ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  KUMPULAN UMW KEKALKAN MOMENTUM JUALAN AUTOMOTIF DENGAN PENDAFTARAN JUALAN SEBANYAK 32,600 KENDERAAN PADA APRIL 2022

Wednesday 18/05/2022



-  UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 6,946 unit pada bulan April 2022
-  Perodua mencatatkan jualan sebanyak 25,654 unit pada bulan April 2022

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Kumpulan UMW mengekalkan momentum penjualan automotifnya pada bulan April 2022 dengan kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, mencatatkan jualan kenderaan yang lebih baik.  Kumpulan mendaftarkan jualan kenderaan sebanyak 32,600 unit pada bulan April 2022, lebih rendah daripada 35,246 unit yang didaftarkan pada bulan Mac 2022, disebabkan oleh gangguan terhadap pengeluaran kenderaan akibat daripada isu rantaian bekalan yang telah menjejaskan industri automotif.
 
UMWT mencatatkan jualan sebanyak 6,946 unit pada bulan April 2022. Sehingga April 2022, UMWT mendaftarkan jualan sebanyak 29,393 unit, 11.2% lebih tinggi daripada 26,431 unit yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun 2021.  Toyota Vios, Yaris, Corolla Cross dan Hilux adalah antara model terlaris bagi bulan April.  Kempen jualan yang sedang dijalankan sepanjang Hari Raya seperti “Bersama Lebih Bermakna” dijangka akan memacu jualan kenderaan kumpulan.  Di samping itu, UMWT akan meraikan sambutan Hari Raya dengan menganjurkan “Toyota Raya Open House Weekender” pada 21 dan 22 Mei 2022 di semua bilik pamerannya, di seluruh negara.
 
Sementara itu, Perodua mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 25,654 unit pada bulan April 2022, 4.1% lebih rendah daripada 26,759 unit yang didaftarkan pada bulan sebelumnya. Bagi empat bulan pertama tahun 2022, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 87,278 unit, 11.5% lebih tinggi daripada 78,308 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2021.  Jualan Perodua terus dipacu oleh model terlarisnya, iaitu Myvi, Axia dan Bezza. Dengan permintaan yang bertambah baik dan prospek yang positif bagi industri automotif di Malaysia, Perodua telah menetapkan sasaran jualan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 247,800 unit untuk tahun 2022.  Jualan yang lebih tinggi akan didorong oleh pengecualian cukai jualan serta pengenalan model baharu dan dikemaskini.
 
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami sangat berbesar hati dengan jualan kenderaan yang didaftarkan oleh UMWT dan Perodua pada bulan April 2022 walaupun dengan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh industry automotif.  Isu rantaian bekalan yang berterusan telah mengganggu pengeluaran kenderaan bagi bulan April.  Kedua-dua syarikat bekerjasama rapat dengan pembekal mereka untuk meminimumkan kesan terhadap pengeluaran kenderaan dan mempercepatkan penghantaran kenderaan kepada pelanggan kami.  Kami ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

Mengenai UMW

Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat serantau yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada empat segmen perniagaan teras - Automotif, Jentera, Pembuatan & Kejuruteraan dan Aeroangkasa.  Ia kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 18,000 orang, termasuk Perodua.

UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri - dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pihak yang berkepentingan.

Sumber: UMW Corporation Sdn. Bhd.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : S Vikneshwaaran
Pengurus Besar – Bahagian Perhubungan Pelabur & Media
UMW Corporation Sdn. Bhd.
Tel: +603 2025 2104 / +6019 850 5799
Email: vikneshwaran.s@umw.com.my 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.