|
|
|
|
|
|
SELAMAT DATANG KE CHANGJIANG: TARIKAN BAGI BANDAR KAPOK DI CHINA MENJANGKAU MUSIM
Friday 18/03/2022
AsiaNet 95064
Ungka Hainan
HAIKOU, China, 18 Mac, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
Musim pelancongan keemasan 2021-2022 bagi Daerah Autonomi Changjiang Li sedang giat dijalankan dan akan berakhir pada akhir Mac. Musim pelancongan itu terdiri daripada satu siri bagi aktiviti pelancongan dan kebudayaan yang bertemakan “mendaki gunung pada musim sejuk dan menikmati bunga pada musim bunga”. Daerah Changjiang terletak di bahagian barat Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan di China dan dikenali sebagai “bandar Kapok China”. Ia telah menjadi sebuah destinasi musim bunga yang popular di Pulau Hainan disebabkan oleh Kapok yang sungguh cantik. Juga, Daerah Changjiang telah baru-baru ini dianugerahkan dengan gelaran “Bandar raya Hutan Hainan”, menurut Pusat Pertumpuan Media bagi Daerah Changjiang. Di Changjiang, pengunjung boleh menikmati bunga kapok di sebelah Sungai Changhua dan melawat Hutan Bawangling adalah sesuatu yang harus dilakukan, serta mendaki gunung di Rizab Alam Semula Jadi. Siri tarikan itu telah menjadi satu pengalaman istimewa bagi mereka yang melancong di Changjiang pada musim sejuk dan musim bunga.
Setiap tahun dari Februari hingga Mac, pemandangan indah gunung dan hutan kapok di sepanjang Sungai Changhua membentuk apa yang dipanggil “Galeri Semula Jadi Sepuluh Batu”. Tebing Sungai Changhua diubah oleh warna merah kapok yang sungguh cantik. Hutan Simpan Bawangling yang terkenal juga menambahkan keindahan kepada pemandangan Changjiang. Di sini, pengunjung bukan sahaja boleh mendaki tebing tinggi, meredah hutan, menjejaki sumber sungai dan meneroka gua, tetapi juga menghargai ungka Hainan, yang lebih jarang ditemui berbanding panda gergasi. Malah 40 tahun yang lalu, menurut Senarai Merah bagi Spesies Terancam IUCN, ia dinilai sebagai “terancam yang sangat kritikal”, dan oleh itu dilindungi di peringkat nasional. Sementara itu, keindahan Changjiang lebih terserlah di dalam Pantai Birunya, pantai mandian semula jadi, bentuk muka bumi hakisan laut yang pelbagai dan landskap batu yang istimewa.
Selain pemandangan semula jadi yang cantik dan unik, Changjiang juga mempunyai adat resam yang kaya di perkampungan Li. Kampung Hongshui di Pekan Wangxia adalah sebuah perkampungan kumpulan etnik Li yang masih mengekalkan rumah bot purba, yang dikenali sebagai “fosil hidup bagi budaya Li”. Penduduk mereka menenun kain broked Li dan membuat tembikar Li, kedua-duanya tergolong di dalam warisan kebudayaan tidak ketara negara itu.
Perkampungan Li terletak di antara kawasan pergunungan dan perairan. Changjiang menawarkan keindahan tulen, seperti biasa. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bergantung kepada tarikan semula jadi dan sumber budayanya yang banyak, Changjiang telah mencipta sebuah jenama pelancongan sepanjang musim wilayah sepenuhnya bagi “menghargai bunga kapok pada musim bunga, menikmati wangian mangga pada musim panas, melawat Teluk Chess pada musim luruh dan mendaki pergunungan Bawangling pada musim sejuk”, satu slogan yang menarik lebih ramai pelancong untuk melawat dan menerokai Changjiang. Sumber: Pusat Pertumpuan Media bagi Daerah Autonomi Changjiang Li Pautan Lampiran Imej: Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=417378 Kapsyen: Ungka Hainan
--BERNAMA |
|
|
|
|
|