ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  PAMERAN BUDAYA DAN SENI PEONY HEZE 2022 BERMULA - - BIARKAN PEONY SENTIASA KEMBANG MEKAR

Monday 11/04/2022

AsiaNet 95392

Table
 
Karya yang dipaparkan pada acara itu

 
HEZE, China, 11 April, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Heze adalah sebuah bandar raya yang semerbak dengan keharuman bunga. Heze bukan sahaja mempunyai bunga peony yang kembang mekar, ia juga mempunyai sebuah budaya selama lima ribu tahun. Pada musim bunga ini, sebuah acara seni akan mempamerkan warisan kebudayaan Heze yang mendalam, yang pasti akan membangkitkan perasaan artistik yang kuat di kalangan penduduk di sini. Dihoskan oleh Kerajaan Rakyat Heze dan dianjurkan bersama oleh Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran Heze CPC, Persekutuan Kesusasteraan dan Seni Heze, dan Biro Budaya dan Pelancongan Heze, Pameran Budaya dan Seni Peony Heze 2022 dibuka mengikut jadual di Dewan Pameran Awan VR pada 7 April.
URL: https://720yun.com/t/8dvkbwiq5f9)
 
Sebaik sahaja diumumkan, panggilan untuk penyerahan dengan pantas kilat mencetuskan satu kegilaan bagi pertandingan itu. Penganjur telah menerima hampir 40,000 karya dari Singapura, Malaysia, Jepun dan China. Acara itu telah mencapai tahap kemuncak yang baharu di dalam banyak aspek, seperti skop, jumlah dan kualiti karya. Selepas satu pemilihan terbuka yang tidak berat sebelah oleh pakar-pakar dari persatuan-persatuan kebangsaan dan Persekutuan Kesusasteraan dan Seni Wilayah Shandong, 98 karya seni halus, 100 karya kaligrafi, 100 gambar dan 300 karya kreativiti kebudayaan telah dipilih. Kesemua ini akan dipaparkan pada majlis ini untuk semakan dan penghayatan oleh orang ramai.

“Sebagai sebuah produk yang berteknologi tinggi, Dewan Pameran Awan VR membawa pameran itu ke awan, sekali gus mewujudkan satu acara seni yang tidak berkesudahan,” kata seorang jurucakap bagi acara itu. Model Pameran Awan itu memecahkan halangan bagi jarak, masa dan ruang, serta meningkatkan dengan ketara populariti bagi acara tersebut. Ia memberi peluang kepada bunga yang mekar selama hanya 20 hari itu untuk berkembang mekar sepanjang tahun tanpa pudar. Ia membolehkan artis dan peminat dari seluruh China untuk merasakan secara intuitif butiran bagi keseluruhan dewan pameran itu dan karya-karya dalam 3D pada telefon mudah alih mereka tanpa perlu meninggalkan rumah mereka. Mereka boleh mengalami gabungan seni kebudayaan peony dan teknologi maklumat.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran Heze CPC
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=418778
 
   Kapsyen: Karya yang dipaparkan pada acara itu
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=418779
 
   Kapsyen: Karya yang dipaparkan pada acara itu


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.