AsiaNet 93312
YOKOHAMA, Jepun, 1 Dis., 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
- Penarafan Kredit Membantu Penyelidik dan Usahawan untuk Membayangkan Kredibiliti Mereka –
Unify Platform AG dari Switzerland, dengan Hab Jepun mereka terletak di Shin-Yokohama, Wilayah Kanagawa, mengumumkan pada 30 November mengenai pelancaran satu ciri baharu pada perkhidmatan platform dalam talian syarikat itu, UNIPLAT. Ciri baharu itu ialah Penarafan Kredit: satu penarafan prestasi automatik bagi setiap penyelidik dan usahawan di UNIPLAT, dinilai daripada pelbagai perspektif dengan menggunakan AI. Hasil penilaian itu dipaparkan sebagai skor kredit. Jika markahnya tinggi, keupayaan dan kredibiliti pengkaji yang berkaitan juga dianggap tinggi. Penarafan Kredit ini akan tersedia pada platform itu dari 23 Disember.
Logo UNIPLAT:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106816/202111253912/_prw_PI2fl_8snI645r.jpg
Paparan Skor pada Halaman “My Lab” Penyelidik dan Usahawan
(Imej daripada Tapak Pembangunan):
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106816/202111253912/_prw_PI1fl_TF48NE3I.jpg
Markah kredit bagi seorang penyelidik atau usahawan boleh dilihat pada halaman “My Lab” mereka (satu halaman sehenti yang mengandungi profil mereka, hasil penyelidikan dan maklumat lain. My Lab akan dilancarkan pada masa yang sama dengan Penarafan Kredit). Markah itu ditetapkan agar dapat dilihat oleh orang ramai. Oleh itu, pengguna awam -- individu, syarikat atau institusi penyelidikan -- boleh menyemak keupayaan dan kredibiliti penyelidik atau usahawan untuk memastikan pilihan mereka bagi sokongan atau kerjasama penyelidikan. Bercakap dari pihak penyelidik dan usahawan, ciri ini boleh membuka pintu kepada banyak faedah seperti tawaran dan geran daripada syarikat dan institusi.
Pada masa ini, aspek yang memperolehi markah oleh AI Penarafan Kredit ialah:
1. Bilangan suka bagi setiap kandungan (penstriman langsung, video dan dokumen)
2. Bilangan tontonan bagi setiap kandungan
3. Bilangan penyambungan (nod utama)
Aspek dan formula pemarkahan adalah tertakluk kepada penghalusan dalam mesyuarat jawatankuasa penilaian penarafan kredit yang diadakan setahun sekali, berikutan perubahan di dalam keadaan akademik global.
Maklumat mengenai UNIPLAT
UNIPLAT adalah sebuah platform terbuka yang direka khusus untuk membantu penyelidik keusahawanan yang mempromosikan semua bidang akademik dan projek yang berkaitan dengan SDG yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di seluruh dunia untuk mendapatkan lebih banyak pendedahan dan berhubung dengan penyokong yang ingin menyumbang kepada peningkatan penyelidikan global. UNIPLAT menawarkan satu cara baharu kepada penyelidik keusahawanan untuk menerbitkan penyelidikan mereka dan mendapatkan sokongan dan pembiayaan dari seluruh dunia (syarikat, institusi, yayasan, dsb.) dalam sebuah persekitaran yang mempunyai peluang yang sama.
UNIPLAT dibangun dan diuruskan oleh Unify Platform AG, sebuah syarikat permulaan yang berpangkalan di Zug, Switzerland dan Stockholm, Sweden, dengan Hab Jepun di Shin-Yokohama, Kanagawa.
Laman web Syarikat: https://unify21.com
Halaman Depan UNIPLAT: https://uniplat.social/
SDG:
(Poster:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106816/202111253912/_prw_PI3fl_46QoqK7h.jpg)
Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) adalah matlamat antarabangsa bagi sebuah dunia yang mapan dan lebih baik yang ditulis dalam Agenda 2030 untuk Pembangunan Lestari, diterima pakai pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada September 2015. SDG, yang terdiri daripada 17 matlamat dan 169 sasaran, adalah didasarkan kepada falsafah “Jangan tinggalkan sesiapapun di belakang” di bumi.
Sumber: Unify Platform AG
--BERNAMA