ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  EMGA MELENGKAPKAN PENGUMPULAN MODAL BERNILAI EUR 9.4 JUTA UNTUK KASHF FOUNDATION DENGAN PEMBIAYAAN DARIPADA BIO

Tuesday 04/10/2022



LONDON, 4 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kemudahan pembiayaan bernilai EURO 9.4 juta untuk Kashf Foundation telah diilhamkan, distruktur dan dirundingkan oleh Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA), sebuah bank pelaburan bagi pasaran yang sedang pesat membangun.

Bercakap tentang transaksi tersebut, En Shahzad Iqbal, Ketua Pegawai Kewangan Kashf Foundation berkata, “Kashf Foundation didaftarkan sebagai sebuah Syarikat Kewangan Mikro Bukan Perbankan yang dikawal selia oleh Securities and Exchange Commission of Pakistan. Ditubuhkan pada tahun 1996 sebagai institusi kewangan mikro khusus pertama di Pakistan, ia memulakan operasinya sebagai pereplika Grameen dan sejak itu, Kashf telah berjaya menempah nama dalam bidang yang berbeza dan unik untuk yayasan miliknya sendiri dalam sektor kewangan mikro di Pakistan dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang inovatif dan transformatif kepada isi rumah berpendapatan rendah terutamanya untuk kaum wanita. Pada masa ini, ia mempunyai jangkauan seramai lebih 600,00+ peminjam wanita di lebih 360 cawangannya dengan nilai GLP melebihi USD 90 juta.”

“Sekadar untuk berkongsi bahawa kami sentiasa berbesar hati dapat bekerjasama dengan EMGA dalam transaksi baharu untuk mengembangkan rangkaian dan jangkauan kami. Ini adalah transaksi pertama kami dengan BIO dan juga transaksi pertama dalam mata wang Euro. Saya percaya BIO dan Kashf akan bekerjasama dan membina hubungan yang kukuh untuk meningkatkan rangkuman kewangan di Pakistan dan khususnya untuk kaum wanita. Transaksi ini akan membantu Kashf Foundation mengembangkan jangkauannya bukan sahaja di kawasan operasi sedia ada tetapi juga di kawasan geografi baharu di seluruh Pakistan.”

Pengarah Urusan merangkap Ketua Perbankan Pelaburan Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA)Sajeev Chakkalakal berkata, “Kami berbesar hati untuk meneruskan perkongsian jangka panjang kami dengan Kashf Foundation dan menyampaikan penyelesaian pembiayaan baharu ini walaupun dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu di Pakistan dan juga di peringkat global.” Turut mengulas tentang transaksi tersebut ialah Pengarah Urusan Emerging Markets Global Advisory Limited (EMGA), Jeremy Dobson , “Kami sungguh berbesar hati dapat bekerjasama dengan Kashf Foundation sekali lagi dalam transaksi terbaharu ini dan membantu menyokong pangkalan pelanggan usahawan mikro wanita mereka.”

Frédéric Vereecke, Pegawai Pelaburan Belgian Investment Company for Developing countries (BIO) mengulas, “Kami mengalu-alukan peluang untuk menyokong Kashf Foundation dalam memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan menyediakan perkhidmatan kewangan yang berkualiti kepada isi rumah berpendapatan rendah di Pakistan.”

Kashf Foundation telah didaftarkan sebagai sebuah Syarikat Kewangan Mikro Bukan Perbankan yang dikawal selia oleh Securities and Exchange Commission of Pakistan. Ditubuhkan pada tahun 1996 sebagai institusi kewangan mikro khusus pertama di Pakistan, ia memulakan operasinya sebagai pereplika Grameen dan sejak itu, Kashf telah berjaya mengukir bidang yang berbeza dan unik untuk yayasan miliknya sendiri dalam sektor kewangan mikro di Pakistan dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang inovatif dan transformatif kepada isi rumah berpendapatan rendah terutamanya untuk kaum wanita.

Belgian Investment Company for Developing countries (BIO) menyokong sektor swasta yang kukuh di negara membangun dan sedang pesat membangun, untuk membolehkan mereka mendapat akses kepada pertumbuhan dan pembangunan lestari dalam rangka kerja Matlamat Pembangunan Lestari. Mereka mencapai matlamat ini dengan melabur dalam perusahaan kecil dan sederhana, institusi kewangan dan projek infrastruktur, menyumbang kepada pertumbuhan sosio-ekonomi di negara-negara membangun.

Emerging Markets Global Advisory Limited (EMGA), yang memiliki pejabat-pejabat di New York dan London, membantu institusi kewangan dan badan korporat yang mencari modal ekuiti atau hutang baharu. EMGA menyediakan perkhidmatannya kepada para pelanggan dalam kebanyakan ekonomi dunia yang sedang pesat membangun, termasuk Pakistan. Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pembentukan modal dan nasihat strategik sepanjang kitaran ekonomi yang pelbagai, EMGA terus mengembangkan capaian geografi dan penawaran perkhidmatannya, mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran sebagai salah sebuah bank pelaburan khusus yang terkemuka dalam industri yang memberi tumpuan kepada pasaran baru muncul.

Butiran hubungan
info@emergingmarketsglobaladvisory.com

Sumber : Emerging Markets Global Advisory

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.