ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2022 -Khamis

 
  PENDIGITALAN MEMACUKAN PERTUMBUHAN SERVICENOW DI SINGAPURA, MALAYSIA

Thursday 12/05/2022



Penyedia ekosistem yang semakin berkembang membantu syarikat menggunakan platform itu untuk transformasi digital dan meningkatkan daya saing, menurut laporan ISG Provider Lens™

SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Banyak perusahaan di Singapura dan Malaysia sedang melabur secara agresif di dalam penyelesaian ServiceNow untuk mengemudikan perubahan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan arah aliran ke arah transformasi digital, menurut satu laporan penyelidikan baharu yang diterbitkan hari ini oleh Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), sebuah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global terkemuka.

Laporan ISG Provider Lens™ ServiceNow Ecosystem Partners 2022 bagi Singapura dan Malaysia mendapati pertumbuhan bagi ServiceNow pada 2021 adalah lebih pantas di Asia berbanding di tempat lain di dunia. Di Singapura dan Malaysia, ekosistem perkhidmatan itu yang mengelilingi ServiceNow telah berkembang dengan ketara, dengan penyedia banyak melabur di dalam tenaga manusia dan proses untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

“Pandemik itu telah menyebabkan banyak syarikat di Singapura dan Malaysia menggunakan platform digital seperti ServiceNow untuk prestasi perniagaan yang lebih baik,” kata Deepraj Emmanuel, pengarah, ISG Asia. “Pihak lain yang menunggu terlalu lama, atau tidak berupaya untuk berubah, mungkin ketinggalan.”

Terutamanya di Singapura, perusahaan terlibat dengan rakan kongsi ekosistem ServiceNow untuk menyokong transformasi digital, menurut laporan itu. Bagi mencapai hasil perniagaan yang nyata dan boleh diulang, mereka memerlukan pasukan pakar ServiceNow yang konsisten dan kaedah pelaksanaan yang terbukti dan fleksibel.

Penggunaan ServiceNow di Singapura dan Malaysia mencerminkan ekonomi tempatan, kata ISG. Pengeluar tempatan dan multinasional mengetuai kelompok itu, bersama-sama dengan perkhidmatan perbankan, kewangan dan syarikat-syarikat telekomunikasi. Syarikat runcit dan sektor awam telah ketinggalan, lazimnya oleh kerana mereka terlalu bergelut dengan transformasi digital. Kebanyakan perusahaan menggunakan pengurusan perkhidmatan ServiceNow IT (ITSM) dan pengoptimuman aliran kerja, tetapi penyelesaian proses keselamatan dan perniagaan juga semakin mendapat perhatian.

ServiceNow, penyedia ekosistem dan perusahaan kesemuanya menghadapi kekurangan profesional mahir di rantau itu dan di seluruh dunia. Penggunaan dan pertumbuhan yang berterusan memerlukan satu tumpuan yang kukuh terhadap penyelesaian yang boleh diautomasikan dengan mudah dan konsisten, kata ISG. Pembekal perkhidmatan yang berpengalaman di dalam membangunkan pemecut penyepaduan dan alat automasi proses robotik (RPA) dilengkapi dengan baik untuk memenuhi keperluan ini.

Laporan itu juga meneroka aspek lain di dalam ekosistem ServiceNow itu di rantau berkenaan, termasuk pertumbuhan bagi penyedia perkhidmatan tempatan dan khusus serta cabaran untuk menyampaikan dua peningkatan ServiceNow yang utama secara konsisten setiap tahun.

Laporan ISG Provider Lens™ ServiceNow Ecosystem Partners 2022 bagi Singapura dan Malaysia menilai keupayaan 23 pembekal merentasi tiga kuadran: Perkhidmatan Perundingan ServiceNow, Perkhidmatan Pelaksanaan dan Penyepaduan ServiceNow dan Penyedia Perkhidmatan Terurus ServiceNow.

