ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 17, 2024 -Rabu

 
  SKYDRIVE MEMPERKENALKAN REKA BENTUK KERETA TERBANG SD-05, BERHASRAT UNTUK MEMULAKAN PERKHIDMATAN TEKSI UDARA PADA 2025

Tuesday 04/10/2022

AsiaNet 98080

 
TOYOTA, Japan,  4 Okt., 2022 /Kyodo JBN-Asianet/ --
 
SkyDrive Inc. telah memperkenalkan reka bentuk bagi kereta terbang model komersial mereka -- SkyDrive SD-05. SkyDrive merancang untuk menggunakan SD-05 itu, yang pada masa ini dalam pembangunan, untuk melancarkan perkhidmatan teksi udara di kawasan Teluk Osaka semasa eksposisi dunia yang dijadualkan pada 2025 di Osaka, Jepun.

“Ini adalah satu lagi langkah besar ke arah merealisasikan kereta terbang dan jalan raya di langit,” kata Takumi Yamamoto, pengarah reka bentuk SkyDrive. “Dua tahun telah berlalu sejak pengumuman mengenai SD-03, yang berjaya menyiapkan ujian penerbangan awam kendalian manusia mereka pada Ogos 2020, dan kami sangat gembira kerana dapat mengumumkan penggantinya, SD-05.”

Beribu pejabat di Bandar raya Toyota di Wilayah Aichi, SkyDrive ialah sebuah pemaju dan pengeluar terkemuka bagi kereta terbang (*1) dan dron kargo di Jepun.
 
Imej 1: Bahagian luar SD-05, yang sedang dalam pembangunan
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105850/202209267185/_prw_PI5fl_to2kn1db.jpg
 
Video bagi Model Komersial SD-05
Tajuk: SkyDrive SD-05: Kenderaan Terbang Sifar Pelepasan
URL: https://youtu.be/36tDLW-mFiU
 
Gambaran Keseluruhan SD-05
SD-05 ialah sebuah pesawat kompak dua tempat duduk yang berkuasa elektrik dengan keupayaan berlepas dan mendarat secara menegak. Dikendalikan oleh seorang pemandu-juruterbang, kestabilan penerbangannya dijamin dengan bantuan sebuah sistem penerbangan yang dikawal oleh komputer. SkyDrive sedang membangunkan kereta terbang dengan satu sasaran ke arah merealisasikan sebuah dunia di mana ia digunakan dalam kehidupan seharian untuk pergerakan udara sama seperti automobil digunakan untuk pengangkutan darat harian.
 
“Kenderaan ini bukan sekadar sebuah alat mudah untuk bergerak dari titik A ke B,” kata Yamamoto. “Berdasarkan kepada konsep reka bentuk dalam ‘memberi sayap kepada perjalanan harian,’ ia juga merupakan sebuah rakan perjalanan yang lebih selamat dan menyeronokkan.”

SkyDrive sedang dalam proses memperoleh sejenis sijil (*2) untuk SD-05 itu daripada Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT), sebagai yang pertama seumpamanya di Jepun. Syarikat itu terus berusaha ke arah memulakan penggunaan praktikal bagi kereta terbang semasa Eksposisi Dunia Osaka, Kansai, yang dijadualkan pada 2025 di Jepun. SD-05 itu direka bentuk untuk bergerak sehingga kira-kira 10 km dan kelajuan ronda maksimum ialah 100 km/j. Walau bagaimanapun, reka bentuk dan spesifikasi adalah tertakluk kepada perubahan dan kemajuan pembangunan reka bentuk.

Permohonan yang berpotensi untuk SD-05 sedang dalam pertimbangan, termasuk pengangkutan jalan pintas melalui langit, satu akses yang unik ke kemudahan resort, dan perkhidmatan perubatan kecemasan.

“SkyDrive akan terus mereka bentuk impian bagi masa depan dengan matlamat untuk merealisasikan jalan-jalan langit,” kata Yamamoto. SkyDrive juga bergerak untuk mempromosikan operasi perniagaan mereka bukan sahaja di Jepun tetapi juga di luar negara. Di Amerika Syarikat, sebagai contoh, syarikat itu telah menubuhkan sebuah pejabat pada September 2022, untuk tujuan menyediakan satu kaedah pengangkutan “perbatuan terakhir”. Syarikat itu telah membangunkan pasaran secara bersama dengan pihak berkuasa tempatan dan syarikat-syarikat rakan.

