategori, wilayah dan saluran.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201119005356/en/

Sejak menyertai Tommy Hilfiger pada tahun 1998, Baker telah memegang banyak peranan merentasi pejabat-pejabat global syarikat itu, termasuk Ketua Pegawai Pemasaran dan Ketua Pegawai Jenama. Pada pertengahan tahun 2019, Baker melepaskan jawatan beliau untuk menumpukan masa kepada keluarga, dan beliau kini kembali kepada organisasi itu untuk menyumbang dalam melakar bab seterusnya bagi sebuah syarikat dan jenama yang sangat beliau minati. Semasa berkhidmat di syarikat itu, Baker telah memainkan peranan penting di dalam mengembangkan TOMMY HILFIGER menjadi satu daripada jenama gaya hidup premium yang terkenal di dunia. Beliau memiliki satu rekod perkhidmatan dalam membangun dan melaksanakan strategi membina jenama yang memacukan pertumbuhan perniagaan dan ekuiti jenama.

“Avery mempunyai kepekaan yang mendalam terhadap warisan dan DNA bagi TOMMY HILFIGER, dengan satu rekod prestasi dalam melancarkan inisiatif pengguna yang memberi impak yang mendorong kedua-dua jenama dan perniagaan,” kata Martijn Hagman, Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger global dan PVH Eropah. “Satu komitmen terhadap aspirasi produk dan pemasaran bertaraf dunia merupakan teras bagi visi kami untuk menjadi sebuah jenama yang benar-benar bersifat global yang memimpin dengan tujuan. Kami sangat gembira untuk menyambut Avery kembali ke dalam keluarga Tommy Hilfiger untuk memimpin jenama itu merentasi kedua-dua bidang ini dan membuka potensi global sepenuhnya.”

“Pada masa yang mencabar ini, jenama mempunyai peluang dan tanggungjawab untuk membuat perbezaan di  dalam kehidupan pengguna,” kata Baker. “Saya percaya bahawa Tommy Hilfiger dapat memberikan kesan positif yang sangat besar sebagai sebuah syarikat yang sangat disayangi sama seperti tindakan kami dan juga produk luar biasa yang kami reka. Saya amat teruja kerana dapat memulakan perjalanan baharu ini dengan Tommy, Martijn, dan pasukan kepimpinan kami di Eropah, Asia Pasifik dan Amerika, ketika kami berusaha untuk mencapai potensi jangka panjang di setiap wilayah dan mengubah syarikat itu dari dalam ke luar - dari budaya kepada pengguna - untuk menjadi sebuah syarikat yang dibina untuk tahun 2020-an.”

Baker telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Jenama syarikat itu pada tahun 2014 dan telah menyatukan pengurusan kreatif dan perniagaan untuk menyampaikan satu visi jenama baharu, memanfaatkan satu gabungan budaya pop, fesyen, teknologi dan hiburan. Beliau telah memacukan program transformasi termasuk TOMMYNOW – pertunjukan “See Now, Buy now” yang terbesar dan paling berjaya di dalam industri fesyen - dan menghidupkan semula label TOMMY JEANS yang diilhamkan dari tahun 1990-an, memanfaatkan warisannya untuk muncul sebagai satu kegemaran di kalangan pengguna yang lebih muda. Sepanjang tempoh beliau, perkongsian berprofil tinggi itu yang terjalin dengan pencipta rasa yang berpengaruh termasuk Lewis Hamilton, Zendaya, Gigi Hadid, KITH dan Vetements telah meningkatkan kaitan jenama dan memperluaskan daya tarikan syarikat itu kepada generasi baharu peminat.

TOMMY HILFIGER adalah satu daripada jenama gaya hidup terkemuka di dunia, dengan nama dan identiti yang diiktiraf di seluruh dunia. Inisiatif pemasaran syarikat itu telah berperanan dalam meningkatkan jejak TOMMY HILFIGER melalui pertumbuhan kesedaran jenama global dan strategi yang berpusatkan pengguna yang konsisten yang membina dan mengekalkan asas peminat yang setia. Hari ini, pendedahan jenama berada pada tahap paling tinggi sepanjang masa hasil daripada koleksi, kempen, perkongsian dan pengaktifan pengguna yang hebat.

