ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  UPACARA MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA HUANGDI TELAH DIADAKAN DI DAERAH HUANGLING, SHAANXI DI CHINA

Tuesday 06/04/2021

AsiaNet 88854

Table

Kanak-kanak dan remaja menyanyi pada upacara memberi penghormatan kepada Huangdi, Maharaja Kuning itu, nenek moyang legenda bagi bangsa China, pada  Ahad.


HUANGLING, China, 6 April, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Satu upacara besar-besaran untuk memberi penghormatan kepada Huangdi, atau Maharaja Kuning, nenek moyang legenda bagi bangsa China, telah diadakan di Makam bagi Maharaja Kuning di daerah Huangling, wilayah Shaanxi, pada Ahad, yang juga merupakan Hari Membersihkan Makam. Upacara pemujaan itu telah juga diadakan di Taiwan secara serentak, yang disiarkan secara langsung di kedua-dua belah pihak.
 
Diadakan secara bersama oleh Pejabat Hal Ehwal Majlis Negeri Taiwan, Pejabat Hal Ehwal China Luar Negeri mereka, Persekutuan bagi Orang Cina Luar Negeri yang Pulang dan kerajaan wilayah Shaanxi, acara tahunan itu telah menarik ramai pengunjung ke Huangling, di mana Huangdi dipercayai telah dikebumikan.

Di Makam Maharaja Kuning itu, yang terletak di Gunung Qiaoshan di sepanjang Sungai Juhe, wakil dari semua pihak yang mengambil bahagian di dalam upacara penyembahan awam ini berbaris dengan penuh takzim. Di bawah bimbingan barisan kawalan kehormat, perarakan itu berarak di sepanjang Jambatan Xuanyuan dan Jalan Longwei, perlahan-lahan memasuki Tokong Xuanyuan dan mengambil tempat mereka di kawasan yang ditentukan di Sacrificial Square. Di Sacrificial Square itu, 56 bendera naga yang melambangkan kesatuan bagi negara China berkibar di tiup angin, dan suasananya sungguh takzim.

Upacara itu memaparkan sembilan urutan yang berkaitan dengan Huangdi dan budaya Cina kuno, termasuk persembahan seni rakyat dan aktiviti penanaman pokok. Tema tahun ini adalah “Mengumpulkan kekuatan bagi bangsa China, dan memulakan satu perjalanan baharu bagi pencergasan nasional”.

Pencapaian bersejarah telah ditonjolkan di dalam ucapan pengebumian yang disampaikan oleh Zhao Yide, gabenor Shaanxi, termasuk penyiapan Rancangan Lima Tahun ke-13 (2016-20) dan kemajuan ke arah membangunkan sebuah masyarakat yang agak makmur dalam semua aspek.

Juga dikenali sebagai Xuanyuan Shi, Huangdi secara meluas dianggap sebagai nenek moyang bagi bangsa China, bersama dengan Maharaja Yan. Semua orang Cina selepas itu telah mengisytiharkan diri mereka sebagai yanhuang zisun -- keturunan daripada Maharaja Kuning dan Maharaja Yan.

Setelah menakluki Maharaja Yan dan Chiyou, Huangdi menjadi ketua suku kaum. Semasa pemerintahan beliau, kira-kira 4,600 tahun yang lalu, kejayaan cemerlang seperti penanaman tanaman, pemeliharaan ulat sutera, huruf-huruf dan ubat-ubatan Cina telah dicipta, untuk membantu memupuk perkembangan peradaban Cina.

Fang Guanghua, naib gabenor Shaanxi, berkata bahawa mengorek ke dalam budaya-budaya tradisional yang berkaitan dengan Maharaja Kuning juga membawa bersamanya nilai-nilai yang ada pada masa ini, membantu negara itu meningkatkan keyakinan kebudayaan dan meneruskan semangat kebangsaan.
 
Sumber: Kerajaan Wilayah Shaanxi
 
Pautan Lampiran Imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=388355
 
Kapsyen: Kanak-kanak dan remaja menyanyi pada upacara memberi penghormatan kepada Huangdi, Maharaja Kuning itu, nenek moyang legenda bagi bangsa China, pada  Ahad.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.