AsiaNet 90127
TOKYO, 18 Jun, 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
– Idea dan Teknologi Baharu untuk Menyelesaikan Isu-isu Masyarakat melalui “Inovasi Terbuka GUNDAM” –
Kumpulan BANDAI NAMCO telah menetapkan satu dasar kelestarian (*1) yang, bersama-sama dengan peminat mereka, mempromosikan aktiviti untuk merealisasikan sebuah masyarakat jangka panjang dan lestari dengan menggunakan strategi paksi IP teras mereka.
Logo: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106357/202106156264/_prw_PI1fl_qQ5z1e68.png
Melalui projek melintang Kumpulan BANDAI NAMCO, “Projek GUNDAM,” itu yang dipelopori oleh Ketua Pegawai GUNDAM (*2) mereka, Kumpulan itu telah memulakan “TINDAKAN PEMBANGUNAN UNIVERSAL CENTURY GUNDAM (GUDA),” sebuah projek kelestarian yang menggunakan jenama “GUNDAM”. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, ia akan melancarkan “Inovasi Terbuka GUNDAM” di mana idea dan teknologi baharu dapat disatukan untuk menghadapi pelbagai kebimbangan masyarakat yang berpunca daripada populasi manusia dan alam sekitar.
- Apa itu "TINDAKAN PEMBANGUNAN UNIVERSAL CENTURY GUNDAM (GUDA)"?
Imej 1: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106357/202106156264/_prw_PI2fl_c1TiW5T7.jpg
Dari lebih 40 tahun yang lalu, siri “GUNDAM” itu telah dibawa kepada perhatian dunia mengenai keadaan Bumi dan alam sekitarnya yang tidak menentu, yang dilambangkan oleh satu era baharu rekaan yang dikenali sebagai “Universal Century” yang menandakan permulaan penghijrahan ruang di dalam cerita. Satu tema yang mendasari dalam “GUNDAM” adalah cara bagaimana manusia menghadapi perbatasan ruang yang luas itu, bukan sebagai individu, tetapi sebagai satu kaum manusia sejagat.
Kumpulan BANDAI NAMCO percaya bahawa mesej yang dibawa di dalam “GUNDAM” yang menyentuh mengenai populasi manusia dan alam sekitar bergema dengan begitu banyak kebimbangan pada masa kini. Oleh itu, Kumpulan itu akan mengambil tindakan bagi kanak-kanak masa depan ketika ia berusaha dengan peminat dan rakan luaran di dalam mewujudkan sebuah dunia yang lebih baik dengan belajar daripada era fiksyen dalam GUNDAM sebagai persediaan untuk dunia nyata “Universal Century.”
Mengetuai inisiatif itu, BANDAI NAMCO Holdings, BANDAI SPIRITS, BANDAI NAMCO Amusement, dan BANDAI LOGIPAL bersama-sama melancarkan “Projek Kitar Semula Gunpla” pada April 2021. Projek itu bertujuan untuk mengumpulkan daripada peminat runner atau bingkai plastik yang memegang kepingan permainan itu setelah membina model-model Gunpla, dan untuk mengitar semulanya bagi menjadikan mereka sebagai produk model plastik baharu dengan menggunakan teknologi kitar semula kimia terkini. Dengan bantuan peminatnya, Kumpulan BANDAI NAMCO komited untuk merealisasikan sebuah masyarakat lestari.
- Idea dan teknologi baharu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh populasi manusia dan alam sekitar melalui projek baharu “Inovasi Terbuka GUNDAM.”
Imej 2: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106357/202106156264/_prw_PI3fl_4J86Y5Kp.png
Kembali pada tahun 2018 dan 2019, Kumpulan BANDAI NAMCO telah melancarkan Pemecut BANDAI NAMCO untuk mengumpulkan idea-idea perniagaan yang tidak terikat dengan model perniagaan konvensional dan akal dalam satu usaha untuk membawa perubahan yang dapat membawa Kumpulan itu ke peringkat seterusnya.
Pemecut BANDAI NAMCO telah mengambil satu bentuk baharu, dan akan dilancarkan sebagai inisiatif seterusnya kepada GUDA di bawah nama projek, “Inovasi Terbuka GUNDAM.” Projek “Inovasi Terbuka GUNDAM” itu bertujuan untuk mengumpulkan idea dan teknologi baharu daripada peminat dan rakan luaran di seluruh dunia dalam usaha untuk menangani kebimbangan yang berpunca daripada populasi manusia dan alam sekitar dengan menggunakan jenama “GUNDAM”.
Pada Disember lalu, Kumpulan itu telah membuka kepada umum sebuah arca GUNDAM bergerak berskala penuh setinggi 18 meter di KILANG GUNDAM YOKOHAMA. Ini dilakukan dengan usaha pelbagai pihak yang terlibat, dan daripada keinginan untuk melihat GUNDAM sebenar yang berskala penuh bergerak dalam hidup nyata. Dengan cara ini, Kumpulan itu yakin ia dapat membawa kepada konsep realiti yang tidak pernah dilihat sebelum ini dengan mengumpul dan mengaplikasikan idea-idea yang diilhamkan dari dunia fiksyen “GUNDAM.”
Kumpulan BANDAI NAMCO akan mengumumkan maklumat lanjut mengenai projek itu kemudian di laman web rasmi mereka. Ia berharap dapat melihat komen dan idea semua pihak dari seluruh dunia.
Laman web rasmi “Inovasi Terbuka GUNDAM”:
http://www.bandainamco.co.jp/guda/goi/en
Nota:
(*1) Untuk butiran bagi dasar kelestarian Kumpulan BANDAI NAMCO, sila rujuk kepada siaran media bertarikh 16 April.
https://www.bandainamco.co.jp/cgi-bin/releases/index.cgi/en/press/10271?entry_id=7157
(*2) Apa itu Ketua Pegawai GUNDAM?
Peranan Ketua Pegawai GUNDAM itu telah diwujudkan pada tahun 2003 untuk mengawasi perniagaan GUNDAM bagi Kumpulan BANDAI NAMCO. Pada masa ini, peranan itu dipegang oleh Koji Fujiwara, Pengarah Urusan Korporat bagi BANDAI NAMCO Entertainment Inc.
*Maklumat di sini mewakili maklumat mengikut tarikh siaran akhbar itu. Maklumat boleh dikemas kini tanpa notis setelah dikeluarkan.
Talian Undang-undang:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106357/202106156264/_prw_PI4fl_l31s6Tu4.jpg
Sumber: BANDAI NAMCO Entertainment Inc.
--BERNAMA