PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

April 18, 2021 -Ahad

 
  CEF-CEF SELEBRITI MENYAMBUT BULAN RAMADAN DENGAN BERKONGSI RESIPI-RESIPI ENAK DI "DAPUR KAWKAW SELEBRITI" BERSIARAN SECARA LANGSUNG DI FACEBOOK SELAMA 30 HARI

Thursday 08/04/2021



 
KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 April (Bernama-PRNewswire) -- Bagi yang menyambut bulan Ramadan tahun ini, bolehlah mengikuti siri "Dapur KawKaw Selebriti" yang menampilkan 3 orang cef selebriti terkemuka di Malaysia yang akan berkongsi sebanyak 90 resipi untuk berbuka puasa dan menyambut sahur selama 30 hari bersiaran secara langsung di Facebook.
 
Bermula pada hari pertama Ramadan, iaitu 13 April sehingga 12 Mei 2021, rakyat Malaysia dapat mengikuti siaran langsungnya di Facebook  setiap hari, dari jam 12.30 sehingga 1.30 tengahari.

Setiap episod diterbitkan mengikut kualiti program siaran TV dan menampilkan salah seorang dari 3 cef selebriti, iaitu Cef Nik Michael, Cef Fikree and Cef Naem. Kemunculan khas pelakon, pelawak dan hos terkenal Imuda, Mat Dan, Rhys William dan Cik B memeriahkan lagi suasana di dapur.

Selain belajar bagaimana membuat makanan yang cepat, enak, dan profesional dengan menggunakan produk makanan dari Kawan dan Kanika, iaitu penaja utama "Dapur KawKaw Selebriti," penonton juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah eksklusif.

Kawan Food Berhad adalah salah satu pengeluar makanan sejuk beku Asia yang terbesar di Malaysia dan pengeksport terkemuka ke seluruh dunia,  menyediakan produk yang asli, selamat dan berkualiti tinggi untuk pengguna dengan harga yang berpatutan.

Kanika hanya menyediakan produk kualiti terbaik yang menjadi pilihan restoran, hotel, dan cef, serta memenuhi jutaan selera di sekitar Asia Tenggara. Keutamaan Kanika adalah menyediakan produk berkualiti tinggi untuk pengalaman masakan yang terbaik.

Di setiap siaran langsung, penonton juga dapat mengambil bahagian dalam peraduan yang menarik, "Teka KawKaw," dengan meneka berat suatu item yang ditentukan dan menaip jawapannya dengan segera di ruangan komen Facebook. Peserta dengan jawapan paling tepat dan cepat akan memenangi pisau eksklusif "Martin Yan's Signature Knife" bernilai RM178.

"DAPUR KAWKAW SELEBRITI" juga menampilkan kemunculan khas dari Chef Martin Yan secara atas talian dari Amerika Syarikat dan juga Dr. Soo Wincci, bekas peserta Masterchef Celebrity Malaysia, dari Sepanyol.

Cef Nik Michael menjadi terkenal ketika dia mengambil bahagian dalam Masterchef Malaysia pertama pada tahun 2011. Setelahnya, dia diundang menjadi hos program TV seperti "Hello Bro, Tolong Masak."

Cef Fikree adalah seorang hos program TV, pelakon dan cef selebriti dan pernah mengacarakan "Dapur Panas," "Aroma Tradisional" dan "Hello Bro."

Chef Naem adalah pemenang pertandingan TV realiti "Hero Oven." Dia juga pernah mengacarakan beberapa program TV, termasuk "Dapur Panas" dan "Dapur Ramadan."

Imuda, salah seorang pelakon komedi yang paling popular di Malaysia, terkenal dengan peranannya dalam sitkom popular, "2 + 1" dan "Pi Mai Pi Mai Tang Tu."

Mat Dan adalah orang Barat yang fasih bertutur dialek Terengganu menjadikannya tarikan sebagai hos rancangan TV dalam Bahasa Melayu.

Rhys William, yang dilahirkan di Britain, menjadi popular menerusi rancangan "Mat Salleh Cari Makan" kerana gayanya yang spontan dan fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.

Cik B, anak perempuan kepada pengusaha kosmetik, Dato 'Seri Vida, melakar namanya sendiri di media sosial dengan menerbitkan video menarik di Instagramnya, @ cikb_havoc66.

"Yan Can Cook, So Can You!" atau "Yan Boleh Masak, Begitu juga Kamu!" menjadi laungan slogan Martin Yan, 'chef extraordinaire' dan hos televisyen popular yang dikenali di seluruh dunia. Sehingga kini, "Yan Can Cook" menjadi salah satu program masakan TV yang paling popular di televisyen di dunia.


Ikuti "Dapur KawKaw Selebriti" sekarang untuk resipi bulan Ramadan yang hebat dan peluang memenangi hadiah-hadiah eksklusif:
https://www.facebook.com/Dapur-KawKaw-Selebriti-101335855366669
https://dapurkawkawselebriti.com/
 
 
[Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi: Irriesse Chia, 010-2216099, irriessechia@gmail.com]

Sumber: Dapur KawKaw Selebriti

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.