ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN MELALUI FOODEX JEPUN 2021 YANG AKAN DIADAKAN DI WILAYAH CHIBA JUGA SECARA DALAM TALIAN: OPERASI "HIBRID" SEBENAR & MAYA ADALAH "KEBIASAAN BAHARU" UNTUK PAMERAN MAKANAN & MINUMAN

Friday 08/01/2021

AsiaNet 87481

CHIBA, Jepun, 8 Jan., 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

– Mencari Bakal Pembekal melalui Pameran yang Menggabungkan Tapak & Platform Internet –
                                   
FOODEX JEPUN 2021 dijadual akan diadakan di Makuhari Messe di wilayah Chiba, tempat untuk beberapa acara pada Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020, dari 9 Mac hingga 12 Mac, 2021. FOODEX JEPUN adalah sebuah pameran makanan & minuman terkemuka di Jepun yang mempunyai sejarah lebih 45 tahun, dengan pempamer dari lebih 90 buah negara dan wilayah mengambil bahagian. Oleh itu, walaupun ia terletak di Jepun, kedua-dua pempamer dan pembeli mempunyai satu peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka ke seluruh dunia sepanjang pameran selama 4 hari itu.

Ini merupakan satu amalan yang telah ditetapkan bagi Kerajaan Wilayah Chiba untuk mendirikan gerai mereka sendiri di FOODEX JEPUN untuk menyokong pembangunan bagi saluran jualan untuk perniagaan yang berkaitan dengan makanan di wilayah tersebut. Ini akan menjadi kali pertama untuk menganjurkan dua jenis pameran FOODEX JEPUN pada masa yang sama: secara bersemuka dan secara dalam talian. Dengan menggabungkan kedua-dua kaedah itu, kedua-dua pempamer dan pembeli boleh mengharapkan lebih banyak peluang pertemuan perniagaan tanpa mengira waktu dan tempat.

Sehingga kini, penyediaan sampel makanan dan minuman pada perjumpaan perniagaan merupakan bahagian penting bagi industri ini. Walau bagaimanapun, dalam era baharu ini, walaupun ia agak mustahil untuk menyediakan sampel sedemikian secara langsung sekiranya terdapat sebuah pameran maya, penganjur FOODEX JEPUN berpendapat bahawa adalah penting untuk mewujudkan satu rangkaian dengan bakal pembeli, pertama melalui pertemuan dalam talian dan kemudian meneruskan untuk melanjutkan pembangunan perniagaan.

Sila rujuk kepada pautan berikut berhubung “Apa yang boleh anda lakukan dengan Pameran Maya FOODEX JEPUN”:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202012239068-O1-o2t6sQeq.pdf
 
FOODEX JEPUN 2021
Tarikh: 9 Mac – 12 Mac, 2021
Tempat: Makuhari Messe, Wilayah Chiba, Jepun
 
Tarikh akhir permohonan (dilanjutkan dari tarikh asal):
Penganjur pavilion: 18 Januari, 2021
Pempamer individu:
- Ruang kosong: 18 Januari, 2021
- Pakej gerai: 19 Februari, 2021
Pertanyaan: https://www.jma.or.jp/foodex/en/
Brosur: https://www.jma.or.jp/foodex/en/img/etc/documents/
pdf-brochure2021.pdf

 
Sumber: Kerajaan Wilayah Chiba 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.