|
|
|
|
|
|
PETANI MERAIH MANFAAT PERTANIAN DARIPADA KUALITI UDARA YANG BAIK
Tuesday 25/10/2022
AsiaNet 98440
Kapsyen: Kualiti udara yang baik di Chongming SHANGHAI, 25 Okt., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
Kualiti udara yang baik telah memberikan satu impak yang besar kepada pengeluaran dan kualiti produk pertanian. Ini telah banyak dibuktikan oleh penyelidikan Amerika, yang menunjukkan bahawa peningkatan di dalam kualiti udara di Amerika Syarikat dari tahun 1999 hingga 2019 adalah merupakan satu daripada punca utama bagi peningkatan di dalam pengeluaran jagung dan kacang soya.
Penyelidik telah mengumpulkan data mengenai kandungan ozon, zarah terampai, nitrogen dioksida dan sulfur dioksida yang disediakan oleh stesen-stesen pemantauan kualiti udara dan stesen telemetri satelit di sembilan negeri di Amerika, serta data hasil tanaman di pelbagai wilayah untuk analisis perbandingan.
Keputusan itu menunjukkan bahawa bahan pencemar udara melebih empat akan mengurangkan kadar hasil bagi jagung dan kacang soya. Memandangkan loji janakuasa arang batu merupakan satu daripada sumber utama bagi pencemaran udara, pasukan penyelidik juga mendapati bahawa ladang yang berada lebih jauh daripada loji janakuasa itu menyaksikan peningkatan hasil tanaman.
Penyelidik berkata bahawa gas toksik di udara, seperti sulfur dioksida, ozon dan nitrogen oksida, boleh memasuki daun melalui stomata terbuka pada permukaan mereka, sekali gus menjejaskan kecekapan fotosintesis dan merosakkan tisu daun, yang membawa kepada kekuningan, pemutihan dan kelayuan pada daun.
Sesetengah bahan pencemar (seperti logam berat ) secara semula jadi akan mengendap atau menyerang tanah melalui hujan. Pada masa ini, keupayaan akar untuk menyerap nutrien akan terganggu, sehingga menghalang perkembangan tumbuhan.
Dalam hal ini, kecemerlangan bagi kualiti udara di Pulau Chongming meningkat daripada 80.5 peratus pada tahun 2017 kepada 92.8 peratus pada tahun 2021, dan kepekatan bagi zarah halus PM2.5 menurun sebanyak 31.6 peratus dalam tempoh yang sama.
Kepekatan bagi nitrogen dioksida, sulfur dioksida dan nitrik oksida terus menurun, untuk mencapai standard kebangsaan kelas pertama. Kualiti udara keseluruhan bagi Chongming adalah antara yang terbaik di kalangan 16 daerah di Shanghai.
Petani yang menanam taro rangup di Kampung Luhu sangat bangga dengan kualiti produk mereka yang lebih baik berbanding dengan wilayah jiran. 10 hektar pir madu yang ditanam di Pekan Xinhe juga memerlukan sebuah persekitaran pertumbuhan yang tinggi, dan ia hanya boleh tumbuh dengan baik di Chongming, menurut petani tempatan.
Huang Guochao, yang menanam padi di Pekan Miaozhen dan memulakan projek “simbosis padi-ikan”, berkata, “Kami tidak menggunakan racun perosak untuk meningkatkan pertumbuhan padi kerana tanahnya baik, airnya baik, dan udaranya baik.”
Walaupun tiada data penyelidikan secara langsung, kesan positif bagi udara yang baik pada produk pertanian telah diiktiraf sebulat suara oleh petani Chongming. Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Daerah Chongming Shanghai
Pautan Lampiran Imej: Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=432166 Kapsyen: Kualiti udara yang baik di Chongming Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=432171 Kapsyen: Simbiosis perikanan dan elektrik Chongming, yang termasuk sebuah panel tenaga solar di sebuah kolam budaya, mendapat manfaat daripada sumber semula jadi.
--BERNAMA |
|
|
|
|
|
|