ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  UOB MALAYSIA MENINGKATKAN PROGRAM LATIHAN, BETTER U, SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA KOMITMEN BANK UNTUK MELABUR DALAM TENAGA INSANNYA

Friday 13/05/2022



Kakitangan UOB Malaysia boleh memilih untuk menguasai analisis data dan pengurusan projek apabila merancang kerjaya mereka

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- UOB Malaysia mengumumkan bahawa ia telah mengembangkan program pembelajaran dan pembangunannya, Better U, dalam usaha membolehkan kakitangannya menguasai kemahiran dalam analisis data dan pengurusan projek, dua bidang yang penting untuk kebolehpasaran masa hadapan. Dilancarkan pada Mac 2020¹, Better U merupakan salah satu program latihan utama Kumpulan UOB yang memenangi anugerah dan disediakan bersama dengan program latihan dan pelatihan Bank yang lain untuk kakitangannya.

Menurut penyelidikan Forum Ekonomi Dunia², 91 peratus daripada industri perkhidmatan kewangan kemungkinannya akan menggunakan teknologi seperti analisis data besar menjelang 2025, membawa kepada permintaan yang semakin meningkat untuk peranan pekerjaan seperti penganalisis data dan saintis data. Selain itu, kemahiran pengurusan projek akan terus diperlukan dalam pekerjaan masa hadapan³. Memandangkan betapa pentingnya kedua-dua set kemahiran ini, kakitangan UOB Malaysia kini boleh mengkhususkan diri dalam bidang ini dan terus mendahului perkembangan industri.

Untuk peringkat seterusnya, Better U dibuka kepada semua kakitangan UOB Malaysia yang telah melengkapkan modul asas yang diwajibkan. Modul asas ini membangunkan kecekapan dalam lima bidang teras – set minda pertumbuhan, penyelesaian masalah, kesedaran digital, reka bentuk berpusatkan manusia dan penceritaan data. Hampir 70 peratus kakitangan UOB Malaysia telah melengkapkan modul asas dan Bank menjangka jumlah ini akan meningkat sebanyak 22 peratus menjelang 2022.

Encik Lai Tak Ming, Pengarah Eksekutif dan Ketua Negara Sumber Manusia, UOB Malaysia, berkata pengembangan program Better U mengesahkan komitmen jangka panjang Bank untuk melabur dalam tenaga insannya dan pembangunan mereka. 

¹Sila rujuk siaran akhbar: “UOB Malaysia launches learning and development programme to help its employees succeed into the future”, 2 Mac 2020.  
²Sumber: Laporan Masa Depan Pekerjaan oleh Forum Ekonomi Dunia, Oktober 2020
³Sumber: Tinjauan Global McKinsey, 2021: Kajian Setahun, Disember 2021


“Di UOB Malaysia, kami percaya ia penting untuk kakitangan kami belajar dan membangun secara berterusan bagi pertumbuhan peribadi dan profesional mereka. Teknologi baharu akan terus membentuk pilihan dan tingkah laku pengguna, serta mempengaruhi industri kewangan. Oleh itu, adalah penting kakitangan kami diperkasakan dan dilengkapi dengan set kemahiran yang sesuai untuk memenuhi keperluan industri hari ini dan pada masa hadapan. Dua bidang pengajian baharu program Better U, iaitu pengurusan projek dan analisis data, adalah kemahiran penting yang boleh digunakan dalam semua fungsi Bank. Kakitangan kami yang menjalani program latihan akan mempelajari kemahiran baharu yang boleh membantu mereka untuk terus berada di hadapan selain menyediakan mereka untuk pekerjaan masa hadapan.” 

Pelan hala tuju untuk membangunkan Better U kepada semua kakitangan

UOB Malaysia telah menyediakan peringkat kedua Better U untuk membolehkan kakitangan yang telah melengkapkan peringkat asas Better U mendalami bidang yang mereka pilih. Walaupun Bank bermula dengan dua bidang pengajian tahun ini – analisis data dan pengurusan projek, ia merancang untuk mengembangkan bidang pengajian khusus dalam bidang lain seperti kecerdasan buatan dan kemampanan menjelang 2023.

