ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 07, 2022 -Khamis

 
  APLIKASI GEOHASIL DILANCARKAN BAGI MEMANTAPKAN OPERASI DAN PEMATUHAN CUKAI

Thursday 23/06/2022



KUANTAN, 23 Jun (Bernama) -- Bagi memantapkan pelaksanaan operasi penguatkuasaan dan meningkatkan kadar pematuhan cukai secara sukarela dalam kalangan rakyat di Malaysia,  Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah melancarkan aplikasi GeoHASiL pada hari ini.
 
Pelancaran aplikasi ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Nizom bin Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL di Menara HASiL Cawangan Kuantan, Pahang sempena Program Lawatan Konsultasi Hasil (LKH) dan Program Keluarga Hasil & Komuniti (HATI) yang merupakan antara pendekatan murni HASiL turun padang bagi mendekati rakyat berkaitan hal ehwal percukaian.
 
Aplikasi yang dibangunkan sendiri oleh HASiL melalui kepakaran dalamannya ini merupakan inisiatif baharu dalam memudahkan para pegawainya menjalankan tugas risikan, pengesanan, penguatkuasaan dan pendidikan cukai sekali gus akan membantu HASiL melaksanakan peranannya sebagai pentadbir cukai langsung negara.
 
Dengan adanya aplikasi GeoHASiL ini, kaedah Lawatan Banci Bisnes (LBB) yang dilaksanakan secara manual sebelum ini akan dapat dilaksanakan secara digital dan dalam talian yang mana pemetaan premis perniagaan di sesebuah lokaliti akan mengguna pakai google maps. Di samping itu, Jejak GPS telah diwujudkan bagi membolehkan pengguna melihat kedudukan semasa dan maklumat yang diperolehi boleh disimpan untuk dianalisis serta diguna pakai pada masa hadapan.
 
Menurut Datuk Mohd Nizom Sairi dalam ucapan beliau, penggunaan aplikasi GeoHASiL ini bagi memudahkan cara kerja HASiL kepada cara lebih moden dan terkini berdasarkan kepada ketepatan data yang diperolehi selain aplikasi ini juga berkeupayaan menyimpan, memapar, menganalisis dan mengolah data berkaitan lokaliti dengan lebih efisien dan praktikal. Aplikasi yang boleh diakses pada bila-bila masa ini juga menyokong elemen penjimatan masa, paperless dan pengumpulan pelbagai data yang boleh dipercayai. Dengan semua kelebihan yang ada pada aplikasi ini, ia diyakini mampu membantu HASiL memberikan perkhidmatan percukaian yang terbaik kepada rakyat dan negara.
 
Turut hadir dalam majlis pelancaran aplikasi GeoHASiL tersebut ialah YBrs. En. Muhammad Mustafa bin Said, Pengarah Jabatan Perisikan dan Profiling, YBhg. Datuk Suhaili bin Sudin, Pengarah HASiL Negeri Pahang dan YBrs. En. Che Mustafa bin Che Ali, Pengarah HASiL Cawangan Kuantan.
 
Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dikemukakan kepada HASiL melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; dan

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 23 Jun 2022

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Customer Care Officer: 019-651 1100
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2022 MREM . All rights reserved.