ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  DARI HANGZHOU KE DUNIA LUAR: EKSPO PENTING ITU MEMACUKAN PERTUMBUHAN PERDAGANGAN DIGITAL GLOBAL

Monday 19/12/2022

AsiaNet 99255

HANGZHOU, China, 19 Dis, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Dari 11 hingga 14 Disember, 2022, Ekspo Perdagangan Digital Global yang pertama telah diadakan di Hangzhou, yang merupakan sebuah ekspo profesional global dan ekspo kebangsaan peringkat paling tinggi yang bertemakan perdagangan digital di China.
 
Dalam zaman purba kala, Jalan Sutera dengan China sebagai terasnya mempromosikan kemakmuran bagi perdagangan dunia, dan lokasinya di pantai tenggara China telah menjadikan Hangzhou, ibu kota bagi Wilayah Zhejiang, secara semula jadi menjadi pusat perdagangan di laluan perdagangan purba kala itu. Bandar raya ini ketika itu terkenal dengan status mereka sebagai sebuah hab pengeluaran sutera.

Seterusnya ke dalam zaman moden, bentuk perdagangan dunia telah mengalami perubahan yang ketara. Perkembangan teknologi digital telah membentuk semula proses dan kecekapan perdagangan.

Dengan didorong oleh aliran data, dan dengan rangkaian maklumat moden sebagai pembawa dan disokong oleh platform digital, perdagangan digital telah menjadi satu bentuk baharu bagi perdagangan antarabangsa yang sedang berkembang pesat.

Masa telah berubah, tetapi kepentingan dan sumbangan oleh Hangzhou di China kepada perdagangan global tetap kekal penting.

Ekspo itu memberi tumpuan kepada isu-isu perbatasan bagi industri, platform, ekologi, sistem dan peraturan perdagangan digital. Ia telah menyerlahkan trend pembangunan global dan pencapaian China di dalam bidang itu, membina sebuah platform untuk pertukaran dan kerjasama di kalangan peserta, menggalakkan penggubalan peraturan global dan menyuntik dorongan baharu ke dalam pembangunan perdagangan digital global.

Ekspo berkenaan telah menarik lebih daripada 800 perusahaan terkemuka dari dalam dan luar negara, dan mencapai hasil yang memberangsangkan.

Ekspo itu telah menyaksikan beberapa keputusan, standard dan peraturan penting dikeluarkan, dan mengumpulkan beberapa pelancaran baharu dan kemunculan buat pertama kali. Sementara itu, 89 projek daripada 500 teratas, peneraju industri dan perusahaan unikorn telah ditandatangani semasa acara itu. Jumlah pelaburan mereka telah mencecah kira-kira 110 bilion yuan, meliputi terutamanya “Internet +”, bahan-bahan baharu, kehidupan dan kesihatan.

Ekspo ini adalah satu jawapan kepada seruan masa.

Sejak tahun 2020, disebabkan kesan daripada COVID-19, rantaian perindustrian dan rantaian bekalan kerapkali terganggu dan perdagangan global telah terjejas, namun momentum pembangunan bagi perdagangan digital kekal kukuh.

Pada tahun 2021, skala bagi perdagangan perkhidmatan digital rentas sempadan dunia telah mencecah 3,861.08 bilion dolar Amerika, meningkat 14.3% tahun ke tahun, mencakupi untuk 63.6% daripada jumlah perdagangan perkhidmatan. Dengan perkembangan pesat bagi perdagangan digital, ia telah menjadi konsensus bagi sebilangan negara yang semakin meningkat untuk menggalakkan pembentukan peraturan bersama.

Oleh itu, ekspo berkenaan telah menarik tujuh pertubuhan antarabangsa dan ahli politik, cendekiawan dan ahli perniagaan dari lebih 50 buah negara untuk mengambil bahagian secara dalam talian dan luar talian, dan 32 wakil dari kedutaan di China dan konsulat jeneral di Shanghai menghadiri acara itu.

Acara itu juga merupakan satu demonstrasi bagi pengumpulan momentum pertumbuhan bagi perdagangan digital China.

Di sebalik kemelesetan ekonomi global, perdagangan luar negara China telah mengekalkan perkembangan yang agak stabil, dengan perdagangan digital sebagai satu penyumbang yang semakin meningkat.

Pada tahun 2021, jumlah nilai bagi perdagangan perkhidmatan digital China dan e-dagang rentas sempadan mencecah 359.69 bilion dolar Amerika dan 1.98 trilion yuan, masing-masing meningkat 22.3% dan 15% tahun ke tahun. Peranti pembayaran mudah alih China seperti Weixin dan Alipay digunakan dengan lebih kerap di lebih banyak negara. China menjadi peringkat paling dinamik bagi pembangunan perdagangan digital global.

