ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Januari 18, 2025 -Sabtu

 
  PERSIDANGAN ANTARABANGSA BOAO YANG PERTAMA MENGENAI KAJIAN DUNIA SEBENAR BAGI PRODUK PERUBATAN DIADAKAN DI HAINAN

Monday 12/12/2022

AsiaNet 99156

HAIKOU, China, 12 Dis., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 8 Disember, Persidangan Antarabangsa Boao yang pertama mengenai Kajian Dunia Sebenar bagi Produk Perubatan telah diadakan di Wilayah Hainan, dengan bertemakan "Kajian Data Dunia Sebenar dan Pembangunan Berinovatif dan Penyeliaan bagi Produk-produk Perubatan".

Zon Perintis Pelancongan Perubatan Antarabangsa Hainan Boao Lecheng, sebagai "Zon Khas Perubatan" yang unik di China, adalah satu-satunya wilayah perintis yang menggunakan secara aktif aplikasi data sebenar. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah berkembang menjadi saluran yang paling penting bagi peranti perubatan berinovatif antarabangsa untuk memasuki China, pada mulanya mencapai penyegerakan dengan peringkat lanjutan antarabangsa di dalam tiga bidang bagi teknologi perubatan, peralatan dan ubat-ubatan.

Feng Fei, Gabenor bagi Wilayah Hainan, berkata dalam ucapan beliau bahawa sejak tahun 2019 Zon Perintis Lecheng telah menjalin kerjasama yang mendalam dengan lebih daripada 80 perusahaan peranti perubatan di 16 buah negara dan wilayah. Lebih daripada 270 jenis produk perubatan yang memerlukan klinikal segera telah diperkenalkan dari luar negara. Sebanyak sembilan jenis produk telah diluluskan untuk disenaraikan di China melalui penggunaan data dunia sebenar dari Lecheng untuk menambahkan penilaian klinikal. “Saya amat berharap agar pakar-pakar, cendekiawan, tetamu dan sahabat handai yang menghadiri mesyuarat itu akan mengadakan perbincangan dan pertukaran mendalam bagi mempromosikan Zon Perintis Lecheng untuk menjadi sebuah tanah tinggi yang baharu bagi kajian dunia sebenar dan satu enjin baharu untuk pembangunan industri farmaseutikal China," kata Feng Fei.

Menurut Gauden Galea, wakil WHO di China, dengan pembangunan pesat bagi teknologi maklumat dan sains data, data dunia sebenar, kajian dan bukti mempunyai kesan yang pelbagai dan meluas ke atas keputusan kawal selia. China sedang merancang secara aktif untuk menggunakan kajian data dunia sebenar untuk menginovasikan penilaian dan pengawalseliaan produk.

Forum utama dan lapan forum selari telah diwujudkan pada persidangan itu, mengumpulkan sumber daripada agensi kawal selia perubatan dari dalam dan luar negara, institut penyelidikan saintifik, institusi perubatan, persatuan akademik, perusahaan peralatan perubatan, dsb., dan membentangkan hasil penyelidikan berperingkat di dalam dan luar negara, dan bersama-sama membina sebuah platform pertukaran penyelidikan dunia sebenar.
 
Sumber: Zon Perintis Pelancongan Perubatan Antarabangsa Hainan Boao Lecheng
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=435790
 
   Kapsyen: Persidangan Antarabangsa Boao yang pertama mengenai Kajian Dunia Sebenar bagi Produk Perubatan 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.