ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  SUKAN KEBANGSAAN KE-14 DIADAKAN DI XI'AN, IBU KOTA PURBA SELAMA SERIBU TAHUN

Friday 17/09/2021

AsiaNet 91716

Table
Kapsyen: Kawah dinyalakan semasa upacara pembukaan Sukan Kebangsaan ke-14 China di Xi’an.

XI'AN, China, 17 Sept., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 15 September, Sukan Kebangsaan ke-14, pertandingan pelbagai sukan utama yang terbesar di China, secara rasminya dimulakan di Xi'an, ibu kota kebangsaan bagi China purba selama lebih 1,000 tahun. Satu majlis perasmian besar-besaran yang menampilkan muzik, tarian dan pameran kebudayaan telah diadakan di Stadium Pusat Olimpik Xi'an yang berbentuk bunga buah delima, menurut Jawatankuasa Eksekutif Xi'an bagi Sukan Kebangsaan ke-14.

Semasa upacara selama satu setengah jam itu, Yang Qian, juara berganda bagi acara menembak di Sukan Olimpik Tokyo pada bulan lalu, telah menyalakan kawah.

Dikenali sebagai “Olimpik mini” China, Sukan Kebangsaan yang diadakan empat tahun sekali itu, yang dirasmikan pada tahun 1959, menampilkan program ala Olimpik, dengan penambahan sukan seni mempertahankan diri Cina iaitu Wusyu. Sukan Kebangsaan ke-14 itu menampilkan sejumlah 35 jenis sukan dan 19 program massa. Lebih 12,000 orang atlet mewakili 37 pasukan akan bertanding semasa temasya Sukan itu berlangsung.

Sebagai permainan sukan kebangsaan yang pertama diadakan di barat China dan dengan bertemakan “Kesederhanaan, Keselamatan dan Kemegahan”, ia adalah satu platform dan tingkap yang penting untuk menunjukkan tahap sukan persaingan China itu, kekuatan sukan massa dan perkembangan bagi industri sukan.

Xi'an, ibu kota bagi Wilayah Shaanxi, terkenal dengan pahlawan terracotta mereka. Sebagai bandar raya tuan rumah untuk Sukan Kebangsaan ke-14 itu, Xi’an merebut peluang untuk menjadikan permainan sukan itu sebagai satu pemacu bagi transformasi bandar raya itu.

Dengan memanfaatkan Sukan Kebangsaan itu, Xi'an telah meningkatkan sepenuhnya perancangan, pembinaan, dan pembangunan bandar. Struktur, dinamik, penampilan bandar itu kesemuanya diperbaiki, dan industri sukan yang berkembang pesat akan mendorong pembangunan bagi industri lain.

Lapan tempat termasuk Stadium Pusat Olimpik Xi’an, dan juga Perkampungan Sukan Kebangsaan Xi'an dan pusat media akan menyediakan pengalaman yang sangat baik bagi atlet, pegawai teknikal, dan penonton.

Kamera video berdefinisi tinggi yang dipasang di Stadium Pusat Sukan Olimpik Xi'an boleh berfungsi dalam pelbagai sudut dan dalam kesemua arah untuk menyediakan penyiaran berbilang frekuensi berdefinisi tinggi. Penonton boleh menikmati pengalaman panoramik melalui VR sama ada mereka berada di kawasan pertandingan atau di kawasan tempat duduk jurulatih.

Tempat bagi acara renang dan terjun di Pusat Sukan itu menggunakan penjanaan kuasa fotovoltan solar di atas bumbung, pemulihan sisa haba di tingkat bawah tanah, dan pam haba sumber udara untuk mencapai suhu tetap bagi kawasan seluas 104,000 meter persegi dengan kos tenaga yang rendah dan penggunaan yang tinggi.

Mendapat inspirasi oleh slogan “Sukan untuk semua, bersama-sama dalam minda dan tindakan”, aktiviti kecergasan sangat popular di bandar raya purba itu.
Untuk memudahkan penduduk tempatan menikmati lebih banyak aktiviti kecergasan, Xi’an berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan satu “bulatan kecergasan 15 minit”, dengan menambah dan menaiktaraf kemudahan kecergasan di komuniti, dataran dan taman-taman poket. Xi'an akan mengadakan tidak kurang daripada 400 aktiviti latihan fizikal komuniti dan melatih lebih 1,000 tenaga pengajar sukan sosial menjelang akhir tahun ini.
 
Sumber: Jawatankuasa Eksekutif Xi'an bagi Sukan Kebangsaan ke-14.
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=400923
 
   Kapsyen: Kawah dinyalakan semasa upacara pembukaan Sukan Kebangsaan ke-14 China di Xi’an.
 
 --BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.