ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  BANK MUAMALAT LANCAR BANK BERGERAK UNTUK BANTU GOLONGAN YANG TIDAK MEMPUNYAI AKSES KEMUDAHAN PERBANKAN

Friday 12/08/2022



KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) hari ini melancarkan Bank Bergerak untuk bertemu dan menawarkan perkhidmatan perbankan kepada para pelanggan baharu dan sedia ada,  terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman atau kawasan yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan kewangan yang mencukupi.
 
Bank Bergerak Bank Muamalat akan menemui pelanggan di empat lokasi di negeri Kedah pada hari yang ditetapkan. Bank Bergerak akan beroperasi di Pasar Pagi Pekan Tunjang, Daerah Kubang Pasu, pada setiap Khamis bermula 18 Ogos 2022. Ia juga akan menawarkan perkhidmatan perbankan di dua buah pasar pagi dan sebuah pasar tani di Daerah Kota Setar, iaitu Pasar Pagi Pekan Langgar pada setiap Isnin bermula 22 Ogos, Pasar Tani Kubang Rotan pada setiap Selasa bermula 23 Ogos dan Pasar Pagi Taman Pinang Jaya pada setiap Rabu bermula 24 Ogos. Waktu operasi di semua lokasi adalah dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk deposit dan pengeluaran wang tunai, khidmat nasihat untuk menggunakan perbankan digital, pembukaan akaun, pembiayaan Ar Rahnu, pemindahan dana antara bank dan bayaran pembiayaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad Khairul Kamarudin berkata, “Pelancaran perkhidmatan Bank Bergerak bertujuan mengalakkan penduduk kawasan luar bandar untuk menerima pakai perkhidmatan kewangan digital, seperti perbankan internet dan mudah alih, serta e-dompet.”

“Inisiatif ini juga bertujuan untuk membantu golongan yang tidak mempunyai akses kemudahan perbankan, terutamanya usahawan mikro dan peruncit. Penduduk di kawasan sekitar juga akan diberikan khidmat nasihat untuk menggunakan perbankan digital bagi menggalakkan transaksi urus niaga tanpa tunai. Selain, meningkatkan penggunaan Kod QR dalam kalangan usahawan dan pelanggan di lokasi tersebut,“ kata Khairul.  
 
“Bank Bergerak berpotensi merancakkan kegiatan ekonomi di daerah Kubang Pasu dan Kota Setar dan secara tidak langsung mendorong peningkatan ekonomi negeri Kedah. Inisiatif ini menyokong usaha kerajaan untuk mencapai rangkuman kewangan bagi semua lapisan masyarakat. Selain memastikan, tiada kelompok yang terpinggir daripada arus modenisasi atau pembangunan negara,”tambah Khairul.

Inisiatif Bank Bergerak diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia dengan kerjasama institusi perbankan seperti yang diumumkan dalam pelan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun, 2021.

Dalam pada itu, Bank Muamalat turut melancarkan Kempen “Super Saver, Superb Prizes” yang merangkumi Akaun Simpanan-i Tawarruq dan Akaun Pelaburan Tidak Terhad Mudarabah (SURIA). Kempen ini bertujuan menggalakkan orang ramai untuk menyimpan dan melabur, dan pada masa yang sama memberi ganjaran kepada pelanggannya.
 
Kempen “Super Saver, Superb Prizes” akan berlangsung selama enam bulan, bermula 1 Ogos 2022 sehingga 31 Januari 2023. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan baharu dan sedia ada yang berumur 12 tahun dan ke atas.

Pemegang Akaun Simpanan-i Tawarruq  dan Akaun Pelaburan Tidak Terhad Mudarabah (SURIA) layak secara automatik untuk penyertaan berganda bagi cabutan bertuah dengan mengekalkan baki minimum sebanyak RM10 dalam akaun sepanjang tempoh kempen tersebut.   

Kempen “Super Saver, Superb Prizes” menawarkan lebih banyak ganjaran dengan sejumlah 1,242 hadiah keseluruhan bernilai RM1.74 juta untuk dimenangi. Hadiah yang ditawarkan termasuk wang tunai bernilai RM1,000,000.00, sebuah kereta Honda City, sebuah Honda CRV, baucar pelancongan bernilai RM15,000 dan iPad Pro 11inch 256GB.

Cabutan kempen terbahagi kepada lima kategori iaitu “Superb Fun Draw,”Superb Fabulous  Draw,” “Superb Travel Draw,” “Superb Salary Draw” dan “Superb New Gen Draw.”

Untuk maklumat lanjut mengenai Bank Bergerak Bank Muamalat dan Kempen “Super Saver, Superb Prizes,” sila layari www.muamalat.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2600 5500, atau kunjungi cawangan Bank Muamalat yang berhampiran.


Lampiran:
FAQ Bank Bergerak _ 09082022 BM vetted 
FAQ Bank Bergerak _ 08082022 ENG vetted


SUMBER : Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mathini Raman
Tel : +6013 215 1922
E-mel : mathini.raman@muamalat.com.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.