ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Januari 22, 2025 -Rabu

 
  KEJOHANAN DUNIA MASAKAN CINA "PIALA HADAY" 2020 BERAKHIR DI CHONGQING BANAN DI CHINA BARAT

Wednesday 25/11/2020

AsiaNet 86836

CHONGQING, China, 25 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Pertandingan undangan luar talian bagi Kejohanan Dunia Masakan Cina “Piala Haday” 2020 telah  berakhir di Pusat Budaya dan Sukan Antarabangsa Huaxi di Daerah Banan, Perbandaran Chongqing di China barat pada 22 November, di mana peserta dan pengunjung telah menikmati satu perayaan makanan Cina dan budaya tempatan pada masa yang sama, menurut Jabatan Publisiti bagi Daerah Banan.

Kejohanan Dunia Masakan Cina itu telah diasaskan oleh Persatuan Masakan Cina pada tahun 2015. Ia bertujuan untuk mengukuhkan pertukaran global bagi kemahiran masakan Cina,  mempromosikan hasil kerja masakan Cina yang halus, meningkatkan daya saing antarabangsa bagi budaya makanan Cina, dan memudahkan pertukaran bagi budaya masakan Cina dan barat. Kejohanan Dunia Masakan Cina “Piala Haday” 2020 itu ditemakan untuk memperkenal dan mempromosikan masakan Cina dan diadakan secara dalam talian dan luar talian.

Pertandingan dalam talian pada tahun ini telah mendapat perhatian dan sokongan yang meluas daripada industri makanan Cina di seluruh dunia. Kira-kira 690 orang dari seluruh dunia telah mendaftar untuk pertandingan itu, dengan menghantar hampir 1,000 video memasak, yang menerima lebih dari 10 juta kunjungan dalam talian dan lebih 100 juta hit. Cara sedemikian telah memperluaskan jenama masakan Cina di peringkat global.

Pada kejohanan luar talian itu yang diadakan di Banan, 18 peserta, sebagai wakil bagi peserta dalam talian dan luar talian, telah bertanding dalam makanan panas, makanan yang dimasak dari gandum, makanan sejuk yang kreatif dan ukiran buah-buahan dan sayur-sayuran. Dengan kemahiran memasak makanan Cina yang indah, mereka telah menyatakan pemahaman mereka mengenai budaya masakan Cina di dalam makanan mereka. Anugerah emas, perak, gangsa, kecemerlangan dan anugerah lain bagi keseluruhan pertandingan itu, serta juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga bagi setiap acara khusus telah disampaikan dalam satu majlis penyampaian anugerah di situ.

Pertandingan ini dihoskan oleh Persatuan Masakan Cina, Foshan Haitian Flavoring and Food Company Ltd. dan GoChinaTV, dan telah dianjurkan oleh kerajaan tempatan. Sebagai penaja am bagi kejohanan itu, Foshan Haitian Flavoring and Food Company Ltd. telah berusaha untuk mempromosikan masakan Cina dan menyediakan pelbagai perasa kepada peserta bagi membantu meningkatkan dan berkongsi warna, aroma, rasa dan bentuk bagi masakan Cina.

Penganjur juga telah mengadakan aktiviti untuk mempamerkan bahan makanan Cina dan mencari pakar memasak amatur dan bakat muda dalam satu usaha untuk mempromosikan juadah tempatan, budaya makanan Cina dan warisan kemahiran memasak.

Kejohanan masakan itu adalah merupakan sebahagian daripada Pameran Seni Bunga Kekwa ke-24 di Banan, yang berhasrat untuk mempromosikan sumber pelancongan yang kaya di bandar raya itu. Lebih 2 juta pasu bagi pelbagai bunga kekwa telah dipaparkan untuk mempamerkan perkembangan kebudayaan, ekonomi dan sosial Banan dan aspek lain melalui reka bentuk yang berbeza. Pameran seni bunga kekwa pada tahun ini juga secara kebetulan bertepatan dengan Pesta Tanglung Mata Air Panas Selatan, satu lagi perayaan cahaya di bandar raya itu. Sebanyak 108 lampu dengan 18 tema yang berlainan dipasang di sepanjang jalan, dan akan berlangsung hingga akhir Februari 2021.
 
Untuk butiran lanjut, sila layari www.cqbn.gov.cn.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi daerah Banan, Chongqing

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.