ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  OMRON HEALTHCARE MENDEDAHKAN VISI KORPORAT JANGKA PANJANG, "KE ARAH SIFAR, PENJAGAAN PENCEGAHAN UNTUK KESIHATAN MASYARAKAT"

Wednesday 11/05/2022

AsiaNet 95870

KYOTO, Jepun, 11 Mei, 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

– Mensasarkan untuk Merealisasikan 3 Sifar: “Insiden Sifar Serebrovaskular dan Kardiovaskular,”
“Sifar Keruncingan bagi Penyakit Pernafasan” dan “Sifar Sekatan terhadap Aktiviti Harian Disebabkan oleh Sakit Kronik” –
 
Pada Mac 2022, Kumpulan OMRON telah mengumumkan satu visi jangka panjang yang baharu, “Membentuk Masa Depan 2030” (selepas ini dirujuk sebagai SF2030). Dalam komitmen mereka untuk mencapai visi ini bagi domain perniagaan penjagaan kesihatan, OMRON Healthcare Co., Ltd. (selepas ini dirujuk sebagai Syarikat itu), yang berpangkalan di Bandar raya Muko, Wilayah Kyoto, telah mewujudkan satu visi jangka panjang, “Ke arah SIFAR, Penjagaan Pencegahan untuk Kesihatan Masyarakat” dan berjanji untuk membangunkan peranti dan perkhidmatan baharu untuk memenuhi jangkaan pengguna, profesional penjagaan kesihatan dan masyarakat secara am.

Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/202204280634-O1-gBUApwyX
 
- Gambaran keseluruhan bagi visi jangka panjang yang baharu, “Ke arah SIFAR, Penjagaan Pencegahan untuk Kesihatan Masyarakat”
Dengan memanfaatkan teknologi penderiaan dan pandangan berharga yang dibangunkan di dalam bidang perubatan sehingga kini, Syarikat itu akan memberi tumpuan kepada pembangunan penyelesaian untuk: penyakit kardiovaskular yang telah menjadi punca utama bagi kematian di seluruh dunia; penyakit pernafasan, memandangkan bilangan orang yang menghidapnya semakin meningkat terutamanya di dalam ekonomi baru muncul; dan pengurusan kesakitan yang menyebabkan kesan ketara ke atas kehidupan seharian manusia. Tumpuan dan komitmen terhadap usaha ini akan membolehkan Syarikat itu untuk merealisasikan visi jangka panjang itu.
 
1. Perniagaan kardiovaskular: Sifar insiden serebrovaskular dan kardiovaskular
Dianggarkan satu bilion orang di seluruh dunia menghidapi hipertensi. Hipertensi boleh menyebabkan penyakit serebro-kardiovaskular (insiden) seperti strok dan kegagalan jantung manakala simptom seringkali tidak disedari. Sejak pengeluaran monitor tekanan darah yang pertama pada tahun 1973, Syarikat itu sentiasa menumpukan kepada membangunkan alat monitor tekanan darah yang mudah digunakan dan tepat serta menjalankan aktiviti pendidikan untuk menggalakkan pemantauan tekanan darah di rumah. Jualan global terkumpul bagi monitor tekanan darah OMRON telah melebihi 300 juta unit pada tahun 2021. Walaupun pemantauan tekanan darah di rumah terus menjadi lebih popular di seluruh dunia, kematian akibat daripada insiden serebrovaskular dan kardiovaskular serta individu yang memerlukan penjagaan kejururawatan jangka panjang terus meningkat.
 
Untuk mencapai visi perniagaan bagi domain kardiovaskular itu, Syarikat berkenaan akan mengembangkan bidang sasaran daripada memantau disfungsi jantung bagi pengesanan awal, kepada pembangunan monitor tekanan darah lengan atas dengan teknologi ECG terbina dalam, dan pelancaran global bagi perkhidmatan analisis ECG. Syarikat itu juga akan mengembangkan bidang perniagaan untuk memasukkan “pengesanan awal dan pencegahan berulang bagi fibrilasi atrium.” Memandangkan penyakit gaya hidup diketahui sebagai faktor risiko hipertensi dan fibrilasi atrium, Syarikat itu akan menyumbang kepada pembangunan peranti dan perkhidmatan baharu untuk pengesanan awal dan penambahbaikan bagi jenis-jenis penyakit ini. Di samping itu, pembangunan algoritma yang berasaskan AI untuk mewujudkan rangka kerja bagi penjagaan pencegahan sedang dilancarkan.

