ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 18, 2021 -Isnin

 
  UNIVERSITI SEGI DI APCCSID 2021

Thursday 14/10/2021



KOTA DAMANSARA, Malaysia, 14 Okt (Bernama-PRNewswire) -- Universiti SEGi dengan bangga bekerjasama dengan Universiti Malaya, IBE-UNESCO, Persatuan Profesional dalam Kurikulum dan Pengajaran Pendidikan Malaysia (APROCEI), dan Asia Pacific Research Association on Curriculum Studies Inc. (APRACSI), menjadi tuan rumah untuk Persidangan Asia Pasifik bagi Pengajian Kurikulum dan Perancangan Instruksional (APCCSID 2021) dengan bertemakan Kurikulum dan Reka Bentuk Instruksional untuk Pembangunan Lestari. Menjelang abad ke-21, dunia menghadapi krisis baru seperti perubahan iklim, pemanasan global, kebuluran, perang, konflik, dan pelbagai bencana lain di seluruh dunia. Oleh itu, kelestarian telah menjadi kunci utama untuk menangani cabaran global pada abad ini.

Persidangan dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai peranan dan kesan kurikulum serta usaha ke arah mencapai pendidikan untuk pembangunan lestari, sekaligus memberikan pengalaman persekitaran global untuk para akademik, pembuat dasar, dan pengamal dalam menangani isu dan kajian kurikulum mengenai pembangunan kelestarian. Persidangan ini adalah platform untuk perbincangan, kerjasama mengenai hal-hal kurikulum di kalangan pendidik dari peringkat prasekolah hingga universiti.

Bersama-sama peserta dari seluruh dunia, IBE UNESCO, dan Asia Pacific Research Association on Curriculum Studies Inc. (APRACSI), sebagai penganjur bersama acara ini, telah membantu menjayakan persidangan tersebut di peringkat antarabangsa.

YBhg Prof Dato' Dr Husaini bin Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi berkata, "Pendidikan untuk pembangunan lestari bukan semata-mata pada aspek akademik. Saya telah melihat banyak universiti dan sekolah telah memulakan projek dan aktiviti kokurikulum untuk pembangunan lestari. Aktiviti seperti ini menjana minat yang berterusan di kalangan pelajar dan masyarakat setempat. Selain itu, ia juga merupakan peluang yang baik untuk proses pembelajaran dan kerjasama antara disiplin. Tema pembangunan lestari ini mampu menyediakan asas kukuh untuk mewujudkan kesedaran mengenainya."

Encik Ydo Yao, Pengarah IBE UNESCO, penceramah utama persidangan itu menyatakan, "Kita berada pada titik perubahan dalam sejarah. Pihak kami akan menyelesaikan soalan-soalan utama dengan segera agar generasi muda akan meperoleh masa depan yang lestari, kurikulum perlu dipertimbangkan semula, sebagai proses dinamik yang mencerminkan aspirasi sosial dan juga kekuatan transformasi kurikulum.

Encik Ydo Yao menyatakan bahawa, "Covid-19 telah menyumbang kepada perbincangan mengenai dua isu utama. Terdapat proses pengujian pelan tindakan dan langkah berkaitan dengan integrasi dan sinergi antara pendidikan dalam talian dan jarak jauh; dalam usaha untuk mengatasi halangan dan kekurangan, tetapan, dan peruntukan pendidikan;serta, yang paling penting adalah mengkaji semula tujuan, pengisian, dan strategi pendidikan."

Pendidikan inklusif adalah komponen yang diperlukan dalam Pendidikan untuk Pembangunan Lestari. "Penyediaan pendidikan inklusif adalah asas untuk memastikan pendidikan berkualiti dan saksama untuk semua pelajar. Pemimpin utama dalam pendidikan harus komited terhadap pendidikan inklusif merangkumi pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas, menutup jurang antara prestasi dan peluang pendidikan serta sumber pendidikan untuk pelajar di bandar dan luar bandar," menurut Datuk Dr Habibah, Felo Kanan di MASA dan anggota Majlis Pemulihan Negara (MPN), merangkap penceramah utama.

"Pendidikan inklusif juga harus fokus pada peningkatan kemahiran asas literasi dan numerasi di kalangan pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia secara teliti dan sistematik merancang inisiatif berdasarkan data dalam menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua kanak-kanak di Malaysia", tambahnya.

Persidangan ini dijalankan secara maya dari 1 hingga 3 Oktober 2021. Simposium pelajar pra-persidangan telah diadakan pada 30 September 2021.

SEGi bangga kerana berpeluang untuk bekerjasama bukan hanya dengan pendidik dari Malaysia tetapi juga dari seluruh dunia. Ini secara khusus mampu meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pemikiran keberlanjutan. Berfokuskan pada falsafah dan prinsip, pembelajaran membawa kepada perkembangan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah pelajar. 


HUBUNGI: Raja Shahrul Azman– Vice President, Business Growth / PR & Communications, Group Marketing H/P: +6012-211 5308, Email: rajashahrulomar@segi.edu.my; Chan Sook Mei (May)– Senior Executive PR & Communications, Group Marketing H/P: +6012-636 5066, Email: chansookmei@segi.edu.my; Nuramalina Husna Binti Nurdin – Executive, PR & Communications, Group Marketing H/P: +6018-577 2352, Email: amalinanurdin@segi.edu.my


SUMBER : SEG International Bhd (SEGi)

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.