ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Januari 21, 2025 -Selasa

 
  KADOKAWA ASCII MEMPERKENALKAN INNO 2021: INOVASI, KERJASAMA KE SELURUH DUNIA, DAN SOKONGAN JPY3,000,000 UNTUK PEMIKIR KREATIF

Wednesday 02/06/2021

AsiaNet 89821

TOKYO, 2 Jun, 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- Peluang-peluang untuk Menerima Sokongan bagi Reka Cipta dan Idea Luar Biasa Pemohon -  

KADOKAWA ASCII Research Laboratories, Inc. di Tokyo, agensi pelaksana bagi “Program INNO-vation,” yang dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun, membentangkan Program INNO-vation 2021 (https://inno.go.jp/en/), satu usaha tahunan untuk menggalakkan inovasi global pada satu tahap yang belum pernah terjadi sebelum ini, mencari minda kreatif dan berfikiran tidak lazim untuk membantu manusia sejagat mengambil langkah-langkah seterusnya di dalam revolusi teknologi.
 
Imej 1: https://kyodonewsprwire.jp/img/202105255366-O2-1xt11AEf

Imej 2: https://kyodonewsprwire.jp/img/202105255366-O1-ge48HDeH
 
Dengan berpeluang untuk menerima sokongan bagi teknologi eksentrik, pemohon boleh menjadi sebahagian daripada program siswazah yang dihormati penaja untuk menggalakkan kerjasama dan kerja berpasukan, dan menggerakkan idea-idea mereka ke dalam masa depan yang sentiasa berubah. Ketika dekad baharu bermula, Program INNO-vation itu membuka pintunya kepada permohonan di peringkat antarabangsa dan berharap dapat membina sebuah masa depan baharu yang cerah bersama, mengatasi impak COVID-19 baru-baru ini terhadap masyarakat.

Dari 1 Jun, 2021, sehingga 2 Ogos, 2021, Program INNO-vation itu menerima permohonan untuk mencari inovator ini dan menawarkan sokongan kepada cadangan yang berjaya.

Idea-idea pemohon dapat menjadi satu kenyataan hasil daripada sokongan yang ditawarkan oleh sebahagian daripada pemimpin teknologi dan perniagaan terhebat di dunia yang menawarkan pandangan dan bimbingan mereka. Dengan Cabaran Disruptif dan Anugerah Generasi, pemohon mempunyai peluang untuk membuat sesuatu daripada tiada atau mengambil inspirasi daripada tema-tema yang diberikan masing-masing. Ketika program itu memulakan tahun baharu, pemohon mempunyai peluang untuk “Merangkum INNO* Anda”, tanpa dibataskan oleh kewarganegaraan, umur atau latar belakang.

* INNO - daripada perkataan kanji Jepun yang bermaksud “keupayaan yang luar biasa”

“Inovasi bergantung kepada pandangan yang unik dan teori yang belum diuji. Idea-idea baharu seringkali disalahfahami pada mulanya, dan adalah penting bahawa kita memupuk kreativiti dan cita-cita.” – satu kenyataan yang dibuat oleh Adam D'Angelo, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Quora, semasa menyertai Program INNO-vation sebagai seorang penasihat program. Memupuk “tunas” INNO ini dan secara aktif menyokong idea-idea yang tidak terikat oleh kebijaksanaan konvensional adalah merupakan asas kepada teras bagi  program itu.

Graduan bagi Program INNO-vation sebelum ini telah mencipta produk-produk yang hebat di dalam seni, teknologi, automasi, kecerdasan buatan, robotik, dan banyak lagi. Dengan syarikat permulaan yang terbentuk setiap hari di seluruh dunia, Program INNO-vation itu amat berbangga untuk menyokong generasi usahawan dan pemikir inovatif seterusnya untuk mengubah dunia.

Cabaran Disruptif
Cadangan yang berani menghadapi cabaran dan dapat menawarkan satu perubahan besar kepada masyarakat dan industri, tanpa rasa takut menemui kegagalan adalah sangat-sangat dicari. Berikutan satu kejayaan besar di peringkat antarabangsa pada tahun 2020, individu di seluruh dunia dapat mengemukakan cadangan mereka dan adalah layak untuk mendapat pembiayaan sebagai sebahagian daripada program ini sehingga JPY3,000,000 untuk satu tahun tanpa ada batasan had umur, latar belakang, atau kewarganegaraan.

Anugerah Generasi
Melalui kerjasama dengan Rakan Koperasi bagi program ini, Hadiah-hadiah Kategori Anugerah (masing-masing JPY200,000) dan Anugerah Korporat Khas akan ditawarkan. Di samping itu,  cadangan-cadangan ini yang dicalonkan untuk anugerah itu (223 dari tahun lalu) akan diberikan peluang untuk melaksanakan idea mereka melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat rakan kongsi.

Hab Rangkaian INNO-vation
Peluang-peluang untuk bekerjasama dengan Program INNO-vation sebagai sebahagian daripada Hab Rangkaian INNO-vation juga tersedia. Dengan harapan untuk membantu mencari dan mengembangkan INNO di dalam individu di seluruh dunia, Program INNO-vation itu merekrut perkongsian dengan institusi untuk bekerjasama dengan dan membantu program itu di dalam memupuk pemikir dan pembaiki generasi akan datang di peringkat global.

MAKLUMAT MENGENAI KADOKAWA ASCII Research Laboratories, Inc.
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202105255366-O1-5O9NB00y.pdf 

Laman web INNO-vation: https://inno.go.jp/en/
 
Sumber: KADOKAWA ASCII Research Laboratories, Inc.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.