ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  CES 2023: OMRON HEALTHCARE AKAN MENDEDAHKAN USAHA BAHARU BAGI MEREALISASIKAN VISI UNTUK “MELANGKAH KE SIFAR” -- SIFAR SERANGAN JANTUNG DAN SIFAR STROK

Monday 16/01/2023

AsiaNet 99391

KYOTO, Jepun, 16 Jan., 2023 /Kyodo JBN-Asianet/ --

- “Viso,” Perkhidmatan Pemantauan Pesakit Jarak Jauh United Kingdom yang Baharu, Akan Dilancarkan pada Awal 2023 –

OMRON Healthcare Co., Ltd. (kemudian daripada ini Syarikat itu) akan melancarkan satu perkhidmatan pemantauan pesakit jarak jauh United Kingdom yang baharu bagi merealisasikan visi mereka untuk “Melangkah ke Sifar” bagi menghapuskan serangan jantung dan strok pada Pameran Elektronik Pengguna terbesar di dunia (CES 2023). Syarikat itu sedang menumpukan perhatian mereka kepada Pemfibrilan Atrium (AFib), satu daripada jenis aritmia yang semakin meningkat, dan memperkenalkan pelbagai usaha untuk mengesan AFib di peringkat awal pada CES 2023, yang berlangsung pada 5-8 Januari di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/202212271734-O2-jtQRl17o

Butiran mengenai gerai pameran itu adalah seperti berikut:

Tema di CES 2023
1. Pengesanan awal bagi penyakit jantung dengan menggunakan Pemantauan Tekanan Darah + teknologi ECG
OMRON Healthcare sedang memusatkan perhatian mereka kepada Pemfibrilan Atrium (AFib) yang semakin meningkat, satu daripada keadaan jantung dan satu faktor risiko yang menyebabkan infarksi serebrum kardiogenik. Memandangkan ia menunjukkan simptom yang tidak ketara yang datang dan pergi, atau hilang begitu sahaja tanpa disedari, ia adalah sukar untuk mengesan penyakit itu pada peringkat awal. Bagaimanapun, pengesanan awal dan rawatan yang sewajarnya boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Satu kajian menunjukkan hipertensi meningkatkan risiko AFib kepada 3 kali ganda paras purata. Di Amerika Syarikat, terdapat 116 juta orang dewasa yang menghidap tekanan darah tinggi dan 37 juta daripada mereka menghidap hipertensi Tahap 2 yang tidak terkawal (*1). Penyelidikan menunjukkan kelaziman bagi AFib akan terus meningkat sepanjang dekad akan datang (*2) dan Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menganggarkan bahawa 12.1 juta orang di Amerika Syarikat akan mengalami AFib pada tahun 2030 (*3). Syarikat itu telah mengeluarkan alat mengesan tekanan darah lengan atas dengan ECG terbina dalam ke seluruh dunia. Dengan peranti yang berinovatif ini, pengguna dan profesional penjagaan kesihatan dapat menggunakan data yang dipantau di rumah ini untuk tujuan rawatan dan, berikutan itu, pengesanan awal AFib di dalam pesakit hipertensi dapat direalisasikan.

Nota:
(*1) Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (14 Oktober, 2022). “Fakta mengenai hipertensi,” Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit.
https://www.cdc.gov/bloodpressure/facts.htm
 
(*2) Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (14 Oktober, 2022). “Pemfibrilan Atrium,” Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit.
https://www.cdc.gov/heartdisease/atrial_fibrillation.htm
 
(*3) Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (14 Oktober, 2022). “Pemfibrilan Atrium,” Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit.
https://www.cdc.gov/heartdisease/atrial_fibrillation.htm
 
2. Perluasan bagi Kesihatan Digital
Syarikat itu juga mendedahkan ciri-ciri terbaharu, termasuk sebuah “Jurulatih Kesihatan Jantung Peribadi” dan sebuah “Pasukan Penjagaan” di dalam OMRON connect (AMERIKA SYARIKAT/KANADA/EMEA) mereka, yang telah dikeluarkan di pasaran Amerika Syarikat, Kanada dan EMEA. Di bawah “Jurulatih Kesihatan Jantung Peribadi”, aplikasi itu menganalisis data penting yang direkodkan dengan menggunakan peranti yang disambungkan kepada OMRON dengan menggunakan teknologi AI dan menyediakan pengguna dengan cerapan dan panduan untuk perubahan tingkah laku berserta resipi, nasihat kesihatan dan senaman serta sasaran berat badan dan tekanan darah yang dipadankan dengan cerapan khusus pada data pengguna. Satu ciri “Pasukan Penjagaan” akan membolehkan seorang pengguna untuk mengumpulkan pasukan penjagaan mereka sendiri yang boleh menjadi seorang profesional perubatan, rakan atau ahli keluarga. Ahli-ahli pasukan boleh juga memantau data penting di dalam aplikasi itu.

