ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  MI KERING PANAS, MENARA KREN KUNING DAN PROSPEK CERAH: WUHAN MENGHULURKAN JEMPUTAN KEPADA PELAWAT, PELABUR GLOBAL

Tuesday 13/04/2021

AsiaNet 88979

Table

Bunga sakura di Wuhan

 
WUHAN, China, 13 April, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada tengah hari 12 April, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri China telah mengadakan satu acara promosi global khas bagi Wilayah Hubei di China tengah.

Sebanyak 275 orang duta, diplomat dan wakil bagi organisasi antarabangsa dari 155 kedutaan di China dan 21 organisasi antarabangsa di China telah berkumpul di dewan persidangan media kementerian itu untuk merasakan kelahiran semula bandar raya Wuhan yang gagah berani, menurut Jabatan Publisiti bagi Perbandaran Wuhan.

Ahli Majlis Negara China dan Menteri Luar Negeri Wang Yi telah menghadiri dan menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. “Sidang media hari ini adalah promosi terbesar yang dihadiri oleh utusan dan perwakilan asing yang terbesar jumlahnya. Ia menunjukkan sepenuhnya pengiktirafan meluas terhadap pencapaian Hubei dan Wuhan dalam memerangi wabak itu,” kata Wang pada majlis itu.

Wuhan adalah sebuah bandar raya yang gagah berani, dinamik dan penuh harapan serta sebuah hab pengangkutan utama di China. Wuhan juga merupakan sebuah pangkalan perindustrian yang penting dan satu daripada tiga kawasan yang berintensifkan kecerdasan di negara itu, kata Wang Zhonglin, seorang pegawai tinggi di Wuhan.

Wuhan: sebuah bandar raya yang selamat dan penyumbang kepada perjuangan global terhadap COVID-19

Olivier Guyonvarch, konsul besar Perancis di Wuhan, berkata Wuhan adalah sebuah kota yang sangat selamat, terutama setelah satu ujian asid nukleik di seluruh bandar raya itu dilakukan pada Mei 2020.

“Wuhan adalah satu daripada tempat yang paling selamat di muka bumi sekarang,” kata Jeff Laing, presiden bagi Maple Leaf International School-Wuhan.

Sebagai bandar raya pertama yang dilanda wabak itu, Wuhan telah tidak melihat sebarang kes tempatan baharu selama hampir 11 bulan berturut-turut. Pada Mei 2020, ia mengambil Wuhan masa 10 hari untuk melengkapkan ujian asid nukleik yang merangkumi puluhan juta orang, menjadikan Wuhan sebagai “bandar raya paling selamat. Pada Mac 2021, kumpulan pertama bagi vaksin COVID-19 yang tidak aktif “Buatan Wuhan” itu telah dihasilkan dengan pengeluaran tahunan sebanyak 100 juta dos, yang menyumbang kepada usaha untuk memerangi wabak itu.

Wuhan: sebuah magnet bagi pelabur global

Sejak satu tahun yang lalu atau lebih, lebih dari 300 syarikat Fortune 500 telah datang ke Wuhan untuk mengadakan rundingan perniagaan. Wuhan yang dihidupkan semula telah menjadi sebuah hab untuk syarikat-syarikat terkenal di dunia seperti Mitsubishi dari Jepun dan Honeywell dari Amerika Syarikat untuk mengunjungi dan melabur.

Menjelang akhir tahun 2020, jumlah perusahaan asing yang melabur di Wuhan telah melebihi 7,200, dan bilangan bagi 500 perusahaan teratas telah melebihi 300, menduduki tempat pertama di China tengah. Wuhan telah menubuhkan lebih dari 360 perusahaan di luar negeri, meliputi lebih 50 buah negara dan wilayah. Perkhidmatan kereta api barang China-Eropah dari Wuhan meliputi 34 buah negara dan 76 bandar raya di benua Eurasia, dan kadar kontena beratnya adalah yang tertinggi di China.

Selain itu, Wuhan melihat satu rangkaian rakan global yang semakin meningkat. Sejak tahun 1979, apabila Wuhan dan Oita di Jepun menjadi pasangan pertama bandar raya berkembar di peringkat antarabangsa, Wuhan telah silih berganti menubuhkan bandar raya berkembar atau bandar pertukaran mesra dengan 113 bandar raya dari 58 buah negara. Perancis, Amerika Syarikat, Republik Korea dan United Kingdom telah menubuhkan konsulat jeneral di China. Rusia telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah konsulat jeneral China yang baharu di Wuhan. Sementara itu, Wuhan adalah tempat bagi pejabat perwakilan bagi lebih  20 institusi asing di China.

Satu siri dasar-dasar bakat terbuka telah juga memberikan rakan-rakan asing dengan rasa kekitaan kepada Wuhan. Pada masa ini, terdapat hampir 10,000 penduduk tetap asing di Wuhan, dan adalah dianggarkan jumlah itu akan mencapai 20,000 orang menjelang tahun 2025. Berusaha untuk membangunkan sebuah tanah tinggi pedalaman yang terbuka kepada dunia, Wuhan sedang membuat kemajuan besar ke arah sebuah pusat komunikasi antarabangsa.

“Selamat datang ke Wuhan untuk menikmati pemandangan yang indah pada sepanjang tahun, nikmati mi kering panas yang popular, kunjungi Menara Kren Kuning, berkongsi peluang-peluang pertumbuhan bandar raya itu dan mewujudkan sebuah masa depan yang lebih baik,” kata Wang, sambil menambah bahawa Wuhan adalah sebuah bandar raya yang selamat, sihat, bandar raya antarabangsa yang dinamik yang dibuka kepada pelawat global.

Sumber: Jabatan Publisiti bagi Perbandaran Wuhan

Pautan Lampiran Imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=388897

Kapsyen: Bunga sakura di Wuhan

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.