PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

April 18, 2021 -Ahad

 
  AGROBANK DAN MTDC METERAI KERJASAMA BAGI MERANCAKKAN AMALAN I4.0 DI SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA

Wednesday 07/04/2021



Table
Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank dan Dato' Norhalim Yunus, Ketua Eksekutif MTDC menukar dokumen perjanjian persefahaman sambil disaksikan oleh Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) (tengah); Datuk Seri Haji Ahmad Hamzah, Timbalan Menteri 1 MAFI (dua dari kiri);  Dato' Haslina Abdul Hamid, Ketua Setiausaha MAFI (dua dari kanan); Dato’ Mustapha Buang, Pengerusi Agrobank (kiri) dan Tan Sri Abd Rahman Mamat, Pengerusi MTDC (kanan).


KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Agrobank dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) hari ini memeterai satu perjanjian persefahaman untuk berkolaborasi dan mempromosi program pembangunan usahawan bagi merancakkan amalan teknologi industri 4.0 di sektor pertanian di Malaysia.
 
Menerusi kerjasama ini, Agrobank akan menyediakan pembiayaan kewangan sebanyak RM20 juta bagi 200 usahawan daripada sektor pertanian yang dikenal pasti oleh MTDC dalam fasa pertama inisitif ini. Setiap usahawan akan menerima pembiayaan maksimum RM100,000.
 
Usahawan yang dikenalpasti akan dibimbing, dilatih dan diberikan bantuan teknikal menerusi cabang akademi MTDC iaitu, Technopreneur Training Academy (TENTRA) untuk latihan keusahawanan dan Centre of 9 Pillars (Co9P) untuk kemudahan latihan bersama jurulatih berpengalaman bagi setiap latihan dan keperluan solusi i4.0.
 
Majlis menandatangani perjanjian antara Agrobank dan MTDC ini diwakili Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank dan Dato Norhalim Yunus, Ketua Eksekutif MTDC, dan disaksikan oleh Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dato’ Mustapha Buang, Pengerusi Agrobank dan Tan Sri Abd Rahman Mamat, Pengerusi MTDC pada Rabu.
 
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, kerjasama antara Agrobank dan MTDC ini bakal  merealisasikan visi i4.0 negara yang mengaplikasi amalam pertanian moden dan pintar  dalam sektor pertanian.
 
Beliau berkata, pelbagai bentuk latihan termasuk sesi perkongsian ilmu yang bakal dikendalikan bersama oleh dua entiti ini dijangka merancakkan lagi penggunaan teknologi industri 4.0 khususnya dikalangan usahawan yang mengikuti program pembangunan ini.
 
“Amalan teknologi moden dan pintar bakal menjadi masa depan di landskap sektor pertanian, dan saya berasa gembira kerana akhirnya visi ini akan direalisasikan menerusi kerjasama ini bagi menyokong pembangunan industri pertanian.
 
“Usahawan akan diperkenalkan kepada penggunaan robot dalam amalan pertanian pintar yang bukan sahaja menjimatkan kos operasi, malah membantu menguruskan perniagaan yang dengan lebih baik. Pertanian pintar mempunyai potensi besar untuk menyediakan hasil pertanian yang lebih produktif dan secara mampan,” katanya.
 
Sementara itu, menurut Dato’ Mustapha Buang, Agrobank berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada kerjasama ini di mana pihak Bank sentiasa komited untuk menyokong peluang perniagaan yang berpotensi untnuk membangunkan industri pertanian negara.
 
“Walaupun berdepan pelbagai cabaran global seperti faktor perubahan cuaca, peningkatan penduduk dan kekurangan sumber, prospek sektor pertanian nampak positif untuk dekad seterusnya. Sektor pertanian atau lebih tepat, sektor agro makanan, akan terus menjadi enjin utama yang menyumbang kepada ekonomi negara.”
 
“Justeru itu, dengan menceburi konsep perniagaan baharu yang melibatkan teknologi, kami yakin inilah cara pertanian harus dijalankan pada masa hadapan and ia harus bermula di sini. Amalan i4.0 dalam perniagaan tani mempunyai masa depan yang cerah sekiranya diguna pakai dengan teknik yang betul.”
 
“Kami juga yakin, dengan bimbingan sewajarnya, inisiatif ini bakal menarik lebih ramai usahawan muda untuk menceburi bidang pertanian dan menjadikan pertanian sebagai sumber kekayaan baharu dalam beberapa masa akan datang,” tambahnya.
 
Dalam pada itu, Tan Sri Abd Rahman Mamat berkata, menerusi kerjsama ini, usahawan berpeluang untuk memanfaatkan rangkaian luas MTDC kerana mereka akan diberikan latihan pemasaran, peluang mengembangkan rangkaian dan solusi teknologi kepada pertanian moden dan pintar.
 
“IoT atau Internet of Things akan mengubah perspektif sektor pertanian. MTDC sebagai pemudah strategik bagi i4.0 adalah komited untuk membantu dan membimbing usahawan yang mengguna pakai teknologi i4.0 yang dibangunkan oleh sumber dan bakat tempatan,” katanya.
 

Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.  Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my 

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Sumber: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Agrobank
Nama: Shahreen Rahim
Ketua Seksyen Perhubungan Awam, Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank
Tel: 03-2731 1660 / +6012-943 6217 
E mel: shahreen.rahim@agrobank.com.my
 
Nama: Rasheffa Rashid
Eksekutif, Perhubungan Awam, Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank
Tel: 03-2731 1650 / +6019-2729907 
E-mel: rasheffa@agrobank.com.my 

MTDC 
Alvirah Mohd Natt – Vice President
Jabatan Komunikasi MTDC
Tel: 017-2122802
E-mel: alvirah@mtdc.com.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.