|
|
|
|
|
|
DUA SESI DI FUQING BERSIDANG, BERTUJUAN UNTUK MEMPERCEPATKAN PEMBANGUNAN BERTERUSAN BAGI SEBUAH BANDAR RAYA PELABUHAN ANTARABANGSA YANG MODEN
Friday 07/01/2022
AsiaNet 93961
FUQING, China, 7 Jan., 2022 /Xinhua-AsiaNet/-- Sesi Pertama bagi Kongres Rakyat Perbandaran Fuqing ke-18 dan Sesi Pertama bagi Jawatankuasa Perbandaran Fuqing ke-15 bagi Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC) telah diadakan dari 26 hingga 29 Disember, 2021. Timbalan-timbalan kepada Kongres Rakyat dan ahli-ahli CPPCC daripada pelbagai industri di seluruh bandar raya itu telah berkumpul untuk memberikan nasihat dan cadangan, dan membincangkan mengenai pelan pembangunan Fuqing, dengan memberi tumpuan kepada pembentukan sebuah bandar raya pelabuhan antarabangsa yang moden, dan pada pecutan bagi pembangunan peringkat atas yang menyeluruh, demikian menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuqing. Semasa Dua Sesi tersebut, Persidangan Anugerah Kewarganegaraan Kehormat yang pertama dan Persidangan Pujian untuk Balai Kemasyhuran bagi Orang Yang Terhormat Fuqing turut diadakan. Dengan mengekalkan budaya penghormatan, meneruskan semangat kehormatan, dan mengumpulkan kekuatan kehormatan, penduduk Fuqing akan berusaha untuk menulis satu lembaran baharu di dalam pembangunan bandar raya mereka. Pada persidangan itu, sepuluh orang yang bukan penduduk tempatan di Fuqing dan telah memberikan sumbangan cemerlang kepada pembangunan ekonomi, usaha sosial, usaha amal dan pertukaran asing di Fuqing telah dinamakan sebagai Warga Kehormat Fuqing dan lapan orang telah dilantik secara rasmi ke dalam Balai Kemasyhuran bagi Orang Yang Terhormat Fuqing.
Pada tahun 2021, Fuqing terus mencatat pencapaian yang cergas dan pesat di dalam pembangunan mereka yang komprehensif: kedudukan bandar raya di dalam 100 daerah teratas meningkat ke tempat ke-13 untuk ekonomi mereka, dan ke tempat ke-16 bagi daya saing pelaburan mereka; mereka telah dua kali memenangi tempat pertama dalam wilayah Fujian dalam penilaian suku tahun Lima Kelompok; dan menduduki tempat No. 1 di dalam kempen Demonstrasi, Persaingan, dan Belajar daripada Satu Sama Lain mereka, satu daripada projek utama Fuzhou.
Melihat ke hadapan kepada tahun baharu, semua warga Fuqing pasti akan menerima misi itu - secara aktif mengambil peranan, dan bertenaga dan komited untuk bekerja keras. Pada tahun 2022, Fuqing akan menumpukan kepada menggalakkan peningkatan industri mereka, meningkatkan imej bandar raya itu dan kualiti kehidupan penduduknya, dan berusaha ke arah menambahbaik yang berterusan terhadap perkhidmatan awam. Untuk mencapai peningkatan 10% dalam KDNK serantau, ia akan menubuhkan tiga kluster industri, setiap satu bernilai sekurang-kurangnya 100 bilion, dan lapan kluster industri, setiap satu bernilai sekurang-kurangnya 10 bilion. Ia akan menyepadukan sepenuhnya kawasan metropolitan Fuzhou dan mempromosikan pembangunan bandar raya baharu timur dan daerah lain. Ia akan juga memberi tumpuan kepada memperbaiki dalam mata pencarian dan kebahagiaan orang ramai.
“Kami akan melaksanakan secara menyeluruh prinsip panduan bagi Sidang Pleno Keenam bagi Jawatankuasa Pusat CPC ke-19 dan prinsip panduan bagi Kongres Wilayah Fujian CPC ke-11,” kata seorang pegawai kanan kerajaan perbandaran Fuqing. “Kami akan mematuhi intipati bagi pemikiran projek strategik '3820', dan mengintegrasikan sepenuhnya Fuqing ke dalam pembangunan keseluruhan bagi bandar raya antarabangsa moden di Fujian dan Fuzhou dalam era baharu ini. Matlamat kami adalah untuk menjadikan Fuqing, sebuah bandar raya sub-pusat wilayah, lebih besar dan lebih kukuh, dengan memberi tumpuan kepada pembinaan bandar raya pelabuhan antarabangsa yang moden, memasuki satu fasa pembangunan dan pembinaan baharu di Fuqing. Kami akan menawarkan pengalaman sebagai perintis dalam menggalakkan pembangunan kelas satu kami yang komprehensif.” Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuqing
--BERNAMA |
|
|
|
|
|