Julai 13, 2025 -Ahad

 
  AGROBANK TERUS KOMITED BANGUNKAN SOSIO-EKONOMI RAKYAT SEPANJANG FASA PEMULIHAN NEGARA DAN SETERUSNYA

Wednesday 15/09/2021



Table
Penanggung Tugas Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank   
 
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Agrobank terus komited untuk menyokong pembangunan taraf sosioekonomi rakyat Malaysia, menerusi pelbagai inisiatif dan program keusahawanan yang dibangunkan khusus untuk memulihkan ekonomi dan perniagaan bagi golongan yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19.

Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, berkata, sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP), fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian dan membangunkan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), termasuk komuniti yang terpinggir dan kurang mendapat liputan seperti golongan B40, wanita, orang kurang upaya dan asnaf, menerusi program-program pembangunan sosial yang dibentuk khas untuk memastikan nasib komuniti ini terus terjaga dan dibela.

“Kami teguh dengan prinsip dan pendirian kami untuk terus menyokong dan peka dengan kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh para pelanggan khususnya usahawan mikro dan PKS serta rakyat Malaysia pada amnya menerusi pelbagai program pembangunan usahawan dan komuniti yang diadakan dengan usahasama strategik kami di Agrobank.”

“Ini bertujuan bagi memastikan agar komuniti ini terus didukung dan mampu meningkatkan status sosio-ekonomi semasa mereka, dalam keadaan semasa negara yang sedang beralih ke fasa endamik COVID-19,” katanya ketika memberikan responnya terhadap kenyataan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Kewangan baru-baru ini. 

Menerusi kenyataan tersebut, Tengku Zafrul menyarankan supaya IKP memberikan sokongan penuh kepada negara di dalam tempoh pemulihan dengan memainkan peranan yang strategik dan penting dalam usaha negara untuk memulih dan memelihara kapasiti perniagaan disamping menyediakan pelbagai peluang.

Khadijah berkata, Agrobank sejajar dengan semangat #KeluargaMalaysia, menyokong saranan Menteri Kewangan itu, yang turut menjadi intipati visi yang diperbaharui Bank iaitu Memperkasakan Pertanian Melangkaui Perbankan yang akan lebih memberi fokus untuk memajukan dan mengusahakan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat, khususnya bagi memastikan nasib dan masa hadapan komuniti terpinggir dan kurang mendapat liputan terus diberikan perhatian.

Menurut Khadijah, Agrobank telah membantu ramai usahawan menerusi Dana Pembiayaan Mikro Kredit yang berjumlah RM350 juta menerusi pelan PENJANA kepada komuniti agro yang terjejas oleh COVID-19 yang disalurkan menerusi Agrobank pada Jun 2020.  

“Sehingga 31 Julai 2021, Agrobank telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM200.4 juta di bawah pembiayaan AgroMakanan PENJANA yang melibatkan kira-kira lebih 16,000 usahawan daripada komuniti Agro,” katanya.  

Peruntukan ini telah pun disalurkan untuk membantu usahawan mikro yang terlibat dalam sektor agromakanan terutamanya komuniti agro di bawah kategori B40 yang terjejas kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menampung kos operasi perniagaan mereka dengan memberi peluang kepada usahawan mikro untuk mendapatkan modal pusingan bagi perniagaan mereka untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka tidak terputus.

Menurut Khadijah, Agrobank sentiasa terbuka untuk mendengar sebarang permasalahan dan kesusahan yang dihadapi rakyat Malaysia dalam berhadapan tempoh sukar ini dan akan berusaha sebaik mungkin dalam menawarkan solusi yang terbaik kepada mereka, kerana impak daripada COVID-19 ini pastinya tidak mudah dihadapi oleh semua lapisan masyarakat, sama ada daripada kelompok B40, M40 mahupun T20.

Mengenai Agrobank 

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro. Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.

Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian. Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna. 

Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro. 

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my/

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham. 

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat Agrobank
  

Sumber: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Shahreen Rahim
Ketua Sesyen Perhubungan Awam, Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank
Tel: 03-2731 1660 / +6012-943 6217
Emel: shahreen.rahim@agrobank.com.my

Nama: Rasheffa Rashid
Eksekutif, Perhubungan Awam, Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank
Tel: 03-2731 1650 / +6019-272 9907
Emel: rasheffa@agrobank.com.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.