|
|
|
|
|
|
PAHLAWAN TERRACOTTA, "DUTA PERSAHABATAN" DARI IBU KOTA PURBA XI'AN, AKAN DIDEDAHKAN DI JEPUN
Tuesday 22/03/2022
Pameran Pahlawan Terracotta dan China Purba - Warisan Tamadun Qin dan Han
XI'AN, China, 22 Mac, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
Untuk menandakan ulang tahun ke-50 bagi pemulihan hubungan diplomatik China-Jepun, sebuah pameran peninggalan kebudayaan yang dirancang dengan baik bertajuk “Pahlawan Terracotta dan China Purba - Warisan Tamadun Qin dan Han” akan dibuka di Kyoto, Jepun pada 25 Mac, menurut Muzium Sejarah Shaanxi (Pusat Pertukaran Peninggalan Kebudayaan Shaanxi) di Xi'an, China. Lebih daripada 120 keping (kumpulan) peninggalan kebudayaan, termasuk Pahlawan Terracotta dan Kuda dari Dinasti Qin, telah tiba di Jepun melalui laut dan akan dipamerkan di Jepun tidak lama lagi, menandakan satu lembaran baharu di dalam pertukaran kebudayaan di antara China dan Jepun.
Pameran itu yang dikumpulkan daripada 17 institusi kebudayaan dan muzium termasuk Muzium Sejarah Shaanxi dan Muzium Tapak Makam Maharaja Qinshihuang China, lebih daripada 120 keping (kumpulan) peninggalan kebudayaan, termasuk artifak batu, gangsa, bekas emas, barang jed, cebisan buluh Qin dan peninggalan kebudayaan berharga yang lain dari Dinasti Zhou Barat, Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh dan Zaman Negara Berperang, Dinasti Qin dan Han, dengan satu jangka masa lebih daripada 1,000 tahun daripada Dinasti Zhou Barat sehingga kepada bekas Dinasti Han Timur.
Pameran Pahlawan Terracotta dan China Purba - Warisan Tamadun Qin dan Han itu akan dibuka di Muzium Seni KYOCERA Bandar raya Kyoto pada 25 Mac, dan akan kemudian melawat Shizuoka, Nagoya dan Tokyo. Keseluruhan pameran itu akan berlangsung hampir satu tahun. Sebagai persinggahan pertama bagi pameran itu, Kyoto berakar umbi yang mendalam dengan budaya China dan ibu kota purba Xi'an. Rakyat tempatan dan pelancong menantikan pesta peninggalan kebudayaan ini dari Shaanxi, sebuah wilayah yang kaya dengan sumber kebudayaan di China.
“Sebagai satu daripada IP kebudayaan yang paling berprestij di China, Pahlawan Terracotta dan Kuda Dinasti Qin telah pertama kali dipamerkan di Jepun pada tahun 1976 dan sejak itu telah dipamerkan di luar negara berkali-kali.” Hou Ningbin, Kurator bagi Muzium Sejarah Shaanxi dan Pengarah bagi Pusat Pertukaran Peninggalan kebudayaan Shaanxi, berkata tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 bagi pemulihan hubungan diplomatik China-Jepun, dan ia adalah sangat penting bagi Pahlawan Terracotta untuk melawat Jepun sekali lagi walaupun terdapat faktor yang tidak baik seperti wabak, yang akan sangat menggalakkan pertukaran kebudayaan di antara kedua-dua buah negara.
Xi'an, kampung halaman bagi Pahlawan Terracotta dan dikenali sebagai Chang'an pada zaman purbakala, merupakan satu daripada empat ibu kota purba bagi peradaban di dunia. Sebagai sebuah ibu kota dengan masa terpanjang dan dinasti paling banyak di China, Xi'an telah mengekalkan tamadun purba mereka yang mengagumkan. Hari ini, sebagai kad kebudayaan Xi'an yang paling bergema, “Duta Persahabatan” Pahlawan Terracotta akan didedahkan di Jepun tidak lama lagi, untuk menghantar satu mesej bagi pertukaran persahabatan di antara China dan Jepun. Ini juga merupakan pameran luar negara yang pertama bagi Pahlawan Terracotta dan Kuda Dinasti Qin selepas 2018. Sumber: Muzium Sejarah Shaanxi (Pusat Pertukaran Peninggalan Kebudayaan Shaanxi) Pautan Lampiran Imej:
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=417483 Kapsyen: Pameran Pahlawan Terracotta dan China Purba - Warisan Tamadun Qin dan Han
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|