Reka Bentuk Luaran bagi SD-05
Seperti pesawat prototaip SD-03 tempat duduk tunggal SkyDrive, “progresif” (perintis dan maju) ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan reka bentuk SD-05 itu, yang SkyDrive percaya sebagai satu pemerihal yang sesuai untuk sebuah genre baharu pengangkutan. Melihat kepada fiuslaj, atau badan, pesawat itu dari sisi, kontur berbentuk S mencadangkan satu pasang kipas terangkat ke langit. Melihat ke bawah pada kapal terbang itu dari atas, orang ramai boleh melihat bentuk seekor burung walit berwarna putih mutiara, seekor burung kecil yang tangkas yang berupaya terbang ke paras yang tinggi.
 
Imej 2:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105850/202209267185/_prw_PI6fl_6XF2f9o3.jpg
 
Reka bentuk kerangka pesawat udara termaju secara aerodinamik itu dimaklumkan oleh kajian tentang bentuk-bentuk burung dan haiwan yang diperkemaskan dan mempunyai ciri-ciri mendatar dan ekor menegak untuk menambahkan kestabilan ketika dalam penerbangan. Di sudut atas kerangka udara itu, 12 unit kipas motor diletakkan untuk kestabilan penerbangan. Ini mencerminkan teknologi kawalan penerbangan yang diperoleh melalui lebih daripada 1,000 ujian penerbangan yang dijalankan semasa pembangunan kerangka udara itu.

Untuk SD-05 itu, pakar-pakar dari SkyDrive dan rakan mereka telah berusaha dengan kerjasama JAMCO Corporation (*3), sebuah pembuat dalaman pesawat; Toray Carbon Magic Co., Ltd. (*4), sebuah penyedia bagi Tetulang Plastik Gentian Karbon termaju (CFRP); dan Electric Power Systems, Inc. (*5), sebuah pembangun terkemuka bagi sistem bateri yang termasuk rangkaian kuasa tinggi untuk pesawat elektrik yang layak bagi jenis pensijilan.
Dengan misi mereka untuk menerajui sebuah revolusi pergerakan sekali dalam satu abad, SkyDrive sedang membangunkan kereta terbang yang lebih terjamin dan selamat melalui pembangunan dan ujian demonstrasi berulang bagi model komersial SD-05 itu, yang membawa kepada sebuah masa depan di mana pengangkutan udara adalah sebahagian daripada kehidupan seharian.

“Kami tidak sabar untuk melihat semua orang di Ekspo Osaka itu pada 2025,” kata pengarah reka bentuk Yamamoto.
 
Imej 3:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105850/202209267185/_prw_PI3fl_7710DNlZ.jpg
 
 
Imej 4:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105850/202209267185/_prw_PI4fl_98ccIudu.jpg
 
Nota:
(*1) Kereta terbang, yang secara amnya dikenali sebagai pesawat eVTOL (berlepas dan mendarat secara menegak menggunakan elektrik) di luar Jepun, dicirikan oleh pengelektrikan, pandu auto berautonomi sepenuhnya, dan berlepas dan mendarat secara menegak. Satu kemajuan baharu di dalam bidang pergerakan, pembangunan kereta terbang sedang digalakkan di peringkat global. Di Jepun, Majlis Awam-Swasta untuk Revolusi Pergerakan Udara telah ditubuhkan pada 2018 untuk tujuan tersebut. Projek itu dijangka membawa kepada perkhidmatan teksi di kawasan bandar, pengangkutan baharu untuk pulau-pulau terpencil dan kawasan pergunungan, dan pengangkutan kecemasan semasa bencana. Satu pelan hala tuju telah dirumuskan oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) dan MLIT menjangkakan permulaan perniagaan adalah pada pertengahan 2020-an.
 
(*2) Siaran Akhbar SkyDrive berhubung dasar perjanjian untuk pensijilan jenis kereta terbang dengan MLIT
https://en.skydrive2020.com/archives/6379
 
(*3) Siaran Akhbar SkyDrive mengenai kerjasama dengan JAMCO Corporation (Hanya tersedia dalam bahasa Jepun)
https://skydrive2020.com/archives/9549
 
(*4) Siaran Akhbar SkyDrive mengenai kerjasama dengan Toray Carbon Magic Co., Ltd.
https://en.skydrive2020.com/archives/6424
 
(*5) Siaran Akhbar SkyDrive mengenai kerjasama dengan Electric Power Systems, Inc.
https://en.skydrive2020.com/archives/6429
 
Maklumat mengenai SkyDrive Inc.:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202209267185-O1-P01369p5.pdf
 
Untuk mengetahui tentang pengumpulan dana bagi projek itu, sila layari:
https://en.skydrive2020.com/archives/7416
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari, https://en.skydrive2020.com/


Sumber: SkyDrive Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.