ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  G20 BERHARAP KEPRESIDENAN G20 REPUBLIK INDONESIA MENCARI PENYELESAIAN KEPADA KESAN EKONOMI GLOBAL BAGI KONFLIK RUSIA-UKRAINE

Friday 22/04/2022

AsiaNet 95570

JAKARTA, Indonesia, 22 April, 2022/Agensi Berita Antara-AsiaNet/--
 
Mesyuarat kedua Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat (FMCBG) G20 menjangkakan Kepresidenan G20 Indonesia akan membawa satu penyelesaian kepada konflik Rusia-Ukraine, kata Menteri Kewangan Indonesia Sri Mulyani Indrawati.
 
“Ahli-ahli (G20) berharap agar keadaan geopolitik semasa, khususnya berkaitan dengan perang di Ukraine, akan dapat ditangani,” kata Indrawati pada satu persidangan akhbar bagi mesyuarat kedua G20 FMCBG pada Khamis.
 
Jangkaan itu adalah didasarkan kepada fakta bahawa keadaan dunia telah bertambah buruk dan berubah dengan cepat disebabkan oleh pandemik COVID-19, dan ditambah pula dengan perang Rusia-Ukraine, kata beliau.
Tambahan pula, perang Rusia-Ukraine mempunyai satu implikasi yang sangat dinamik, termasuk terhadap kenaikan harga bagi tenaga, makanan, dan baja, kata beliau.
 
Indrawati berkata Indonesia, yang kini memegang jawatan presiden G20, akan terus menjalankan komunikasi dan perundingan yang intensif dengan kesemua ahli G20 untuk menangani keadaan yang sangat dinamik itu.
“Tadbir urus G20 yang baik sebenarnya adalah didasarkan kepada perundingan serta kerjasama,” kata beliau.
 
Indonesia terus mengadakan perbincangan dengan kesemua negara anggota G20 untuk mencari jalan bagi keluar daripada pelbagai risiko ekonomi global yang terhasil bukan sahaja daripada perang di Ukraine tetapi juga daripada pandemik itu, kata beliau.
Menteri itu menekankan keperluan semasa bagi satu strategi keluar memandangkan beberapa negara telah berada di bawah ancaman inflasi yang tinggi manakala kenaikan harga tenaga dan makanan global akan semakin mewujudkan satu keadaan yang mencabar untuk pembuat dasar.
 
Menurut Indrawati, ahli-ahli G20 amat prihatin terhadap tekanan inflasi yang cenderung untuk mendorong beberapa bank pusat untuk menaikkan kadar faedah dasar yang akhirnya akan membawa kepada pengetatan kecairan global yang lebih pantas daripada yang dijangkakan.
 
Oleh itu, dasar peringkat lebih tinggi menjadi tumpuan untuk memenuhi komitmen berkaitan strategi keluar yang ditentukur, dirancang dan disampaikan dengan baik untuk menyokong pemulihan dan mengurangkan potensi kesan limpahan, kata beliau.
 
Tindakan kolektif dan diselaraskan itu bukan sahaja bertujuan untuk mengurangkan kesan daripada perang Rusia-Ukraine tetapi juga dalam mengawal pandemik itu. Tindakan itu akan kekal tinggi dalam senarai keutamaan G20, kata beliau.
 
Ahli-ahli G20 telah mencatatkan satu peningkatan di dalam jumlah kes COVID-19 di beberapa wilayah yang membebankan pertumbuhan, melanjutkan gangguan bekalan, memburukkan tekanan inflasi, dan memperlahankan pemulihan global, kata beliau.
 
Sumber: Kementerian Komunikasi dan Informatika
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=419573
 
Kapsyen: Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati bertemu dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Janet Yellen di acara sampingan di luar Mesyuarat FMCBG Kedua G20 pada Khamis (21 April, 2022). Terdahulu, menteri-menteri kewangan Amerika Syarikat, Kanada, dan United Kingdom telah keluar dewan sebagai membantah terhadap kehadiran delegasi Rusia semasa Mesyuarat FMCBG ke-2 G20 yang dianjurkan di bawah Indonesia Kepresidenan G20 di Washington, D.C.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.