|
|
|
|
|
|
MUZIUM KRAF NASIONAL, JEPUN AKAN MENGADAKAN PAMERAN PEMBUKAAN BESAR-BESARAN MEREKA YANG KETIGA DARI APRIL, 2021
Tuesday 16/03/2021
AsiaNet 88385
KANAZAWA, Jepun, 16 Mac, 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/--
Muzium Kraf Nasional, satu-satunya muzium seni nasional Jepun yang mengkhususkan di dalam “kogei” (kraf), akan mengadakan Pameran Pembukaan Besar-besaran mereka yang ketiga yang bertajuk “Kraf Moden dan Peralatan Teh: Perabot dalam Setiap Musim” dari 29 April hingga 4 Julai. Muzium itu menempatkan kira-kira 3,900 hasil karya dari akhir abad ke-19 sehingga sekarang. Hasil karya ini merangkumi pelbagai bidang termasuk seramik, kaca, peralatan lakuer, hasil kerja kayu, hasil kerja buluh, tekstil, anak patung, hasil kerja logam, reka bentuk industri dan reka bentuk grafik. Muzium itu pada asalnya terletak di Tokyo tetapi telah dipindahkan dan dibuka semula di Kanazawa, Wilayah Ishikawa di barat laut Jepun pada tahun 2020.
(Foto: https://kyodonewsprwire.jp/release/202102251499?p=images) Bangunan muzium itu adalah bangunan kayu gaya Barat yang telah diubahsuai yang dibina kira-kira 100 tahun yang lalu. Sebagai tambahan kepada bilik-bilik pameran, muzium itu menampilkan studio yang telah dipindahkan dan dipasang kembali bagi artis lakuer Matsuda Gonroku, dalam satu kawasan yang memberi pengunjung rasa yang lebih baik tentang bagaimana pekerja mahir bekerja dan peralatan yang digunakannya, serta panel sentuh dan pemasangan video yang dipasang secara kekal yang menerangkan terminologi dan teknik kraf Jepun. Kesemua ini tersedia dalam bahasa Inggeris, Cina dan Korea dan boleh dinikmati oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak. Di kawasan sekitar Muzium Kraf Nasional itu terdapat Kenroku-en, satu daripada tiga taman terindah di Jepun, dan Muzium Seni Wilayah Ishikawa, yang menempatkan khazanah kebangsaan abad ke-17 dan karya seni hebat yang lain. Muzium Abad ke-21 bagi Seni Kontemporari, Kanazawa juga berada dalam jarak berjalan kaki. Kanazawa adalah sebuah bandar raya dengan banyak bangunan bersejarah dan budaya tradisional yang kaya. Terdapat beberapa deretan kedai teh dengan seni bina rumah bandar tradisional, dan terdapat banyak kedai di mana pengunjung boleh membeli barangan kraf. Pada waktu malam, mereka boleh menikmati sushi yang dibuat dengan makanan laut segar, bersama dengan sake buatan tempatan. Ia adalah satu perjalanan menaiki kereta api selama 2 1/2 jam dari Tokyo ke Kanazawa menaiki Hokuriku Shinkansen. Muzium Kraf Nasional itu telah menarik perhatian sebagai satu pangkalan baharu untuk perjalanan ke Kanazawa, di mana pengunjung dapat sepenuhnya menikmati budaya Jepun, dari era samurai sehingga sekarang.
Pameran akan datang 29 April - 4 Julai, 2021 Kraf Moden dan Peralatan Teh: Perabot dalam Setiap Musim -- Pameran Pembukaan Besar-besaran bagi Muzium Kraf Nasional Ketiga Laman web: https://www.momat.go.jp/english/cg/ Sumber: Muzium Kraf Nasional
--BERNAMA |
|
|
|
|
|