Bidang pengajian analisis data dan pengurusan projek menampilkan tiga peringkat progresif, yang digital sepenuhnya dan disediakan dalam kandungan bersaiz kecil, supaya kakitangan boleh mempelajarinya mengikut kelajuan dan keselesaan mereka sendiri. UOB Malaysia telah mengambil pengajaran daripada sekatan pergerakan dan penjarakan yang selamat berikutan COVID-19 untuk memastikan semua kakitangan dapat memperoleh kemahiran yang mereka perlukan, dari jarak jauh dan berdasarkan keperluan pekerjaan dan kehidupan di rumah mereka.

Setiap peringkat program latihan khusus membolehkan para peserta belajar dan memperoleh kemahiran berdasarkan tahap pengalaman dan pengetahuan mereka. Ini memastikan bahawa latihan tersebut adalah sesuai dengan kakitangan yang ingin meningkatkan kemahiran ataupun para pengamal yang perlu meningkatkan kemahiran diri dalam disiplin yang dipilih. Dalam membangun dan menyediakan kurikulum, UOB Malaysia telah memanfaatkan pengetahuan daripada pakar bidang subjek di seluruh Bank seperti ahli teknologi dan pakar datanya untuk memastikan bahawa bidang pengajian pembangunan kemahiran khusus ini adalah praktikal dan boleh digunakan dalam persekitaran dunia sebenar. 

Mengenai UOB Malaysia

United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) diperbadankan pada 1993 tetapi telah wujud di Malaysia sejak 1951. Hari ini, UOB Malaysia merupakan bank asing paling menguntungkan dan terbesar yang beroperasi di Malaysia dari segi jumlah aset, pinjaman dan deposit, dan mempunyai 45 cawangan di seluruh negara yang menawarkan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islam. Ia menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan yang luas melalui cawangan-cawangan dan anak-anak syarikat seperti pinjaman korporat dan komersial, perbankan pelaburan, perkhidmatan perbendaharaan, perkhidmatan perdagangan, pengurusan tunai, perkhidmatan penjagaan, pinjaman perumahan, kad kredit, pengurusan kekayaan, dan bankasurans. 

UOB Malaysia diiktiraf sebagai antara bank utama di Malaysia dengan penarafan AAA jangka panjang dari Ratings Agency of Malaysia. Berpandukan warisan yang kaya dan nilai-nilai teras, kami telah menjalin hubungan yang berkekalan dengan pelanggan dan terus memastikan kami berkhidmat demi kepentingan mereka dengan memberikan penyelesaian yang memenuhi matlamat kewangan yang sesuai dengan gaya hidup dan pilihan mereka. UOB Malaysia adalah anak syarikat UOB, sebuah bank terkemuka di Asia dengan rangkaian global yang terdiri daripada lebih 500 pejabat di 19 negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. Sepanjang lebih lapan dekad, generasi kakitangan UOB telah mengamalkan semangat keusahawanan, dengan menumpu pada pewujudan nilai jangka panjang dan komitmen yang teguh untuk melakukan segala yang diperlukan bagi pelanggan dan rakan sekerja kami. 

UOB ingin menjadi pembekal perkhidmatan kewangan yang prihatin dan komited untuk melakukan perubahan dalam kehidupan pemegang berkepentingan serta komuniti di mana ia beroperasi. Berdedikasi bukan sahaja dalam membantu pelanggan menguruskan kewangan mereka dengan bijak dan mengembangkan perniagaan mereka, UOB juga teguh dalam menyokong pembangunan sosial, terutamanya dalam bidang seni, kanak-kanak dan pendidikan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.uob.com.my 

Sumber: UOB Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Nizam Arop
Strategic Communications 
Tel: 03-9195 2786/ 017-333 6329
Emel: nizam.arop@uob.com.my 

Nama: Averlyn Lim
Strategic Communications
Tel: 03-9195 2793 / 018-229 9168
Emel: averlyn.limsl@uob.com.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.