|
|
|
|
|
|
PEMIMPIN-PEMIMPIN TERKEMUKA DUNIA BERKUMPUL SECARA DALAM TALIAN UNTUK MESYUARAT TAHUNAN KE-18 BAGI SAINS DAN TEKNOLOGI DI FORUM MASYARAKAT (FORUM STS)
Tuesday 21/09/2021
AsiaNet 91678
TOKYO, 21 Sept., 2021/Kyodo JBN-AsiaNet/-- - Mesyuarat Ditetapkan pada 2 hingga 5 Oktober, 2021, Mencari Masa Depan yang Lebih Baik untuk Manusia Sejagat -
Forum STS itu mengadakan Mesyuarat Tahunan ke-18 mereka dari 2 hingga 5 Oktober, 2021. Pemimpin-pemimpin dunia, termasuk saintis profesional, pembuat dasar dan pemimpin perniagaan, akan berkumpul secara dalam talian untuk membincangkan isu-isu sains dan teknologi yang mendesak yang sedang dihadapi dunia dan untuk membina satu rangkaian antarabangsa.
Tarikh: Sabtu, 2 Oktober, hingga Selasa, 5 Oktober, 2021 Tempat: DALAM TALIAN SECARA LANGSUNG dari Kyoto, Jepun Penyertaan: Dengan jemputan sahaja Permohonan untuk jemputan boleh dihantar dari https://www.stsforum.org/kyoto2021/.
Program Forum itu akan menganjurkan 20 sesi dalam talian pada tahun ini. Beberapa contoh berhubung topik itu adalah “Pandemik Global - Pelajaran yang diperolehi dan Ramalan,” “Pemulihan Hijau untuk Masyarakat Lestari,” “Teknologi Disruptif untuk Industri,” “Revolusi Kuantum Kedua dan Masyarakat.” “Lampu dan Bayangan bagi Ekonomi Digital,” dan "Jalan Menuju Pelepasan Sifar Bersih.” Penceramah yang disahkan Lebih 100 penceramah terkenal, termasuk 14 pemenang Novel, telah mengesahkan kehadiran mereka secara dalam talian: Pembuat Dasar: - Mariya Gabriel, Pesuruhjaya, Suruhanjaya Eropah, EU - Laksana Tri Handoko, Pengerusi, Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional, Indonesia - Helen Elizabeth Clark, Perdana Menteri New Zealand ke-37 Pemimpin perniagaan: - Nathan Myhrvold, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Intellectual Ventures, Amerika Syarikat. - Terry Brady, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Underwriters Laboratories Inc., Amerika Syarikat - Ahmad O. Al-Khowaiter, Ketua Pegawai Teknologi, Saudi Arabian Oil Company, Arab Saudi Ahli Akademik: - Anthony S. Fauci, Pengarah, Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit, Amerika Syarikat - George Fu Gao, Ketua Pengarah, Pusat China bagi Kawalan Penyakit dan Pencegahan, China - Gerald H. Haug, Presiden, Akademi Kebangsaan Jerman bagi Sains Leopoldina, Jerman Organisasi/media antarabangsa: - Seth Berkley, Ketua Pegawai Eksekutif, Gavi, the Vaccine Alliance - Magdalena Skipper, Ketua Pengarang, Nature, United Kingdom - Holden Thorp, Ketua Pengarang, Science, Amerika Syarikat Keseluruhan program (dikemas kini setiap hari): https://www.stsforum.org/kyoto2021/ Liputan dalam talian tersedia kepada media Untuk mendaftar, sila layari: https://www.stsforum.org/media/ Pemandangan daripada mesyuarat tahunan tahun lalu: https://kyodonewsprwire.jp/release/202109139960?p=images Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=Z1ykQ8GL4Rc&ab_channel=STSforum https://www.youtube.com/watch?v=pNtFlPkHuZk&ab_channel=STSforum Maklumat mengenai forum STS Forum STS itu, sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 2004, bertujuan untuk menyediakan sebuah platform yang unik bagi pemimpin-pemimpin utama dunia untuk bersatu dan membincangkan mengenai cara bagaimana menangani isu-isu sains dan teknologi daripada satu perspektif jangka panjang untuk masa depan manusia sejagat. https://www.stsforum.org/ Sumber: forum STS (NPO)
--BERNAMA |
|
|
|
|
|