ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PEMBANGUNAN UTAMA BAISE DAN PEMBUKAAN ZON PERINTIS: PEMBUKAAN PERINGKAT TINGGI MENCAPAI PEMBANGUNAN BERKUALITI TINGGI

Monday 27/09/2021

AsiaNet 91917

Table


Satu pemandangan dari udara bagi Pembangunan Utama Baise dan Pembukaan Zon Perintis

BAISE, China, 27 Sept., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 11 September, Persidangan Promosi & Majlis Menandatangani Pembangunan Utama Baise Guangxi dan Pembukaan Zon Perintis telah diadakan di Nanning, di mana, sebanyak 47 projek telah ditandatangani dengan jumlah pelaburan sebanyak RMB 31.2 bilion. Sudah satu tahun berlalu sejak Pembangunan Utama Baise dan Pembukaan Zon Perintis diluluskan (kemudian dari ini dirujuk sebagai Zon Perintis Baise). Sepanjang tahun pertama, Zon Perintis Baise telah membuka peluang yang lebih luas dan memperdalamkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, melangkah ke barisan hadapan dalam perhubungan persahabatan di antara China dan ASEAN, dan memainkan satu peranan penting di dalam pembinaan “Belt and Road” , menurut Jabatan Publisiti bagi Bandar Raya Baise.

Perdagangan perbatasan berkembang pada satu momentum yang baik, sementara transformasi dan peningkatan perdagangan sempadan mencapai kejayaan awal. Pada masa ini, Zon Perintis Baise telah mempromosikan penubuhan tiga taman pemprosesan, 19 projek pemprosesan bagi barang import melalui perdagangan sempadan, dan 20 koperasi perdagangan sempadan, yang sangat merangsangkan pembangunan endogenus bagi perdagangan sempadan. Pada tahun 2020, ketika menghadapi situasi buruk yang disebabkan oleh wabak COVID-19, perdagangan perbatasan di Baise mengatasi arah aliran dan meningkat, merealisasikan jumlah volum import dan eksport sebanyak RMB 4.7 bilion, dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 59.5%. Dari Januari hingga Julai tahun ini, bandar raya itu mencapai RMB 23.829 bilion bagi perdagangan eksport dan import, dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 124%, menduduki tempat pertama di Guangxi dari segi kadar pertumbuhan.

Orang yang bertanggungjawab bagi Jingxi Baocheng Food Co., Ltd. berkata: “Pihak kastam telah mengambil satu siri pembaharuan model perniagaan, sebagai contoh, melalui pembaharuan yang membolehkan ahli perniagaan di perdagangan perbatasan untuk mengangkut barangan import secara terus ke kilang pemprosesan, barang import kami, seperti udang beku segar, boleh secara terus diangkut ke kebuk penyejukan, yang dapat menjimatkan kos dan membuat pelepasan kastam lebih efisien. Oleh itu, perusahaan boleh beroperasi dengan cekap dan dividen yang dibawa oleh pembaharuan dapat menguntungkan lebih ramai pengusaha di dalam perdagangan perbatasan.”

Untuk menyediakan keadaan perdagangan yang mudah bagi pedagang asing, Zon Perintis Baise secara aktif melancarkan model perniagaan, seperti “eksport penuh dan import penuh + aplikasi terpusat”, “satu lesen bagi pelbagai pesanan + aplikasi terpusat”, “aplikasi dua langkah”, dan “permohonan pendahuluan dan titik semak pemeriksaan” untuk import dan eksport di lebuh raya sempadan. Sebagai tambahan, pembaharuan perniagaan itu, seperti penerapan “terpusat” bagi perdagangan perbatasan dan dasar yang membolehkan untuk mengangkut barang secara terus ke kilang pemprosesan, telah dilaksanakan, yang telah meningkatkan faedah perdagangan luar negeri dan menjimatkan masa dan kos bagi pengguna dan peniaga.

Sementara itu, Zon Perintis Baise telah mempromosikan perkhidmatan awam, termasuk “pelbagai perkara di dalam satu sistem” dan “perkhidmatan sehenti” dan untuk merealisasikan matlamat “mengendalikan pada satu-satu masa”, membuat kemajuan yang mantap di dalam mengembangkan projek-projek besar. Perkhidmatan kerajaan yang cekap telah menarik perhatian banyak pelabur. Menurut statistik, sejak Zon Perintis Baise diluluskan, sudah terdapat 206 projek yang dimulakan dengan jumlah pelaburan RMB 198.8 bilion, dan 250 projek utama ditempah dengan jumlah pelaburan sebanyak RMB 1.01 trilion.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Bandar Raya Baise
 
Pautan Lampiran Imej:
 
  Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=402001
 
   Kapsyen: Satu pemandangan dari udara bagi Pembangunan Utama Baise dan Pembukaan Zon Perintis
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=402013
 
   Kapsyen: Pelabuhan Longbang, Guangxi

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.