ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  TIANJIN PORT GROUP DAN HUAWEI MENGUMUMKAN KERJASAMA MENDALAM UNTUK MEMBINA KEMBAR PELABUHAN DIGITAL

Wednesday 25/01/2023



TIANJIN, China, 25 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tianjin Port Group dan Huawei mengumumkan pada minggu ini bahawa kedua-dua syarikat akan mendalamkan kerjasama untuk membina kembar pelabuhan digital, menjadikannya lebih berautomatik dan cerdas. Yang Jiemin, Naib Presiden Tianjin Port Group, menjelaskan bahawa rancangan ini terdiri daripada tiga bahagian: Pembinaan terminal berautomatik baharu, menaik taraf terminal tradisional dan transformasi digital secara menyeluruh.

Terminal Seksyen C di dalam Kawasan Pelabuhan Beijiang di Pelabuhan Tianjin ialah terminal pelabuhan pintar, sifar karbon pertama di dunia. Terminal tersebut memasuki operasi komersial berskala besar pada bulan Oktober 2021 dan telah beroperasi dengan stabil semenjak itu. Teknologi pemanduan berautonomi 5G dan L4 digunakan di terminal ini untuk membuatkannya lebih selamat dan lebih cekap. Di terminal itu, kren kontena beroperasi secara automatik dan robot cerdas bagi sistem pengangkutan mendatar kerap berulang-alik. Kren dermaga yang dikawal dari jauh mengangkat kontena yang penuh sarat dari kapal kargo dan meletakkannya di atas robot cerdas untuk pengangkutan mendatar. Disokong oleh Sistem Satelit Navigasi BeiDou, robot ini dipandu ke stesen mengunci/membuka kunci automatik untuk membuka kontena dan kemudian ke laman kontena di sepanjang laluan pemanduan optimum yang dikira dalam masa nyata. Keseluruhan proses berjalan lancar.

Yang Jiemin menjelaskan cara penyelesaian baharu itu, yang menggabungkan teknologi pemanduan berautonomi 5G dan L4, buat kali pertama telah dimasukkan ke dalam aplikasi komersial berskala besar dalam sebahagian senario awam di Terminal Seksyen C. Ini telah memberikan model baharu untuk menaik taraf dan mengubah terminal kontena tradisional sedia ada di seluruh dunia. "Inovasi yang digunakan di Pelabuhan Tianjin ini memberikan impak besar kepada industri pelabuhan, mencipta nilai baharu untuk pelabuhan dengan menambah baik persekitaran operasi, memacu pembangunan hijau dan rendah karbon, serta meningkatkan kecekapan operasi. Kami percaya bahawa amalan ini akan menggalakkan pembangunan cerdas industri pelabuhan global," kata Yang.

Yue Kun, Ketua Pegawai Teknologi (CTO), Unit Perniagaan (BU) Jalan Raya, Laluan Air & Pelabuhan Huawei, menyatakan, "Pelabuhan ialah penghubung utama dalam pengangkutan maritim, menghubungkan pasaran perdagangan dan bekalan di seluruh dunia. Membina pelabuhan pintar yang lebih cekap menjadi keperluan yang semakin mendesak bagi rantaian bekalan global. Kini, Terminal Seksyen C Pelabuhan Tianjin telah beroperasi dengan stabil selama lebih daripada satu tahun. Ini membuktikan bahawa pemanduan berautonomi 5G dan L4 telah berjaya diguna pakai oleh industri di China, serta mencipta nilai komersial dan sosial sebenar." Yue percaya bahawa kemajuan ini akan memberikan manfaat kepada pelbagai industri, bersama teknologi digital generasi akan datang, seperti 5G dan AI, digabungkan untuk menyelesaikan masalah industri, menggalakkan transformasi dan naik taraf industri digital, serta menjana nilai sosial.

Sebagai pelabuhan moden yang utama, Pelabuhan Tianjin berbangga mempunyai terminal kelas 300,000 tan dengan kedalaman alur 22 m. Pelabuhan tersebut juga mempunyai 213 himpitan daripada pelbagai jenis. Pada tahun 2022, daya pemprosesan kontenanya melebihi 21 juta TEU (Unit Setara Dua Puluh Kaki), disenaraikan antara 10 pelabuhan terbaik di dunia.

Maklumat Tentang Huawei:

Diasaskan pada tahun 1987, Huawei ialah peneraju penyedia infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan peranti pintar. Kami mempunyai 195,000 pekerja dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan rantau, menyediakan perkhidmatan kepada lebih daripada tiga bilion pengguna di seluruh dunia.

Wawasan dan misi kami ialah untuk membawa digital kepada setiap individu, rumah dan organisasi bagi dunia yang berhubung dan cerdas sepenuhnya. Untuk tujuan ini, kami akan berusaha ke arah ketersambungan di merata-rata dan akses rangkaian inklusif, menyediakan asas untuk dunia cerdas; memberikan kuasa pengkomputeran yang pelbagai di tempat dan masa anda memerlukannya, untuk membawa awan dan kecerdasan ke semua empat penjuru bumi; membina platform digital untuk membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; dan mentakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, menjadikannya lebih pintar dan lebih diperibadikan bagi orang ramai dalam semua aspek kehidupan mereka, sama ada mereka berada di rumah, dalam perjalanan, di pejabat, sedang bersuka ria, atau bersenam. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami dalam:

http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.youtube.com/Huawei

Maklumat Tentang Tianjin Port Group:

Pelabuhan Tianjin terletak di hujung barat Teluk Bohai di Kawasan Baharu Binhai, Tianjin, China, berfungsi sebagai penghubung antara Asia Timur Laut, Tengah dan Barat. Pelabuhan ini juga merupakan perhentian penting di sepanjang Koridor Ekonomi Jambatan Darat Eurasia Baharu dan hab antarabangsa bagi pembukaan China kepada dunia luar.

Pada tahun 2022, daya pemprosesan kontenanya melebihi 21 juta TEU (Unit Setara Dua Puluh Kaki), disenaraikan antara 10 pelabuhan terbaik di dunia. Sebagai pelabuhan moden yang utama, Pelabuhan Tianjin berbangga mempunyai terminal kelas 300,000 tan dengan kedalaman alur 22 m. Pelabuhan tersebut juga mempunyai 213 himpitan daripada pelbagai jenis dan sebahagian besar terdiri daripada enam kawasan: Beijiang, Dongjiang, Nanjiang, Dagukou, Gaoshaling dan Dagang.

Pelabuhan Tianjin menjalankan aktiviti perdagangan dengan lebih daripada 500 pelabuhan merentasi lebih daripada 180 negara dan rantau di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Tianjin Port Group, sila kunjungi: https://www.ptacn.com/

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Huang Daohen
huangdaohen@huawei.com
 
Sumber: Huawei

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.