ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Januari 19, 2025 -Ahad

 
  "EKONOMI MALAM" MENERANGI WILAYAH AUTONOMI PENDUDUK PALING RAMAI DI CHINA BAGI KUMPULAN ETNIK

Tuesday 25/10/2022

AsiaNet 98410

NANNING, China, 25 Okt., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang telah mengeluarkan satu siri dasar untuk menggalakkan pembangunan “ekonomi malam”. Sebagai tindak balas, semua bahagian di wilayah itu telah secara aktif menjalankan aktiviti “ekonomi malam” seperti makan malam di luar, menonton pada waktu malam, hiburan malam, membeli-belah waktu malam dan lain-lain, yang melaluinya menukarkan “aliran pengembara” menjadi “penginapan pengembara”, dengan itu mengaktifkan dengan berkesan penggunaan malam dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Beberapa kluster budaya malam dan penggunaan pelancongan peringkat kebangsaan, seperti “Tiga Jalan dan Dua Lorong” di Nanning, Kawasan Kebudayaan dan Pelancongan ASEAN di Nanning, Kampung Yueye Dong di Liuzhou, East West Street di Guilin, Resort Pelancongan Rongchuang di Guilin, dan Blok Pekan Purba Taiping di Chongzuo, telah menjadi model bagi pembangunan “ekonomi malam” di Guangxi.

Untuk menaik taraf penggunaan malam, Guangxi baru-baru ini telah mengeluarkan ‘Beberapa Langkah untuk Menggalakkan Lagi Penggunaan’, dengan mencadangkan untuk menggalakkan penjual untuk terus menjalankan perniagaan hingga lewat malam dan memberi tumpuan kepada memupuk dan membina beberapa kluster penggunaan budaya dan pelancongan malam yang mengintegrasikan makan malam, membeli-belah malam, lawatan malam, dsb. dengan kebolehan pemanduan yang kukuh, agar dapat membimbing semua kawasan untuk menjalankan usaha dalam “pembezaan”, “pengkhususan” dan “pencirian” dan menggalakkan peningkatan bagi pembawa penggunaan malam.

“Ekonomi malam telah memainkan satu peranan enjin yang semakin penting di dalam mengeluarkan penggunaan yang penuh bertenaga dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Kami akan terus menggalakkan inovasi dan pembangunan ekonomi malam, memajukan integrasi bagi perniagaan, budaya dan pelancongan, membangunkan format perniagaan baharu secara bersungguh-sungguh dan memupuk latar penggunaan malam yang baharu, mengaktifkan tempat panas yang baharu bagi penggunaan malam, dan memperkasakan peningkatan ekonomi bandar,” kata Lai Fuqiang, timbalan pengarah bagi Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang.

“Tiga Jalan dan Dua Lorong” itu, yang terletak di pusat bandar Nanning, dari segi sejarah merupakan mercu tanda komersial dan kebudayaan yang penting di Nanning, yang juga dikenali sebagai kumpulan pertama bagi blok perjalanan dan riadah peringkat kebangsaan. Budaya lorong di selatan China yang diwakili oleh “Tiga Jalan dan Dua Lorong” itu timbul semasa Dinasti Song. Kawasan itu adalah tempat kelahiran bagi Pekan Purba Yongzhou boleh dikesan kembali kepada Dinasti Song, dan ia juga merupakan tapak asas bagi tembok kota itu dan parit Nanning yang lebar di dalam Dinasti Ming dan Qing.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dengan digalakkan oleh pelbagai dasar yang menggalakkan seperti pengubahsuaian bandar lama dan pembaharuan bandar, "Tiga Jalan dan Dua Lorong" yang pernah ketinggalan zaman itu juga telah diberikan satu nafas baharu. Melalui format perniagaan yang berinovatif dan pelbagai, warisan kebudayaan dan sejarah Nanning yang lazim telah dengan itu dipaparkan.

Apabila lampu malam hari  itu dinyalakan, sebilangan besar pelancong melawat dan bersiar-siar di sekitar blok seni bina yang mengingatkan mereka kepada Dinasti Ming dan Qing. Di bazar yang penuh dengan satu rasa antik terdapat banyak gerai istimewa seperti lukisan gula, pembuatan teh minyak, lukisan kipas kertas, dan kraftangan, yang mempersembahkan pelbagai pameran yang mempesonakan. Penjaja kaki lima menjaja di sepanjang jalan, dan penduduk serta pelancong datang dan pergi dalam suasana kesibukan itu.

Kehidupan dunia yang penuh dengan tenaga yang menghangatkan hati manusia. “Ekonomi malam” memainkan satu peranan penting di dalam merangsangkan permintaan dalam negeri dan menyara kehidupan rakyat, dan kemakmurannya telah menjadi satu penunjuk untuk mengukur tenaga bagi sesebuah bandar raya.

Ketika malam menjelang tiba, pasar jalanan di Kawasan Kebudayaan dan Pelancongan ASEAN Nanning adalah cerah seperti waktu siang, mengalir dengan cahaya dan warna. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan berpaksikan kepada tema “Jendela ASEAN - Pesona Qingxiu", Kawasan Kebudayaan dan Pelancongan ASEAN Nanning telah menyepadukan secara organik unsur-unsur ASEAN dengan adat Zhuang, yang digambarkan di dalam pembinaan bandar dan penggunaan masa lapang, dengan itu menjadi sebuah jendela untuk mempamerkan pencapaian berinovatif yang diraih oleh keterbukaan dan kerjasama China-ASEAN.

Pada masa ini, Kawasan Kebudayaan dan Pelancongan ASEAN Nanning telah mengumpulkan lebih daripada 2,000 entiti perniagaan malam, dan membangunkan lapan aktiviti penggunaan bertemakan malam: Pemandangan Malam Bandar raya Hijau, Jamuan Malam ASEAN, Membeli-belah Malam Mixc, Hiburan Fesyen Malam, Penginapan Malam Xinbo, Pertunjukan Malam Broked Zhuang, Penjagaan Kesihatan Malam Green Hill dan Pembacaan Buku Malam Laut.

Pada waktu malam pada penghujung musim luruh, East West Street di Guilin disinari dengan cahaya lampu, sibuk dengan penuh bertenaga dan dibanjiri dengan pelancong. East West Street, yang terkenal dengan “tembok dan jalan kota lama”, telah menyaksikan kebangkitan dan kejatuhan Guilin selama lebih 1,000 tahun dan memiliki nilai sejarah dan kebudayaan yang tinggi. Pada tahun 2013, Jawatankuasa Perbandaran Guilin CPC dan Kerajaan Rakyat bagi Perbandaran Guilin telah melancarkan projek pemulihan dan pembinaan semula East West Street untuk membina sebuah jalan bersejarah, bercirikan kebudayaan dan bersantai dengan menambahkan elemen moden sambil mengekalkan rupa asalnya.

Selepas pembukaan East West Street pada tahun 2016, ia serta-merta menjadi sebuah mercu tanda baharu bagi pelancongan kebudayaan di pusat bandar Guilin. East West Street itu secara aktif memperkenalkan jenama-jenama berciri dari segi format perniagaan, mengumpulkan jenama dan kedai terkenal, dan menyediakan perkhidmatan sehenti untuk makan, minum, bermain, menikmati, melancong, membeli-belah dan hiburan.

“Terdapat satu aliran manusia yang ramai di East West Street, terutamanya semasa waktu cuti dan pada waktu malam. Saya akan datang ke sini untuk menjual barang perhiasan selepas habis bekerja, dan pendapatannya adalah sangat lumayan,” kata Cik Zhang, pemilik gerai bagi barang perhiasan itu.
 
Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.