Mengenai perniagaan di peringkat global, Syarikat itu akan memberi tumpuan kepada pengukuhan perkongsian dengan doktor dan institusi perubatan di tanah besar China, di mana populasi yang menghidapi hipertensi dan penyakit pernafasan semakin meningkat, dan menambah baik perkhidmatan yang memupuk perhubungan di antara pesakit dan pakar perubatan melalui Kedai runcit MMC Health (*1). Di India, Syarikat itu telah menubuhkan pusat-pusat pengalaman di seluruh negara untuk menyediakan kepada pengguna India dengan satu pengalaman langsung dengan produk OMRON. Ia akan menyebarkan lagi manfaat bagi pemantauan tekanan darah di rumah di negara itu.

Kedai runcit MMC Health (*1): Perkhidmatan sehenti untuk pesakit diabetes yang menawarkan pesakit dengan akses mudah kepada ujian dan pemeriksaan perubatan.

2. Perniagaan pernafasan: Sifar keruncingan bagi penyakit pernafasan
Perniagaan pernafasan akan mengembangkan penyakit sasaran dengan menambahkan COPD (*2) kepada bekas sasaran asma. Bilangan pesakit yang menghidapi penyakit pernafasan semakin meningkat, terutamanya di dalam ekonomi baru muncul. Memandangkan kriteria diagnostik tidak dikira dengan jelas, keputusan diagnostik yang jelas sukar dibuat oleh doktor. Syarikat itu akan mengedarkan peranti untuk menyokong rawatan dan diagnosis di negara-negara baru muncul yang tidak mempunyai sistem perubatan yang mantap sepenuhnya. Dan bagi isi rumah umum, terutamanya di negara-negara maju, Syarikat itu akan menggalakkan perkhidmatan kawalan dan penjagaan simptom untuk meringankan perbelanjaan perubatan yang melambung tinggi bagi meringankan beban ke atas pesakit dan keluarga mereka.
 
COPD (*2): Penyakit pulmonari obstruktif kronik

3. Pengurusan kesakitan: Sifar sekatan terhadap aktiviti harian disebabkan oleh sakit kronik
Dalam domain pengurusan kesakitan, Syarikat itu akan memberi tumpuan kepada pembangunan peranti yang menggabungkan teknologi rangsangan saraf elektrik transkutaneus (TENS) baharu, serta menyediakan satu perkhidmatan sokongan terapi senaman. Matlamat Syarikat itu di sini adalah untuk membantu lebih ramai orang menjalani kehidupan seharian mereka tanpa perlu risau tentang kesakitan.
 
Misi korporat iaitu "Untuk memajukan kesihatan dan memperkasakan orang ramai di seluruh dunia bagi menjalani kehidupan yang sepenuhnya" adalah menjadi hasrat Syarikat itu yang akan kekal tidak berubah sekarang dan pada masa hadapan. Untuk mencapai visi baharu “Ke arah SIFAR, Penjagaan Pencegahan untuk Kesihatan Masyarakat,” Syarikat itu menyasarkan untuk menjadi amat diperlukan di dalam bidang pencegahan dan rawatan penyakit kronik, dan kemudian cuba mencabar diri mereka untuk menyediakan kepada masyarakat dengan penyelesaian.

- Video SF2030 Visi Jangka Panjang OMRON Healthcare
Ia menggambarkan kehidupan orang ramai di dalam masyarakat di mana “Ke arah SIFAR” telah direalisasikan.
 
URL Video: https://youtu.be/6cv9Le-6c0I
 
Imej 1:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M000242/202204280634/_prw_PI2fl_b0389uLf.jpg

 
 
Imej 2:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M000242/202204280634/_prw_PI3fl_4DfnlaXy.jpg

 
 
- Halaman Khas Visi Jangka Panjang OMRON Healthcare
Pada 1 April, 2022, satu halaman web khas “SF2030” telah ditambah pada laman web korporat OMRON Healthcare.
https://healthcare.omron.com/
 
 
Sumber: OMRON Healthcare Co., Ltd. 

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.