|
|
|
|
|
|
AGC MEMPEROLEHI PENGISYTIHARAN PRODUK ALAM SEKITAR PERTAMA MEREKA BAGI PRODUK KACA SENI BINA DI RANTAU ASIA PASIFIK
Thursday 13/10/2022
AsiaNet 98181
TOKYO, 13 Okt., 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ -- AGC Inc. (kemudian dari ini “AGC”), yang beribu pejabat di Tokyo, telah mengumumkan pemerolehan bagi Pengisytiharan Produk Alam Sekitar (EPD) pertama mereka bagi apungan kaca yang dikeluarkan di dua kilang mereka di Asia, PT Asahimas Flat Glass Tbk (*1) (beribu pejabat di Indonesia) dan AGC Flat Glass (Thailand) Plc. (beribu pejabat di Thailand). Ini adalah EPD pertama yang dicapai oleh Kumpulan AGC itu untuk kaca seni bina yang dihasilkan di rantau Asia Pasifik (*2).
EPD: EPD yang diperoleh oleh AGC mendedahkan kesan alam sekitar bagi peringkat pengeluaran untuk kaca seni bina, dan ia memberi manfaat kepada pemilik, arkitek, penentu, dan profesional pembinaan dengan membolehkan untuk menilai kesan alam sekitar yang dikaitkan dengan bahan binaan.
EPD itu ialah satu pengisytiharan alam sekitar jenis III yang mematuhi standard ISO 14025 dan disahkan oleh Program EPD Jepun bagi Organisasi Penggalakan Pengurusan Lestari (SuMPO). Pengisytiharan alam sekitar itu juga memenuhi keperluan bagi peraturan bangunan kerajaan, serta menyumbang kepada memperoleh mata untuk mendapatkan pensijilan skim bangunan hijau, oleh kerana pemberian kredit bagi sistem penarafan bangunan hijau (*3) untuk projek pembinaan yang menggunakan bahan yang diperakui EPD.
Kumpulan AGC itu akan menggunakan EPD ini untuk menyumbang kepada pembelian dan perolehan hijau di dalam industri pembinaan di Asia. Syarikat itu juga akan mengembangkan liputan EPD mereka kepada produk kaca berprestasi tinggi, seperti kaca bersalut, unit kaca dua lapis dan kaca hiasan yang dikeluarkan di kilang-kilang di Asia.
Kumpulan AGC itu telah menetapkan “penggalakan bagi pengurusan kelestarian” sebagai satu daripada isu keutamaan di dalam pelan pengurusan jangka pertengahan mereka “AGC plus-2023,” dan telah menetapkan satu sasaran untuk mencapai pelepasan GHG sifar bersih daripada aktiviti perniagaan mereka menjelang tahun 2050. Kumpulan AGC itu akan terus menyumbang kepada merealisasikan sebuah persekitaran global yang lestari dengan mengurangkan pelepasan GHG dan membekalkan produk dan teknologi yang menyumbang kepada penjimatan tenaga dan penciptaan tenaga.
Nota: (*1) PT Asahimas Flat Glass Tbk ialah sebahagian daripada kumpulan AGC global. Asahimas Flat Glass telah ditubuhkan sebagai satu usaha sama pada tahun 1973 di antara Asahi Glass Co., Ltd. (kini AGC Inc.) dan PT Rodamas (pengedar Indonesia bagi kaca dan barangan berkaitan barangan). (*2) AGC Glass Asia Pacific mengetuai aktiviti jualan dan pemasaran bagi produk seni bina, dalaman, automotif, industri dan kaca pintar untuk rantau Asia Pasifik. Ia adalah sebahagian daripada Architectural Glass Asia Pacific Company, AGC Inc., yang beribu pejabat di Jepun, dan ibu pejabat serantau mereka di Singapura telah ditubuhkan pada tahun 2013. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif kelestarian AGC Glass Asia Pasifik, sila layari https://agc-glassasia.com (*3) Sistem penarafan LEED (Kepimpinan di dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar) oleh Majlis Bangunan Hijau Amerika Syarikat dan Skim Pensijilan Tanda Hijau oleh Pihak Berkuasa Bangunan dan Pembinaan Singapura adalah contoh bagi sistem penarafan bangunan hijau. Sumber: AGC Inc.
--BERNAMA |
|
|
|
|
|
|