ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 16, 2024 -Selasa

 
  MARCUMBP MENUKARKAN NAMA KEPADA MARCUM ASIA CPAS LLP

Friday 12/08/2022



  • Nama baharu mencerminkan pertumbuhan pesat Firma itu merentasi rantau itu

NEW YORK & BEIJING, 12 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Marcum Bernstein & Pinchuk LLP hari ini mengumumkan bahawa firma itu akan menukar nama mereka kepada Marcum Asia CPAs LLP, tertakluk kepada kelulusan badan kawal selia. Perubahan nama itu akan mencerminkan pertumbuhan pesat berhubung usaha firma itu di persimpangan pasaran Amerika Syarikat dan Asia.

“Perubahan nama yang dirancang oleh kami mencerminkan pertumbuhan besar bagi perniagaan Firma itu merentas penawaran perkhidmatan kami, jejak geografi kami dan pasukan kami,” kata Drew Bernstein, pengerusi bersama bagi Marcum Asia. “Hari ini, kami menggunakan satu daripada pasukan terbesar juruaudit berpengetahuan SEC dan PCAOB di Tanah Besar China. Kami baru-baru ini mengembangkan kehadiran kami di rantau itu. Pejabat baharu kami di Singapura meningkatkan sokongan bagi pelanggan di seluruh Asia Tenggara. Ini termasuk perusahaan perindustrian pasaran pertengahan kepada syarikat-syarikat teknologi bernilai berbilion-bilion.”

Pangkalan pelanggan bagi Marcum Asia merangkumi Tanah Besar China, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Firma itu menyediakan perkhidmatan audit dan pengesahan kepada kedua-dua syarikat awam dan swasta, sama ada tersenarai atau bersedia untuk disenaraikan di pasaran Amerika Syarikat. Selain itu, Marcum Asia menyediakan pelbagai perkhidmatan perundingan kepada pelanggan bukan audit, yang termasuk: dasar perakaunan teknikal, Sarbanes-Oxley, kawalan dalaman, tadbir urus korporat dan usaha wajar kewangan.

“Permintaan untuk perkhidmatan audit dan perundingan Marcum Asia di Tanah Besar China kekal teguh,” kata Charles Yin, rakan pengurusan dan Ketua Pegawai Eksekutif di Marcum Asia. “Kami adalah satu daripada segelintir firma yang mempunyai skala dan pengalaman untuk menyelesaikan tugasan yang besar dan kompleks dengan cekap bagi syarikat-syarikat tersenarai Amerika Syarikat mengikut piawaian Lembaga Pemantauan Perakaunan Syarikat Awam. Kebimbangan berterusan mengenai potensi untuk menyahsenarai syarikat-syarikat yang juruaudit mereka tidak diperiksa oleh PCAOB telah mencetuskan kebanjiran syarikat-syarikat tersenarai Amerika Syarikat yang memerlukan kemahiran dan kecekapan yang ditawarkan oleh Marcum Asia.”

Marcum Asia adalah sebuah firma audit bersepadu sepenuhnya yang menyediakan satu rangkaian lengkap perkhidmatan audit, semakan teknikal, kawalan kualiti dan pengurusan perhubungan pelanggan, yang tidak sama seperti firma audit lain yang beroperasi di Asia di bawah satu rangkaian global terdiri daripada firma-firma ahli.

“Dari hari pertama kami berada di China, kami menyedari bahawa jika kami menyampaikan audit berkualiti di dalam persekitaran China yang kompleks, membina sebuah pasukan dalaman yang terdiri daripada profesional terlatih yang terletak di kedua-dua pasaran Amerika Syarikat dan Asia adalah penting,” kata Neil Pinchuk, pengerusi bersama bagi Marcum Asia. “Kami terus melabur di dalam mengukuhkan pasukan kawalan kualiti kami, merekrut bakat teknikal terbaik, dan mewujudkan sebuah laluan dan budaya pembelajaran yang mantap. Saya amat berbangga dengan kematangan, dorongan, dan integriti cemerlang oleh generasi baharu kita yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang tegas.”

Maklumat mengenai Marcum Asia CPAs LLP

Marcum Asia CPAs LLP adalah sebuah firma perakaunan awam bebas dengan tumpuan kepada perkhidmatan rentas sempadan untuk syarikat-syarikat awam dan persendirian di Asia. Sebuah usaha sama dengan Marcum LLP, firma itu merupakan satu daripada penyedia perkhidmatan audit dan jaminan terkemuka kepada syarikat-syarikat Asia yang disenaraikan di pasaran saham Amerika Syarikat. Marcum Asia ialah satu-satunya firma audit yang mempunyai sebuah pasukan SPAC yang khusus, yang dilengkapi dengan ketajaman teknikal, kecekapan dan kesegeraan yang diperlukan oleh IPO SPAC. Firma itu beribu pejabat di Bandar Raya New York dengan mempunyai pejabat di bandar raya utama di China, termasuk Beijing, Tianjin, Shanghai, Guangzhou, Hangzhou serta di Singapura.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari marcumasia.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:  
https://www.businesswire.com/news/home/20220804005070/en/

Hubungi

Media
Rachel Gerber Kule, Rakan Pengurusan, Pursuit PR
rachel@pursuitprny.com

Sumber : Marcum Bernstein & Pinchuk LLP
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.