ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  XI'AN, CHINA MEMBUKA DUA MUZIUM UTAMA, MEMPERKUKUHKAN PERANAN MEREKA SEBAGAI SEBUAH "BANDAR RAYA MUZIUM"

Wednesday 27/04/2022

AsiaNet 95656

Table

Sebuah mural makam dinasti Yuan di Muzium Arkeologi Shaanxi


XI'AN, China, 27 April, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Muzium Arkeologi Shaanxi, muzium arkeologi pertama di China, baru-baru ini telah disiapkan di Xi'an dan akan dibuka kepada orang ramai secara percubaan bermula 28 April. Sebelum itu, Muzium Xi'an juga telah secara rasminya memperkenalkan “wajah baharu” mereka selepas lima bulan menjalani kerja menaik taraf dan pengubahsuaian. Upacara memperkenalkan secara rasmi kedua-dua muzium utama ini pada bulan ini menyumbang lagi kepada imej Xi'an sebagai sebuah Bandar raya Muzium.  
 
Muzium merupakan sebahagian daripada identiti kebudayaan bagi sesebuah bandar raya dan sebuah tempat bagi orang ramai untuk merasai sejarah, memahami masa kini dan meneroka masa depan. Xi'an, China, telah berusaha keras untuk menjadikan dirinya menjadi sebuah Bandar raya  Muzium, dengan memberi tumpuan untuk mengubah kelebihannya di dalam sumber warisan kebudayaan, membangunkan budaya bandar di dalam gaya Xi'an, dan menonjolkan daya tarikan mereka yang unik sebagai sebuah ibu kota purba seribu tahun lalu. Jawatankuasa Perbandaran Parti Xi'an dan Kerajaan Perbandaran telah mencadangkan untuk melindungi khazanah kebudayaan bandar raya itu, membangunkan nilai kebudayaan bandar raya itu, dan menjadikan budaya sebagai jambatan di antara Xi'an dan dunia luar.

Terletak di Daerah Chang'an, Bandar raya Xi'an, Muzium Arkeologi Shaanxi yang akan datang itu adalah sebuah muzium yang memberi tumpuan kepada pembangunan arkeologi sebagai satu disiplin, dan memaparkan proses kerja, teknik dan idea penyelidikan arkeologi. Muzium itu mempunyai sebuah kawasan pameran dalaman seluas 5,800 meter persegi dan sebuah kawasan pameran luaran seluas 10,000 meter persegi, dengan mempunyai 5,215 bahan peninggalan kebudayaan dalam 4,218 kumpulan yang dipamerkan. Muzium itu mempunyai beberapa pameran yang telah dipulihkan untuk dilindungi dengan konsep baharu dan teknologi termaju. Pameran itu termasuk sebuah patung pemandu unta semasa Dinasti Tang yang masih utuh selepas beribu-ribu tahun, dan tempat berhenti bagi kuda dan kereta kuda pada Dinasti Zhou Barat serta makam fresco Dinasti Yuan yang telah dipindahkan ke dalam muzium itu sebagai “pakej” secara keseluruhan.

Terletak di selatan Bandar raya Xi'an, Muzium Xi'an itu terdiri daripada tiga bahagian: Pagoda Angsa Liar Kecil Tang (Pagoda Xiaoyan), kompleks seni bina purba bagi Tokong Jianfu dan kawasan muzium. Ia adalah sebuah muzium sejarah moden yang mengintegrasikan muzium, tapak-tapak bersejarah dan taman. Pada awal April, Muzium Xi'an yang telah diubah suai dan dinaik taraf mengalu-alukan pengunjung mereka dengan satu “wajah baharu”. Lebih 1,100 keping (kumpulan) peninggalan budaya daripada koleksi itu telah dipaparkan di dewan pameran seluas 1,300 meter persegi itu. Antaranya, lebih 100 keping (kumpulan) akan dipersembahkan kepada umum buat pertama kali sebagai barang pameran tetap bagi muzium itu, termasuk perhiasan harimau emas daripada Zaman Negeri-negeri Berperang, penindih kertas gangsa patung opera dari Dinasti Han dan patung infantri yang dilukis, menunjukkan dengan lebih baik warisan sejarah dan kebudayaan bagi ibu kota purba Xi'an.

Dengan sejarah sebuah bandar raya selama 3,100 tahun, Xi'an, bersama-sama dengan Kaherah, Athens dan Rome, dikenali sebagai satu daripada “Empat Ibu Kota Sejarah Purba”. Hari ini, masa beribu-ribu tahun dan jejak sejarah tertumpu di muzium-muzium dari semua saiz di Xi'an. Xi'an mempunyai sebanyak 134 muzium berdaftar, yang meliputi lebih daripada 40 jenis seperti sejarah, seni dan sains semula jadi. Pelan Keseluruhan bagi Pembinaan Bandar raya Muzium di Xi'an yang dikeluarkan pada tahun 2019 menyediakan rangka kerja ruang untuk pembinaan Bandar raya Muzium di Xi'an, menjadikan Xi'an benar-benar sebuah “muzium sejarah harian” yang boleh didengari pada bila-bila masa, dilihat di mana-mana sahaja dan diperkatakan secara rawak.

Selain pengumpulan, penyelidikan dan paparan, muzium di Xi'an sedang meneroka peluang-peluang baharu bagi pendidikan, komunikasi dan juga waktu senggang. Xi'an telah menyepadukan sumber muzium dan memperluaskan peranan muzium sebagai “sekolah” agar muzium dapat menyepadukan dengan lebih baik dan memberi perkhidmatan kepada orang awam. Bergantung kepada perkembangan pesat muzium digital dan menghadapi cabaran semasa pandemik COVID-19, Muzium Xi'an telah membawa koleksi mereka ke “awan”, memberi syarahan melalui penstriman langsung, dan mengadakan konsert untuk orang ramai. Pengalaman muzium di mana-mana dalam bentuk baharu ini menjadikan muzium klasik dan serius boleh diakses oleh lebih ramai orang biasa.
 
Sumber: Jawatankuasa Perbandaran Parti Xi'an dan Kerajaan Perbandaran
 
Pautan Lampiran Imej:
  
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=419906

Kapsyen: Sebuah mural makam dinasti Yuan di Muzium Arkeologi Shaanxi

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.