ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  QIANHAI MENARIK USAHAWAN HONG KONG MELALUI INOVASI INSTITUSI

Wednesday 27/04/2022

AsiaNet 95686

SHENZHEN, China, 27 April, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
 
27 April menandakan ulang tahun ke-7 bagi pembukaan rasmi Zon Perdagangan Bebas Qianhai Shekou, di mana perubahan hari-ke-hari sentiasa menarik. Menurut Pihak Berkuasa Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong, pada tahun 2021, bilangan perusahaan yang dibiayai oleh Hong Kong yang didaftarkan di Qianhai telah meningkat sebanyak 156% tahun ke tahun, dan penggunaan sebenar bagi modal Hong Kong menyumbang 93.8% daripada jumlah pelaburan asing. Penggunaan sebenar pada suku pertama 2022 bagi modal Hong Kong berjumlah AS$1.272 bilion, yang mencakupi 92.97% daripada pelaburan asing mereka, satu peningkatan sebanyak 148.01%.
 
Pada waktu pemulihan ekonomi global, China terus memperbaharui susun atur bagi Qianhai, dengan menggabungkan pembangunan Guangdong, Hong Kong dan Macau. Inovasi institusi bertukar menjadi asas untuk memupuk sebuah persekitaran perniagaan kelas pertama di Qianhai, sekali gus menarik minat ramai usahawan dari Hong Kong. Mana-mana usahawan yang tajam pemerhatian tidak akan membuang masa dalam merebut peluang itu.
 
Xu Ziyan adalah di antara belia Hong Kong yang memulakan perniagaan mereka di Qianhai. Gadis kelahiran 1990-an ini baharu sahaja mendaftarkan syarikat beliau di sini, dengan mempercayai bahawa Qianhai adalah pilihan pertama bagi warga Hong Kong untuk menjalankan perniagaan di tanah besar China. Sebelum ini, beliau telah melawat Qianhai banyak kali untuk kajian kebolehlaksanaan.
 
Terletak di barat Shenzhen dan di tebing timur Muara Sungai Pearl, Qianhai telah ditetapkan sebagai sebuah “kawasan khas bagi Zon Ekonomi Khas” sejak Majlis Negeri meluluskan Rancangan Pembangunan Keseluruhan bagi Kawasan Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong di Zon Ekonomi Khas Shenzhen pada tahun 2010. Inovasi institusi Qianhai adalah "avant-garde" dan perkhidmatan insani serta sokongannya adalah "hebat". “Melalui pelbagai mesyuarat, kami boleh menyuarakan pendapat kami terus kepada pegawai. Kerajaan Qianhai boleh mendengar suara kami secara langsung," kata Xu Ziyan.
 
Syarikat Xu memberi tumpuan kepada perniagaan media baharu, dengan membantu menghubungkan jenama Hong Kong dengan tanah besar melalui "perdagangan langsung". "Melalui kaedah platform Qianhai itu, bukan sahaja kami boleh berhubung ke rantaian bekalan, tetapi juga kepada perusahaan yang memerlukan, yang menyelamatkan kami daripada masalah, seperti mencari sesuatu yang sukar dicari,” kata beliau.

Seperti yang dilihat oleh dunia luar, Kawasan Kerjasama Qianhai sentiasa menjalin sebuah "model Qianhai" dengan inovasi institusi di dalam pelaburan, perdagangan, kewangan dan peraturan undang-undang sebagai terasnya, menjadikannya satu "sumber" yang penting untuk digunakan oleh tempat lain di China.
 
Sun Lecheng, rakan kongsi bagi KPMG Intelligent Innovation Space, menyatakan bahawa Qianhai telah menetapkan matlamat yang meluas bagi inovasi institusi di dalam peraturan, sistem, mekanisme dan model. Bukan sahaja standard mereka tinggi, tetapi juga "boleh dilaksanakan dan kukuh".
 
Qianhai diketahui telah mempromosikan inovasi institusi dalam pelbagai sektor, termasuk keadilan, kewangan, rantaian bekalan, penyepaduan perkhidmatan dan industri pembuatan, teknologi baharu, model perniagaan baharu dan sebagainya. Sebagai contoh, Zon Undang-undang Antarabangsa Shenzhen-Hong Kong telah dibuka; sebuah Pelabuhan Bakat Antarabangsa diwujudkan, Penggabungan Pelbagai Negara (MCC) dan Hab Transit Maritim dan Pusat Perkhidmatan Udara Keluar ditubuhkan, Bandar raya Kewangan Antarabangsa Qianhai Shenzhen-Hong Kong ditubuhkan, Pusat Sokongan Teknologi dan Inovasi Organisasi Harta Intelek Dunia (WIPO-TISC) dirasmikan, dan Program Sokongan Institusi R&D Baharu Guangdong-Hong Kong-Macau sedang dipromosikan.
 
Statistik terkini menunjukkan bahawa, sehingga kini, Zon Perdagangan Bebas Qianhai Shekou telah melancarkan 685 inovasi institusi, dan lebih daripada 80 bilion yuan (AS$12.2 bilion) nilai barangan dikumpulkan dari seluruh dunia ke Zon Terikat Komprehensif Qianhai dan kemudian dipindahkan ke seluruh dunia.
 
Sumber: Pihak Berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.