ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  PELANJUTAN TARIKH AKHIR PEMBERIAN VAKSIN KEPADA KANAK-KANAK DI BAWAH PICKIDS

Thursday 12/05/2022



KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) bagi golongan kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun telah bermula secara rasmi pada 3 Februari 2022. Ia bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan teruk COVID-19 dan memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dikurangkan, sekaligus mencegah kejadian kluster dan kes dalam kalangan warga sekolah.
 
Seperti yang telah diumumkan dalam kenyataan media pada 13 April 2022, tarikh akhir pemberian dos pertama PICKids telah ditetapkan pada 15 Mei 2022 (Ahad) di mana selepas tarikh ini, PICKids tidak lagi menawarkan vaksinasi.
 
Mengambil kira sambutan Hari Raya Aidilfitri dan cuti kelepasan am yang jatuh pada tarikh akhir pemberian vaksin serta penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Mesyuarat CITF-C pada 10 Mei 2022 telah memutuskan untuk melanjutkan tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama COVID-19 bagi kanak-kanak ke 31 Mei 2022. Keputusan ini dibuat untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang masih ingin mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak mereka.
 
Walau bagaimanapun, keputusan menetapkan tarikh akhir pendaftaran dan tempahan janji temu vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera iaitu pada 8 Mei 2022, dikekalkan dan tempahan janji temu tidak akan lagi diterima selepas tarikh tersebut. Justeru:
 
a. Bagi ibu bapa yang mendaftar dan membuat janji temu sebelum atau pada 8 Mei 2022 dan memilih tarikh vaksinasi sebelum atau pada 31 Mei 2022, boleh meneruskan janji temu yang dipilih.
b. Bagi ibu bapa yang mendaftar dan membuat janji temu sebelum atau pada 8 Mei 2022 tetapi memilih tarikh vaksinasi selepas 31 Mei 2022, janji temu dalam aplikasi MySejahtera akan terbatal secara automatik. 
c. Ibu bapa yang mendaftar selepas 8 Mei 2022, pautan tempahan janji temu dalam aplikasi MySejahtera tidak akan diberikan.
d. Bagaimanapun Ibu bapa dalam kategori (b) dan (c) masih boleh membawa anak untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 secara walk-in di Klinik Kesihatan KKM sehingga 31 Mei 2022.
 
Pemberian vaksin di Klinik Kesihatan KKM adalah bergantung kepada bekalan vaksin yang tersedia di sesebuah Klinik Kesihatan dan secara first come basis. Sekiranya bekalan vaksin pada hari tersebut telah habis, ibu bapa perlu datang semula pada hari berikutnya.
 
Selepas 31 Mei 2022, kanak-kanak yang telah berusia 5 tahun hingga bawah 12 tahun tidak lagi ditawarkan vaksin COVID-19 secara percuma di bawah PICKids. Mereka perlu mendapatkan vaksin COVID-19 yang ditawarkan secara berbayar di pasaran swasta.
 
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak berusia 5 tahun hingga bawah 12 tahun yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022 kerana mereka dijangkiti COVID-19. Mengambil kira komplikasi MIS-C yang mungkin berlaku, ibu bapa disarankan membawa anak mendapatkan vaksinasi secara walk-in ke Klinik Kesihatan dalam tempoh enam (6) minggu selepas sembuh dari jangkitan, ataupun selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2022.
 
Untuk makluman ibu bapa juga:
 
a. Pemakluman ini tidak terpakai bagi kanak-kanak yang baru mencapai usia 5 tahun pada atau selepas 31 Mei 2022.
b. Ibu bapa kepada kanak-kanak dalam kategori ini boleh membuat pendaftaran dan tempahan janji temu vaksin COVID-19 dos pertama melalui aplikasi MySejahtera sehingga 15 Januari 2023 untuk menerima vaksinasi COVID-19 di bawah program PICKids.
c. Tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama di bawah program PICKids bagi kategori ini adalah pada 31 Januari 2023.
 
Saya berharap dengan kenyataan ini, ibu bapa yang berhasrat memberi vaksin kepada anak mereka tetapi belum berkesempatan untuk berbuat demikian, rebutlah peluang terakhir ini sebelum terlambat.
 
 
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA
 
YB DATO’ DR NOOR AZMI BIN GHAZALI
TIMBALAN MENTERI KESIHATAN 1

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Tel: +603-8883 3470
Faks: +603-8888 6187

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.