Yang paling penting, acara besar-besaran ini telah menghimpunkan usaha perintis bagi Hangzhou.

Tempat kepada ibu pejabat bagi gergasi ekonomi digital seperti Alibaba dan NetEase, Hangzhou sentiasa berada di barisan hadapan di dalam meneroka dan mempromosikan pembangunan bagi perdagangan digital di China dan seterusnya.

Pada tahun 2015, Hangzhou menjadi zon perintis komprehensif China yang pertama untuk e-dagang rentas sempadan. Pada tahun 2016, idea bagi eWTP telah dicadangkan secara rasmi pada Sidang Kemuncak G20 Hangzhou. Pada tahun 2018, Hangzhou mengumumkan untuk menjadi bandar raya utama China di dalam membangunkan ekonomi digital. Pada tahun 2020, Hangzhou telah dimasukkan ke dalam projek perintis bagi mendalami inovasi dan pembangunan perdagangan perkhidmatan secara menyeluruh, dan bahagian Hangzhou bagi Zon Perdagangan Bebas China (Zhejiang) telah dilancarkan secara rasmi.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Hangzhou, yang membina di atas tiga platform kebangsaan bagi zon perintis bagi perdagangan bebas, e-dagang rentas sempadan dan perdagangan perkhidmatan, telah berusaha keras untuk menggalakkan penubuhan sebuah sistem pembangunan perdagangan digital.

Hari ini, Hangzhou sedang rancak di dalam bidang perdagangan digital. Dalam tempoh tiga suku pertama tahun ini, jumlah perdagangan bagi e-dagang rentas sempadan di Hangzhou berjumlah 84.94 bilion yuan, meningkat 12.6% berbanding satu tahun yang lalu. Dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, eksport bagi perdagangan perkhidmatan Hangzhou telah mencecah 12.918 bilion dolar, melonjak 13.13% tahun ke tahun.

Semasa ekspo itu, Forbes China telah mengeluarkan perusahaan 100 Utama terpilih di dalam industri perdagangan digital global untuk tahun 2022. Firma-firma yang berpangkalan di Hangzhou menyerlah dengan 13 syarikat termasuk Kumpulan Alibaba, Kumpulan Ant dan Netease dipilih ke dalam senarai itu.

Di samping itu, 37 projek pembangunan yang berkualiti tinggi bagi zon perdagangan bebas digital Hangzhou telah ditandatangani pada acara itu, dengan jumlah pelaburan sebanyak 38.2 bilion yuan. Projek berkualiti tinggi ini akan terus mempromosikan Hangzhou untuk menjadi satu sumber bagi teknologi baharu, industri-industri baharu dan bentuk perniagaan baharu bagi perdagangan digital global.

Pusat Dagangan Digital Antarabangsa Hangzhou telah juga dilancarkan secara rasmi semasa ekspo itu, yang akan menggalakkan lagi transformasi bagi sumber data kepada faktor pengeluaran. Setakat ini, pusat itu telah menjalin perkongsian dengan 215 perusahaan.

Melihat ke hadapan, Hangzhou akan memberi tumpuan kepada membina sebuah kluster industri digital, sebuah kawasan inovasi kewangan digital, sebuah zon perintis logistik digital dan satu penanda aras kawal selia digital.

Sepuluh matlamat termasuk membangunkan sebuah pusat demonstrasi e-dagang rentas sempadan yang bertaraf dunia, sebuah tanah tinggi pembayaran rentas sempadan global, sebuah pembangunan komprehensif dan penggunaan demonstrasi tanah tinggi dalam data ditetapkan agar dapat menyediakan peraturan ekonomi digital untuk dipromosikan ke seluruh negara itu.

Menjelang tahun 2025, Hangzhou berusaha untuk mencapai hasil lebih 2 trilion yuan dalam perusahaan industri teras bagi ekonomi digital. Jumlah dagangan digital mungkin mencecah 500 bilion yuan, dan penyelesaian RMB rentas sempadan akan mencecah 1 trilion yuan.

“Dalam tempoh tiga tahun akan datang, Hangzhou akan terus memainkan peranan sebagai kuasa utama di dalam membina Zhejiang menjadi sebuah pusat perdagangan digital global, dan melakukan segala usaha untuk membina sebuah zon perdagangan bebas digital,” kata seorang pegawai kanan bagi Biro Perdagangan bagi Perbandaran Hangzhou.
 
Sumber: Biro Perdagangan bagi Perbandaran Hangzhou

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.