|
|
|
|
|
|
DENGAN DWI PEREDARAN, GUANGZHOU MENDAHULUI DI DALAM PERTUMBUHAN BERKUALITI
Tuesday 24/11/2020
AsiaNet 86803
GUANGZHOU, China, 24 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/-- Persidangan Memahami China 2020, satu daripada platform yang paling berpengaruh bagi dunia untuk mempelajari mengenai strategi pembangunan China, telah berakhir pada 22 November di Guangzhou. Ini adalah kali kedua Guangzhou menjadi tuan rumah bagi acara tersebut, menjadikan kota itu sebagai satu jendela penting untuk menyaksikan perjalanan baharu China ke arah pemodenan.
Untuk memahami China bermula dengan satu pemahaman yang baik mengenai bandar raya-bandar raya China. Pada Persidangan tahun ini, Guangzhou, sebuah kota bersejarah dengan daya tahan baharu dan dorongan segar yang muncul sebagai sebuah bandar raya mega, telah mendapat perhatian yang besar daripada semua yang hadir, dengan banyak yang berharap dapat merujuk kepada pengalaman yang mereka perolehi dalam mengejar pembangunan.
Pada persidangan itu, perwakilan dari dalam dan luar negara telah memuji mengenai kebolehsuaian yang telah memberikan inspirasi bagi Guangzhou, seperti yang dilihat daripada ketersambungan berorientasikan sinergi dengan Shenzhen, pemacu revitalisasi bandar di dalam fungsi mereka yang komprehensif, daya tarikan budaya, perkhidmatan dan persekitaran perniagaan global, dan bandar raya itu telah mempercepatkan usaha berkualiti di dalam mempromosikan matlamat wilayah itu untuk pengembangan yang diselaraskan bagi delta Sungai Mutiara sebagai enjin teras, bahagian timur dan barat pesisir Guangdong sebagai tiang pertumbuhan baharu, dan bahagian utara pergunungan sebagai zon pembangunan ekologi.
Pegawai dari Guangzhou berkata bahawa Guangzhou akan merebut peluang-peluang baharu untuk mengejar transformasi dan peningkatan dan mengubah kesan negatif wabak itu untuk menjadi pemacu baharu bagi transformasi ekonomi untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang berkualiti.
Dalam menghadapi pandemik itu dan keadaan ekonomi yang rumit, Guangzhou, sebagai sebuah hab perniagaan dan perdagangan antarabangsa, kini membentuk semula paradigma pembangunan mereka dengan mencari peluang-peluang baharu untuk mendapatkan kelebihan baharu, bidang pembangunan dan pemacu pertumbuhan mereka. Bandar raya perdagangan bersejarah yang sama ini sedang berusaha sedaya upaya dengan keberanian dan kecekapan yang besar untuk menghidupkan semula diri mereka dan membantu mewujudkan satu kehidupan harian yang bahagia dan sejahtera bagi penduduk mereka.
Li Junru, naib presiden eksekutif bagi Institut China bagi Inovasi dan Pembangunan Strategi, menzahirkan harapannya yang tinggi terhadap bandar raya itu pada persidangan tersebut. Beliau menunjukkan bahawa rejuvenasi nasional China menurut sejarah boleh dikesan kembali ke Guangzhou dan perubahan bagi bandar raya itu mencerminkan perkembangan bagi negara itu. “Peralihan bagi pusat ekonomi China ke selatan dan seterusnya kemajuan di dalam membangunkan Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau adalah kedua-duanya memberikan ruang yang lebih besar bagi pembangunan,” kata Li.
Pandangan Li dapat dibuktikan dengan statistik ekonomi dan pencapaian sebenar. Data untuk tiga suku pertama tahun ini menunjukkan bahawa pertumbuhan Guangzhou bagi pelbagai petunjuk bagi pertumbuhan Guangzhou termasuk KDNK serantau telah berubah dari negatif kepada positif dengan kenaikan 1.0% tahun-ke-tahun dan, khususnya, satu peningkatan 7.9% tahun-ke-tahun yang memberangsangkan pada suku ketiga, meningkat 7.0 mata peratusan dari suku kedua.
“Pemulihan ekonomi Guangzhou semakin meningkat seiring dengan peningkatan pengeluaran dan pada masa yang sama permintaan juga terus meningkat. Pemacu pertumbuhan baharu semakin mantap, punca pendapatan penduduk begitu terpelihara dan petunjuk utama terus meningkat menjadi positif atau mencapai tahap yang tinggi sejak wabak ini meletus,” kata Feng Jun, timbalan ketua bagi Biro Statistik Guangzhou.
"Sebagai sebuah pelopor di dalam pembaharuan dan pembukaan, Guangzhou berfungsi sebagai sebuah jendela bagi seluruh dunia untuk memahami usaha China. Dan bandar raya yang berusia ribuan tahun ini kini memperbaharui semula dirinya. Kunci untuk memahami China adalah dengan mengetahui bagaimana bandar raya ini mengejar pertumbuhan semula bandar,” Zheng Yongnian, dekan bagi Institut Lanjutan bagi Kajian Global dan Kontemporari China, Chinese University of Hong Kong, Shenzhen menyampaikan ucapan pada Persidangan itu.
Ketika koronavirus itu dapat ditangani, China dan bandar raya-bandar rayanya kembali kepada kesibukan seperti biasa. Pada peralihan kritikal ini, Guangzhou, sebuah kota bersejarah dan berdaya tahan, sekali lagi, melalui Persidangan Memahami China ini, memudahkan pemahaman yang lebih baik mengenai negara ini. Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Persidangan Memahami China 2020 (Guangzhou)
--BERNAMA |
|
|
|
|
|