ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 11, 2024 -Sabtu

 
  ​KAWASAN BAHARU CHONGQING LIANGJIANG DI CHINA BARAT MEMANFAATKAN HUBUNGAN DENGAN SCO UNTUK PEMBUKAAN YANG LEBIH BESAR

Tuesday 13/04/2021

AsiaNet 88955

CHONGQING, China, 13 April, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Mesyuarat promosi bagi Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang-Platform Berbilang Fungsi Perdagangan dan Ekonomi Negara-negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) telah diadakan di Beijing pada 9 April, demikian menurut Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang. Ini adalah satu tindakan konkrit untuk melaksanakan semangat bagi Mesyuarat ke-20 bagi Majlis Ketua-Ketua Negara Anggota SCO dan adalah sangat penting kepada kejayaan Forum Industri Ekonomi Digital China-SCO itu.
 
Pada September 2020, Platform Berbilang Fungsi Perdagangan dan Ekonomi bagi Negara-negara SCO telah secara rasmi ditempatkan di Pusat Kerjasama Antarabangsa Chongqing Liangjiang. Ia adalah sebuah platform pelbagai bidang dan pelbagai fungsi untuk kerjasama dan pertukaran antarabangsa yang berpusat kepada usaha ekonomi dan perdagangan.

Chongqing memainkan satu peranan khas di dalam memperluaskan kerjasama di wilayah SCO itu, menurut Vladimir Norov, setiausaha agung bagi SCO. Mengadakan mesyuarat promosi ini telah membawa lebih banyak kemungkinan untuk pengembangan bagi negara-negara anggota SCO, dan SCO juga bersedia untuk memperkukuhkan perhubungan dengan Chongqing dan Kawasan Baharu Liangjiang untuk bersama-sama menggalakkan kerjasama antara wilayah dalam pelbagai bidang, kata beliau.

Chongqing adalah satu-satunya perbandaran yang secara langsung berada di bawah pentadbiran kerajaan pusat di barat China dan adalah merupakan sebuah bandar raya pusat nasional yang penting dengan kelebihan geografi yang menonjol dan satu kedudukan strategik yang penting.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Chongqing telah secara aktif mempromosikan pembangunan bersama bagi Inisiatif Belt and Road (BRI) dan pengembangan bagi Kawasan Ekonomi Sungai Yangtze. Ia merebut peluang-peluang strategik seperti pengembangan bagi lingkaran ekonomi Chengdu-Chongqing, dan memanfaatkan dengan baik mekanisme pertemuan pemimpin-pemimpin tempatan SCO untuk mempromosikan pembukaan kawasan pedalaman, dan melihat satu momentum yang kukuh bagi pertumbuhan yang berkualiti tinggi.

Platform itu adalah satu pembawa penting untuk memperkukuhkan ekonomi dan kerjasama perdagangan di antara China dan SCO, menurut seorang pegawai kanan Chongqing. Acara itu dijangka dapat meningkatkan tahap saling hubungan, kerjasama ekonomi dan perdagangan, serta pengembangan platform, untuk memperdalamkan pertukaran dan kerjasama secara komprehensif dalam pelbagai bidang, dan untuk mempromosikan pembinaan bagi platform itu untuk mencapai hasil baharu.

Mesyuarat promosi itu juga termasuk satu promosi keseluruhan bagi Kawasan Baharu Liangjiang. Kedudukan asas bagi kawasan baharu itu adalah untuk membina sebuah pintu masuk terbuka pedalaman dan sebuah bandar raya pintar. Matlamat pembangunan utama itu adalah untuk membina sebuah kawasan utama pembangunan berkualiti tinggi dan sebuah kawasan demonstrasi kehidupan yang berkualiti tinggi.

Kawasan baharu itu akan terus mengukuhkan kerjasama dengan negara-negara SCO dan BRI dari segi pengangkutan, logistik, ekonomi dan perdagangan, pertukaran industri dan kebudayaan. Ia dijangka dapat membina sebuah ekologi untuk kerjasama pelbagai hala bagi mencapai usaha bersama, penggalakan bersama, perundingan meluas dan manfaat yang dikongsi bersama, dan untuk membina satu pola kerjasama yang berakar umbi di China, yang dikaitkan dengan ASEAN dan terbuka kepada dunia.

Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang berperanan sebagai satu fulkrum strategik yang penting di dalam Strategi Pembangunan Barat China dan terletak di kawasan teras di persimpangan BRI dan Kawasan Ekonomi Sungai Yangtze. Ia mempunyai kelebihan penting untuk menghubungkan pasaran Asia Tengah, EU, ASEAN dan Asia Pasifik.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kawasan baharu itu telah membangunkan sebuah sistem pembukaan yang meluas ke semua arah dan sebuah sistem perindustrian moden yang diwakili oleh kenderaan, elektronik, peralatan kelas atasan, industri bioperubatan dan perkhidmatan moden. Sebanyak 160 syarikat Fortune 500 telah menetap di Liangjiang, dengan semakin banyak organisasi antarabangsa, persatuan dan perusahaan multinasional menyertai kempen pelaburan dan penempatan di kawasan baharu itu.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari : http://www.liangjiang.gov.cn/
 
Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.