ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  UNIPLAT OLEH UNIFY PLATFORM AG DAN ACIC-KL STARTUPS FOUNDATION MENGUMUMKAN PERIKATAN STRATEGIK UNTUK MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK PELUANG BAGI PENYELIDIK DAN USAHAWAN DI SELURUH DUNIA

Monday 11/04/2022

AsiaNet 95374 (Malay)

YOKOHAMA, Jepun, 11 April, 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
- Perikatan Strategik untuk Pertumbuhan Bersama dengan Menggunakan Sumber Keunikan di Antara Satu Sama Lain –
 
UNIPLAT, platform dalam talian (*) yang pertama di dunia bagi penyelidik dan usahawan yang mempromosikan SDG, mengumumkan satu perikatan strategik dengan Atal Community Innovation Center-KL Startups Foundation (yang juga dikenali sebagai ACIC-KL Startups Foundation) (disokong oleh AIM, NITI Aayog, dan Kerajaan India), sebuah syarikat pembiayaan permulaan yang menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi inovasi.
(*) Berdasarkan kepada hasil pencarian Google.
 

Di antara pangkalan data pengguna UNIPLAT di 86 buah negara, bilangan pengguna kelima paling tinggi ialah rakyat India. Dengan berganding bahu bersama ACIC-KL Startups Foundation – pakar-pakar di pasaran India, UNIPLAT menyasarkan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pembiayaan dengan menyediakan satu peluang kepada orang biasa untuk berinteraksi secara langsung dengan pelbagai penyelidik yang unik.

Mempunyai misi yang sama untuk membantu golongan intelek yang kurang terdedah dan terabai serta mewujudkan komuniti yang berinovatif, UNIPLAT dan ACIC-KL Startups Foundation mengambil keputusan untuk menandatangani satu pakatan perniagaan untuk mengembangkan rangkaian perniagaan itu. Kerjasama itu akan menyediakan maklumat dan perkhidmatan bersama kepada ahli berdaftar bagi platform UNIPLAT dan ACIC-KL. Kandungan eksklusif ACIC-KL akan juga tersedia di UNIPLAT.

Tambahan pula, UNIPLAT akan menyokong pembangunan perniagaan dan pembiayaan bagi ahli-ahli berdaftar ACIC-KL di Jepun dan di luar negara. Begitu juga sebaliknya, ACIC-KL Startups Foundation akan membantu UNIPLAT di dalam pembangunan perniagaan dan memperoleh geran di India dan di luar negara bagi ahli-ahli mereka yang berdaftar.

Alok Govil, Ketua Pegawai Eksekutif bagi ACIC-KL Startups Foundation, berkata: “Visi ACIC-KL Startups Foundation adalah untuk menjadi sebuah hab yang bertenaga dan mapan bagi ekosistem permulaan untuk mereka bentuk penyelesaian yang berinovatif bagi cabaran masyarakat komuniti serantau. Sebagai sebahagian daripada perjalanan kami, ia memberikan keseronokan dan kegembiraan yang paling tinggi untuk membentuk satu perikatan strategik dengan UNIPLAT oleh Unify Platform AG yang menyediakan pendedahan di seluruh dunia bagi pemikir muda dan usahawan yang sedang meningkat. Kami amat percaya bahawa kerjasama ini di antara ACIC-KL Startups Foundation dan UNIPLAT akan menarik sebuah spektrum yang luas bagi sokongan dalam pelbagai bentuk daripada pelbagai agensi korporat dan kerajaan yang akan membolehkan syarikat permulaan untuk terus meningkatkan.”

Takahisa Karita, pengasas bersama, Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Pegawai Operasi bagi Unify Platform AG, syarikat pengurusan bagi UNIPLAT, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menerajui kerjasama dengan ACIC-KL Startups Foundation untuk menyokong usahawan dan penyelidik muda di India, sebuah negara dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang luar biasa sejak akhir-akhir ini. Saya sangat kagum dengan semangat dan dedikasi yang ditunjukkan oleh Encik Alok Govil dan ACIC-KL Startups Foundation dalam membina platform sokongan yang ideal bagi usahawan dan penyelidik di India. Kami berharap dapat membantu mereka berjaya di peringkat global melalui UNIPLAT.”

Memandangkan kerajaan Jepun dan India sedang mengukuhkan hubungan mereka dalam pelbagai cara, kerjasama di antara UNIPLAT dan ACIC-KL Startups Foundation akan menjadi satu langkah ke arah pertumbuhan yang mapan dan berskala ke atas pelbagai geografi dan sektor. Kerjasama itu akan menggalakkan rangkaian celik pengetahuan khusus, yang bertujuan untuk pengedaran dan pengarasan pengetahuan yang optimum dalam setiap bidang yang menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mapan.

Maklumat mengenai UNIPLAT
Halaman Hadapan: https://www.uniplat.social/
 
UNIPLAT ialah platform dalam talian (*) yang pertama di dunia yang khusus bagi penyelidik dan usahawan dari seluruh dunia untuk berkongsi idea dan projek penyelidikan mereka serta mendapat sokongan daripada individu atau institusi. Dibangun dan diuruskan oleh Unify Platform AG (https://unify21.com/)  yang berpangkalan di Switzerland, misi UNIPLAT adalah untuk mempercepatkan kejayaan SDG.
(*) Berdasarkan kepada hasil pencarian Google.
 
Laman web rasmi Unify Platform AG: https://unify21.com/
 
Maklumat mengenai ACIC-KL Startups Foundation
Halaman Hadapan: https://acic.kluniversity.in/index.html
 
ACIC-KL Startups Foundation adalah sebuah syarikat berdaftar Seksyen 8 yang menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk inovasi di kawasan yang kurang terdedah dan terabai atau mempunyai potensi untuk membina ekosistem inovasi di pelbagai bahagian di negara itu. Justeru, memupuk usahawan daripada masyarakat itu untuk membantu mereka menangani pelbagai cabaran masyarakat. ACIC-KL Startups Foundation sedang berusaha ke arah memupuk inovasi berjimat cermat dan menggalakkan budaya dan ekosistem permulaan untuk memberi impak kepada rantau itu.
 
Sumber: Unify Platform AG

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.