ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ​JUALAN AUTOMOTIF KUMPULAN UMW MELONJAK SEBANYAK 35% BAGI SUKU PERTAMA 2021; CATATKAN JUALAN KENDERAAN HAMPIR 75,000 UNIT

Thursday 15/04/2021



- UMW Toyota Motor mencatatkan penjualan sebanyak 17,000 unit
- Perodua mencatatkan penjualan sebanyak 57,911 unit

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Penjualan automotif Kumpulan UMW meningkat 35% bagi suku pertama tahun 2021 dengan UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu, Perodua, mencatatkan penjualan yang lebih tinggi.  Peningkatan jualan kenderaan bagi Kumpulan didorong oleh pelancaran model baru serta insentif pengecualian cukai penjualan yang dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021.
 
Berikutan pelancaran model baru dan yang dikemaskini, jumlah penjualan bagi UMWT meningkat sebanyak 60.6% kepada 17,000 unit bagi suku pertama 2021 berbanding dengan 10,583 unit yang dicatatkan pada suku yang sama tahun 2020.  Untuk mengembangkan lagi rangkaian produknya kepada pelanggannya, UMWT telah melancarkan model baru Toyota Corolla Cross pada 25 Mac.  Ia merupakan model pengenalan yang baru bagi segmen SUV yang moden yang memenuhi citarasa pengguna dari kalangan generasi baru yang berteknologi tinggi.  Model baru ini, yang mendapat sambutan yang tinggi, diimport sebagai model CBU dari Thailand dan terdiri daripada dua varian - Corolla Cross 1.8G dan Corolla Cross 1.8V.  Harga bermula dari RM124,000 (dengan pengecualian cukai jualan sehinga 30 Jun 2021) dan RM134,000 (tanpa pengecualian cukai jualan) di Semenanjung Malaysia tanpa insuran.  Pemasangan tempatan dijangka bermula pada separuh kedua tahun ini.
 
Sementara itu, bagi tiga bulan pertama 2021, penjualan Perodua meningkat sebanyak 28.8% kepada 57,911 unit berbanding 44,977 unit yang terjual pada suku yang sama tahun 2020. Pengeluaran kenderaan meningkat bagi memenuhi permintaan untuk semua modelnya, terutamanya Perodua Ativa yang baru dilancarkan.  Peningkatan penjualan pada bulan Mac disokong oleh permintaan yang tinggi, terutama bagi Ativa, yang telah mengumpulkan jumlah pesanan sebanyak 14,574 unit sejak pengambilan pesanan bermula pada 19 Februari 2021, jauh lebih tinggi daripada sasaran penjualan bulanan sebanyak 3,000 unit untuk model tersebut.
 
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Penjualan automotif Kumpulan bagi awal tahun 2021 bermula dengan baik dengan peningkatan penjualan kenderaan pada suku pertama tahun ini.  Kami menjangkakan momentum pertumbuhan penjualan akan berterusan pada suku kedua tahun ini dan disokong oleh jumlah permintaan kenderaan yang tertunda bagi UMWT dan Perodua serta pengecualian cukai penjualan.  Kami amat berterima kasih kepada pelanggan kami di atas sokongan yang diberikan terhadap produk dan perkhidmatan kami, terutamanya untuk model yang baru dilancarkan.  UMWT dan Perodua akan terus memperkenalkan model baru dan model kemaskini dan memberikan perkhidmatan selepas penjualan yang terbaik bagi memenuhi harapan pelanggan kami.  Namun, kami menyedari akan isu kekurangan cip semikonduktor yang telah melanda industri automotif.  Untuk menangani masalah ini, kami bekerjasama dengan prinsipal dan pembekal kami untuk mengurangkan kesan terhadap pengeluaran kenderaan yang telah dirancang. "
 
Disamping Kumpulan mencatatkan jumlah penjualan kenderaan yang memberangsangkan pada suku pertama, dua syarikat lain dalam Kumpulan turut mendapat penghargaan bagi produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi mereka.  UMW Aerospace Sdn Bhd, satu-satunya pembekal tempatan Teras 1 untuk Rolls-Royce, baru-baru ini dikategorikan dalam Kumpulan Pembekal Berprestasi Tinggi 2021 Rolls-Royce.  Pengiktirafan ini dapat meningkatkan potensi UMW Aerospace untuk menerima lebih banyak perniagaan dari Rolls-Royce.  Sebaliknya, KYB-UMW Malaysia Sdn Bhd, pengeluar penyerap kejutan terkemuka telah dianugerahkan anugerah "Best Cost" dan "Supplier Of The Year" oleh Honda Malaysia Sdn Bhd.  Dato 'Fuaad menambah lagi "Pengiktirafan ini dapat menyuntik Kumpulan UMW untuk terus cemerlang dalam memberikan produk dan perkhidmatannya yang terbaik kepada pelanggan kami."
 
Mengenai UMW

Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat bertaraf antarabangsa yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada tiga segmen perniagaan teras - Automotif, Jentera dan Pembuatan & Kejuruteraan.  Ia kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 7,000 orang.

UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri - dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pihak yang berkepentingan.

Sumber: UMW Corporation Sdn. Bhd.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: S Vikneshwaran
Pengurus Besar – Bahagian Perhubungan Pelabur & Media
UMW Corporation Sdn. Bhd.
Tel: +603 2025 2104 / +6019 850 5799
E-mel: vikneshwaran.s@umw.com.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.