ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 28, 2021 -Selasa

 
  DATO' ZAINUDDIN ABDUL WAHAB DILANTIK KETUA PENGARAH TOURISM MALAYSIA

Wednesday 15/09/2021



PUTRAJAYA, 15 Sept (Bernama) -- Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) mengumumkan pelantikan YBhg. Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu berkuat kuasa 13 September 2021.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah bersetuju melantik Dato’ Zainuddin secara rasmi bagi menggantikan Encik Zulkifly Md Said yang bersara wajib pada 13 September 2021. Dato’ Zainuddin sebelum ini merupakan Pengarah Kanan Pengurusan Tourism Malaysia yang juga menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan).

Beliau yang telah berkhidmat selama 37 tahun dalam perkhidmatan awam, pernah menggalas jawatan Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC) sebelum dilantik sebagai Pengarah Bahagian Produksi dan Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik di Tourism Malaysia.

Dengan pelantikan tersebut, beliau akan terus membantu usaha-usaha pemulihan industri yang terkesan dengan pandemik COVID-19 sekali gus memacu perubahan ke arah digitalisasi pelancongan bagi merealisasikan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030.

Tourism Malaysia

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia. Tourism Malaysia giat memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam industri pelancongan antarabangsa. Pada tahun 2019, Malaysia mencatatkan ketibaan seramai 26.1 juta pelancong asing yang menyumbang kepada pendapatan pelancongan sebanyak RM86.14 bilion sekali gus meletakkan negara ini dalam kalangan destinasi pelancongan utama dunia.

SUMBER: Tourism Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Muadz Samat
Penolong Pengarah
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: +603 8891 8755
E-mel: muadz@tourism.gov.my

Nama: Khairul Abidin Nuar
Penolong Pengarah
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: +603 8891 8760
E-mel: khairul@tourism.gov.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.