ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KUMPULAN YILI MEMBENTANGKAN USAHA PEMULIHARAAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI MEREKA PADA PERSIDANGAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI PBB

Wednesday 21/12/2022

AsiaNet 99283

Table
Kapsyen: Yili telah menghadiri sesi kedua COP15

MONTREAL, Kanada, 21 Dis., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Bumi kita pada masa ini sedang mengalami krisis planet tiga serangkai dan serentak berhubung kehilangan kepelbagaian biologi, perubahan iklim dan pencemaran alam sekitar. Keterukan mereka adalah sedemikian rupa sehingga hanya tindakan serta-merta daripada komuniti global mampu menangani permasalahan itu. Memandangkan keadaan mendesak ini, Persidangan Ke-15 bagi Pihak-pihak (COP15) bagi Konvensyen Kepelbagaian Biologi bersidang semula pada Disember 2022 di Montreal, Kanada. Di bahagian atas agenda mereka ialah penyelesaian bagi rangka kerja kepelbagaian biologi global pasca 2020.

Liu Chunxi, Presiden Eksekutif bagi Kumpulan Yili, berkongsi usaha pemuliharaan kepelbagaian biologi yang meluas oleh syarikat itu pada persidangan itu. Hasilnya, Yili ialah satu-satunya perusahaan tenusu yang dimasukkan ke dalam Tawaran Baharu untuk Rakyat dan Alam Semula Jadi: Buku Kes bagi Tindakan Perniagaan di dalam Kepelbagaian Biologi di China.

“Model Yili” bagi pemuliharaan kepelbagaian biologi

Sebagai syarikat China pertama yang menandatangani Konvensyen bagi Perniagaan Kepelbagaian Biologi dan Ikrar Kepelbagaian Biologi, Yili telah mempelopori sebuah model komprehensif bagi pemuliharaan kepelbagaian biologi, yang menampilkan pendedahan, pengurusan dan popularisasi. Syarikat itu telah menerbitkan Laporan Tahunan mengenai Pemuliharaan Kepelbagaian Biologi sepanjang lima tahun berturut-turut yang lalu, berkongsi pengalaman dan keputusan mereka dengan pihak awam.

Jawatankuasa Pembangunan Lestari Yili telah menyiasat kesemua elemen berhubung proses pengeluaran dan operasi untuk mengenal pasti atribut kritikal yang berkait rapat dengan kepelbagaian biologi. Syarikat itu telah mengenal pasti enam bidang tumpuan bagi pemuliharaan kepelbagaian biologi di dalam pendekatan keseluruhan kitaran hayat: pemeliharaan habitat, tindak balas perubahan iklim, pemuliharaan kepelbagaian spesies, penggunaan sumber mapan, pengurusan alam sekitar, dan sokongan pemuliharaan ekologi.

Tambahan pula, Yili telah berkongsi kepakaran mereka dengan rakan huluan dan hiliran mereka. Dalam satu contoh, Kumpulan itu mempromosikan sebuah sistem pertanian bersepadu di Ar Horqin Banner, Inner Mongolia. Oleh sebab itu, liputan tumbuh-tumbuhan bagi kawasan padang rumput teras ini telah berkembang daripada kurang daripada 10% pada tahun 2008 kepada lebih daripada 95%, secara berkesan mengubah kawasan yang pernah menjadi padang pasir menjadi sebuah oasis.

Tanah air kita: sebuah dunia yang hidup dalam harmoni dengan alam semula jadi

Di bawah “Inisiatif Tanah Air Yili” yang bertujuan untuk melindungi masa depan kehidupan, Yili telah bekerjasama dengan WWF dan Yayasan Hijau China berhubung perlindungan padang rumput, perlindungan tanah lembap di Timur Laut China, dan pemeliharaan habitat untuk gajah-gajah Asia. Melalui inisiatif itu, Yili telah menanam 100,000 pokok saxaul di Gurun Alashan di Inner Mongolia, mencatatkan 50,123 burung air di Tanah Lembap Xianghai yang meliputi kawasan seluas kira-kira 4,050 mu (c. 270 hektar) di barat Wilayah Jilin, memulihkan 50,000 meter persegi dalam habitat untuk gajah-gajah Asia di Wilayah Yunnan, dan menyokong pemuliharaan terumbu karang di Taman Negara Komodo di Indonesia.

Semasa sesi pertama bagi COP15 pada tahun 2021, jenama Yili Satine melancarkan produk edisi terhad bertemakan pemuliharaan kepelbagaian biologi, dengan reka bentuk yang menampilkan haiwan, tumbuh-tumbuhan, hutan, lautan, tanah lembap dan padang rumput untuk mencetuskan kesedaran awam mengenai pemuliharaan kepelbagaian biologi.

Yili mengeluarkan Laporan Pemuliharaan Kepelbagaian Biologi edisi NFT yang pertama di China pada sesi kedua COP15, memuat naik tindakan dan keputusan Yili di dalam pemuliharaan kepelbagaian biologi ke Metaverse. Dengan memanfaatkan teknologi canggih, Yili menyasarkan untuk menggalakkan generasi akan datang untuk terlibat di dalam usaha menjaga tanah air kita.

Ahli ekologi terkenal Dr. Thomas Lovejoy, yang digelar sebagai “godfather atau perintis bagi kepelbagaian biologi”, suatu ketika dahulu berkata bahawa “kepelbagaian biologi bagi planet ini telah benar-benar dibelasah, dan ini benar-benar peluang terakhir kita untuk menangani segala permasalahan itu.” Satu usaha bersama global amat diperlukan untuk perlindungan kepelbagaian biologi dan Yili, sebagai sebuah syarikat terkemuka di dalam perniagaan tenusu global, berdedikasi untuk meningkatkan sumbangan mereka kepada pemuliharaan kepelbagaian biologi, berganding bahu dengan semua rakan di seluruh dunia.
 
Sumber: Kumpulan Yili
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=436346
 
   Kapsyen: Yili telah menghadiri sesi kedua COP15
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=436354
 
   Kapsyen: Yili bekerjasama dengan Yayasan Hijau China berhubung pemeliharaan habitat untuk gajah-gajah Asia. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.