ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  SIMONE INZAGHI: "TERIMA KASIH ARAB SAUDI KERANA MENGANJURKAN PERLAWANAN PIALA SUPER ITALI" ... STEFANO PIOLI: "KITA MESTI BERUSAHA DENGAN LEBIH BAIK UNTUK MENINGKATKAN TAHAP INI"

Friday 20/01/2023



Table
 
Simone Inzaghi: Semasa sidang akhbar selepas Piala Super Itali (Foto: AETOSWire)


Semasa sidang akhbar selepas Piala Super Itali

RIYADH, Arab Saudi, 20 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Satu sidang media telah diadakan selepas Piala Super Itali malam tadi, antara AC Milan dan Inter Milan, yang berlangsung di Stadium Raja Fahd di Riyadh pada pukul 10:00 malam (waktu tempatan), dibawa oleh Kementerian Sukan Arab Saudi sebagai sebahagian daripada acara sukan dalam Musim Diriyah ke-2.

Jurulatih Inter Milan, Simone Inzaghi mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi kerana menganjurkan Piala Super Itali. Beliau berkata: “Arab Saudi ialah negara yang cukup mesra, membuatkan saya dan pasukan berasa amat gembira menikmati masa yang kami luangkan di sini. Saya mempunyai ramai rakan di sini dan saya menghargai negara ini atas usaha yang menakjubkan dalam menganjurkan perlawanan seperti ini.”

Jurulatih itu memberikan reaksi terhadap prestasi pasukannya yang berjaya memenangi Piala Super Itali bagi musim kedua berturut-turut: “Kami betul-betul peka dan bermain dalam perlawanan dengan cukup sempurna.” Beliau berkata: “Sekarang, kami telah berjaya mencapai matlamat kedua kami bagi musim ini, selepas memasuki pusingan enam belas dalam Liga Juara-juara dan buat masa ini kami hanya mahu meraikan kemenangan ini.”

Bercakap kepada media, jurulatih AC Milan, Pioli berkongsi pendapatnya mengenai kekalahan yang menyakitkan bagi pasukannya. Beliau mengakui bahawa beliau tidak menjangkakan kemerosotan prestasi yang dapat dilihat baru-baru ini tetapi juga berkata yang mereka akan melakukan segalanya untuk bangkit semula. Beliau berkata: “Kami tidak bermain dengan baik pada separuh masa pertama untuk perlawanan seperti ini. Kami cuba bangkit dengan permulaan yang baik pada separuh masa kedua, tetapi semuanya menjadi pudar semula selepas itu.” Beliau menambah: “Kami tidak bermain dengan keadaan mental yang terbaik pada masa ini. Kami mesti berusaha lebih gigih dan bermain dengan lebih baik.”

*Sumber: AETOSWire

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53281474/en

Individu untuk Dihubungi

Dany Abadie – Pengarah Urusan
dany.abadie@squidnomad.com
 
Sumber: Kementerian Sukan Arab Saudi

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.