3. Inovasi bagi Perkhidmatan Pemantauan Pesakit Jarak Jauh (RPM) Global
- Viso, sebuah platform RPM pelbagai penyakit yang baharu di United Kingdom
Perkhidmatan itu, yang dijadual dilancarkan pada awal 2023, akan membantu pesakit yang mempunyai penyakit kronik untuk berkongsi data kesihatan penting dari rumah mereka dengan doktor mereka. Perkhidmatan itu membolehkan doktor untuk memantau status fizikal dan pematuhan ubat pesakit mereka untuk meningkatkan pengurusan penjagaan kronik. Di United Kingdom, pesakit mempunyai satu pilihan untuk mendaftar dengan seorang Pengamal Perubatan Umum (GP) yang akan menjaga pelbagai jenis pesakit dan keadaan, daripada satu lawatan awal kepada rawatan jangka panjang. Oleh itu, mengoptimumkan pengagihan masa dan beban kerja mereka adalah amat penting.

Dengan Viso, pesakit boleh berkongsi berbilang data penting mereka, termasuk tekanan darah dan berat badan, dengan doktor mereka manakala doktor itu memantau data pesakit mereka dari jarak jauh dengan di selang-seli dengan lawatan ke pejabat mereka. Data tekanan darah terkumpul oleh Viso dianalisis oleh satu program ubat yang dibangunkan oleh sebuah pasukan Universiti Oxford, dan aplikasi itu mengesyorkan satu pelan ubat tiga bulan yang disesuaikan untuk setiap pesakit kepada doktor mereka. Dengan Viso, pesakit juga boleh memasukkan pematuhan ubat dan keadaan fizikal mereka dengan menjawab soal selidik yang diselia oleh doktor pakar. Oleh itu, lebih ramai pengguna yang menggunakan aplikasi itu, lebih baik ia mengenali pesakit dan cara bagaimana ia boleh membantu mereka memahami keadaan tersebut. Aplikasi itu menghantar pemberitahuan automatik melalui doktor apabila seorang pesakit mempunyai bacaan yang menunjukkan sekiranya tindakan perlu diambil, yang menumpukan bagi keperluan yang paling mendesak dan berisiko tinggi. Viso boleh disepadukan secara terus dengan Rekod Perubatan Elektronik (EMR) doktor supaya rekod pesakit diuruskan dengan selamat dan terjamin secara berpusat dan menyeluruh. Syarikat itu komited untuk menyokong pesakit yang menghidapi penyakit kronik di United Kingdom dan mengorak langkah ke hadapan di dalam merealisasikan pengesanan dan rawatan awal bagi serangan jantung dan strok.

- VitalSight (TM), sebuah RPM untuk pesakit yang menghidapi tekanan darah tinggi di Amerika Syarikat
Di CES 2023, satu perakuan oleh seorang pakar perubatan yang telah menggunakan program VitalSight sejak September 2020 dipamerkan. Sebuah tapak liputan memperkenalkan keberkesanan rawatan dan ekonomi kesihatan bagi perkhidmatan RPM berserta dengan data kajian terkini.
 
Gambaran keseluruhan acara
Tarikh: Khamis, 5 Jan, 2023 - Ahad, 8 Jan, 2023
Tempat: Pusat Konvensyen Las Vegas (LVCC)
Gaya Pameran: Gerai
Nombor Gerai: 8604
Tapak Liputan: OMRON Healthcare at CES 2023
https://healthcare.omron.com/ces2023
 
Imej untuk halaman pendaratan bagi tapak liputan itu:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000242/202212271734/_prw_PI3fl_0S5hDt6S.jpg
 
 
https://healthcare.omron.com/ (Global)
 
Sumber: OMRON Healthcare Co., Ltd.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.