Maklumat mengenai Tommy Hilfiger

Dengan sebuah portfolio jenama yang termasuk TOMMY HILFIGER and TOMMY JEANS, Tommy Hilfiger merupakan satu daripada kumpulan gaya hidup pereka berjenama premium yang paling dikenali di dunia. Tumpuannya adalah dalam mereka bentuk dan memasarkan pakaian lelaki dan pakaian sukan yang mengikut potongan badan yang berkualiti tinggi, pakaian koleksi dan pakaian sukan wanita, pakaian kanak-kanak, koleksi denim, pakaian dalam (termasuk jubah, pakaian tidur dan pakaian bersantai), kasut dan aksesori. Melalui pemegang lesen terpilih, Tommy Hilfiger menawarkan produk pelengkap gaya hidup seperti kaca mata, jam tangan, minyak wangi, pakaian renang, stokin, barangan kecil kulit, barangan rumah dan bagasi. Barisan produk TOMMY JEANS terdiri daripada seluar jean dan kasut untuk lelaki dan wanita, aksesori, dan wangi-wangian. Barang dagangan di bawah jenama TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS boleh didapati oleh pengguna di seluruh dunia melalui satu rangkaian luas kedai TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS, kedai-kedai khusus dan gedung beli-belah, peruncit dalam talian terpilih, dan di tommy.com.

Maklumat mengenai PVH Corp.

PVH adalah satu daripada syarikat fesyen dan gaya hidup yang paling dikagumi di dunia. Kami memberikan kuasa kepada jenama-jenama yang memacukan fesyen ke hadapan – selama-lamanya. Portfolio jenama kami termasuk jenama ikonik CALVIN KLEINTOMMY HILFIGERVan HeusenIZOD, ARROW, Warner’sOlga dan jenam-jenama Geoffrey Beene, serta True&Co yang sentrik digital. Kami memasarkan pelbagai jenis barangan di bawah jenama ini dan jenama-jenama lain yang dimiliki dan berlesen di peringkat nasional dan antarabangsa. PVH mempunyai lebih 40,000 syarikat bersekutu yang beroperasi di lebih 40 buah negara dan $9.9 bilion dalam pendapatan tahunan. Itulah Kuasa Kami. Itulah Kuasa PVH.

Ikuti kami di FacebookInstagramTwitter dan LinkedIn.

KENYATAAN SAFE HARBOR DI BAWAH AKTA PEMBAHARUAN LITIGASI SEKURITI PERSENDIRIAN 1995: Kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam siaran akhbar ini, termasuk, tanpa had, kenyataan yang berkaitan dengan strategi, objektif, harapan dan hasrat Syarikat itu, dibuat berdasarkan peruntukan safe harbor bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian tahun 1995. Pelabur diberi peringatan bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan tersebut sememangnya tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian, yang kebanyakannya tidak dapat diramalkan dengan tepat dan sebahagiannya mungkin tidak dapat dijangkakan, termasuk, tanpa had, (i) strategi, objektif, jangkaan dan hasrat Syarikat itu boleh berubah pada bila-bila masa mengikut budi bicara Syarikat itu; (ii) Syarikat itu boleh dianggap sebagai mempunyai pengaruh yang tinggi dan menggunakan sebahagian besar aliran tunainya untuk menjelaskan hutang mereka, akibatnya Syarikat itu mungkin tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan mereka dalam cara yang diinginkan atau telah dikendalikannya pada masa lalu; dan (iii) risiko dan ketidakpastian lain yang ditunjukkan dari semasa ke semasa dalam pemfailan Syarikat itu kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

Syarikat itu tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini secara terbuka berhubung apa-apa kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada penerimaan maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201119005356/en/

Hubungi

Tommy Hilfiger
Dana Perlman
Bendahari dan Naib Presiden Kanan, Pembangunan Perniagaan dan Perhubungan Pelabur
(212) 381-3502 pejabat
(917) 579 1374 telefon bimbit
investorrelations@pvh.com

Virginia Ritchie
Naib Presiden, Komunikasi Global
virginia.ritchie@tommy.com
Tel: +31 6 4318 4870

Sumber : Tommy Hilfiger

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.