|
|
|
|
|
|
TETAMU NEGARA LUAR MENGIRIM UCAPAN SELAMAT UNTUK KEJAYAAN CIIE KE-5
Tuesday 01/11/2022
AsiaNet 98533
SHANGHAI, 1 Nov., 2022 /Xinhua-AsiaNet/-- Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-5 akan diadakan dari 5 hingga 10 Nov, 2022. Bekas Perdana Menteri Perancis Jean-Pierre Raffarin dan Bekas pengarah UNESCO bagi pusat warisan dan ADG untuk budaya Francesco Bandarin mengutus ucapan selamat melalui video dan berharap acara itu akan mencapai kejayaan, sambil memuji China kerana menggalakkan kemakmuran ekonomi dunia melalui keterbukaan di peringkat tinggi.
Siaran Berita Multimedia: Jean-Pierre Raffarin berkata bahawa beliau telah menyertai CIIE sebelum ini, dan perusahaan Perancis tidak sabar-sabar untuk datang ke China untuk pembangunan. Pada masa ini, CIIE telah memainkan satu peranan penting di dalam pertukaran perdagangan antarabangsa. Perusahaan boleh menghasilkan banyak projek yang menguntungkan kesemua pihak di CIIE yang telah menunjukkan pengaruh antarabangsa mereka yang tidak boleh diendahkan. Beliau telah menggesa syarikat-syarikat Perancis untuk mengambil bahagian di dalam CIIE, agar rakyat kedua-dua buah negara boleh meraih manfaat di antara satu sama lain.
Francesco Bandarin berkata bahawa beliau telah banyak kali ke China dan menganggap CIIE sebagai satu acara besar peringkat antarabangsa untuk perolehan global, promosi pelaburan, pertukaran kebudayaan dan rakyat dengan rakyat dan kerjasama terbuka. Melalui jendela ini, dunia akan dapat melihat China dan budaya mereka yang indah. Orang Cina akan melihat, menyentuh dan mengalami produk dan budaya yang pelbagai dari seluruh pelosok dunia. Beliau berkata jika ada peluang, beliau ingin datang ke tempat itu untuk mengalami sendiri CIIE. Untuk maklumat lanjut: Hubungi: Cik Cui Yan Tel: 0086-21-968888 E-mel: ciie2022@ciie.org Laman web: http://www.ciie.org/zbh/en/ Facebook: https://www.facebook.com/ciieonline Twitter: https://twitter.com/ciieonline Sumber : Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE)
--BERNAMA |
|
|
|
|
|
|