Laporan itu menamakan Accenture, Capgemini, Cognizant dan Infosys sebagai Pemimpin di dalam ketiga-tiga kuadran. Ia menamakan Deloitte, HCL dan Wipro sebagai Pemimpin di dalam dua kuadran setiap satu dan EY, IBM, KPMG dan TCS sebagai Pemimpin di dalam satu kuadran setiap satu.

Di samping itu, CloudGo, NCS dan Tech Mahindra dinamakan sebagai Bintang yang Sedang Meningkat – syarikat-syarikat yang mempunyai sebuah “portfolio yang mempunyai masa depan yang cerah” dan “potensi masa depan yang tinggi” mengikut takrifan ISG – di dalam satu kuadran setiap satu.

Laporan ISG Provider Lens™ ServiceNow Ecosystem Partners 2022 bagi Singapura dan Malaysia tersedia kepada pelanggan atau untuk pembelian sekali sahaja di laman web ini.

Maklumat mengenai ISG Provider Lens™ Research 

Siri penyelidikan ISG Provider Lens™ Quadrant ialah satu-satunya penilaian penyedia perkhidmatan yang seumpamanya untuk menggabungkan analisis penyelidikan dan pasaran  empirikal yang dipacu oleh data dengan pengalaman dunia sebenar dan pemerhatian oleh pasukan penasihat global ISG. Perusahaan akan menemui banyak data terperinci dan analisis pasaran untuk membantu membimbing pemilihan mereka bagi rakan sumber yang sesuai, manakala penasihat ISG menggunakan laporan itu untuk mengesahkan pengetahuan pasaran mereka sendiri dan membuat cadangan kepada pelanggan perusahaan ISG. Penyelidikan itu pada masa ini meliputi penyedia yang menawarkan perkhidmatan mereka di peringkat global, merentasi Eropah, serta di Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, United Kingdom, Perancis, Benelux, Jerman, Switzerland, Nordik, Australia dan Singapura/Malaysia, dengan pasaran tambahan akan ditambah pada masa hadapan. Untuk maklumat lanjut tentang penyelidikan ISG Provider Lens, sila layari laman web ini.

Satu siri penyelidikan pendamping, ISG Provider Lens Archetype melaporkan, menawarkan satu penilaian yang pertama seumpamanya bagi pembekal daripada perspektif pembeli yang spesifik.
 
Maklumat mengenai ISG

ISG (Information Services Group) (Nasdaq: III) adalah sebuah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka. Sebuah rakan perniagaan yang dipercayai kepada lebih 800 pelanggan, termasuk lebih daripada 75 daripada 100 perusahaan utama dunia, ISG komited untuk membantu perbadanan, organisasi sektor awam, dan penyedia perkhidmatan dan teknologi mencapai kecemerlangan operasi dan pertumbuhan yang lebih pantas. Firma itu pakar di dalam perkhidmatan transformasi digital, termasuk automasi, awan dan analisis data; nasihat sumber; tadbir urus terurus dan perkhidmatan risiko; perkhidmatan pembawa rangkaian; reka bentuk strategi dan operasi; pengurusan perubahan; risikan pasaran dan penyelidikan dan analisis teknologi. Ditubuhkan pada tahun 2006, dan berpangkalan di Stamford, Conn., ISG mempunyai lebih 1,300 orang pekerja profesional yang sudah bersedia daripada segi digital dan beroperasi di lebih 20 buah negara—sebuah pasukan global yang terkenal kerana pemikiran mereka yang berinovatif, pengaruh pasaran, kepakaran industri dan teknologi yang mendalam serta keupayaan penyelidikan dan analisis yang bertaraf dunia berdasarkan kepada data tempat pasaran yang paling komprehensif di dalam industri. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.isg-one.com.
 
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220511006065/en/ 


Hubungi

Hubungan Media:
Will Thoretz, ISG
+1 203 517 3119
will.thoretz@isg-one.com

Erik Arvidson, Matter Communications bagi pihak ISG
+1 617 874 5214
isg@matternow.com

Sumber : Information Services Group, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2022 MREM . All rights reserved.