ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Januari 29, 2023 -Ahad

 
  HILLSTONE NETWORKS MELANCARKAN STONEOS 5.5R10 BAGI MENGUKUHKAN LAGI TAHAP KESELAMATAN KESELURUHAN PELANGGAN

Wednesday 25/01/2023



Pelancaran baharu itu menyampaikan inovasi dipacu AI dan ZTNA terpusat, membantu pelanggan menguasai kerumitan operasi dan serangan siber lanjutan.

SANTA CLARA, California., 25 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hillstone Networkspeneraju penyedia penyelesaian keselamatan siber berinovatif dan mudah diakses, telah mengumumkan kenaikan taraf yang besar kepada sistem pengendalian iaitu Hillstone StoneOS 5.5R10. Kenaikan taraf terkini menyampaikan perlindungan ancaman prestasi tinggi berasaskan AI, kawalan dan pengurusan Kepercayaan Sifar terpusat, serta pemudahan operasi keselamatan dan pengoptimuman sistem dengan lebih lanjut, antara lebih daripada 300 ciri baharu. Fungsian baharu ini meningkatkan tahap keselamatan persekitaran pelanggan dan memperkemas lagi operasi keselamatan dengan laluan naik taraf yang mudah.

Peningkatan perlindungan ancaman dengan teknologi AI

StoneOS baharu memanfaatkan teknologi AI bertujuan menyediakan pengesanan ancaman berasaskan ML untuk trafik tersulit tanpa memerlukan penyahsulitan. StoneOS juga menampilkan perlindungan DDoS dan pengesanan DGA cerdas. Selain itu, disertakan ialah sambungan senarai hitam yang memperkasa fungsi Penapisan Trafik Perimeter (PTF) dan memberikan lebih perlindungan terhadap ancaman.

Kawalan dan pengurusan Kepercayaan Sifar Terpusat

ZTNA lanjutan melaksanakan pengurusan terpusat untuk dasar ZTNA melalui Pengurusan Keselamatan Hillstone (HSM) dan menyokong penyambungan cerdas ke get laluan ZTNA, pengesahan paket tunggal (SPA), sokongan Sistem Pengendalian berbilang vendor untuk pelanggan ZTNA, bersama dengan portal ZTNA. Ciri baharu memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik dengan operasi keseluruhan dan pengurusan penyelesaian ZTNA yang bertambah baik.

Saling ketersambungan lebih pintar dengan keupayaan VPN diperluas

Ciri VPN diperluas menyokong ECMP dan suis alih untuk penghalaan VPN cerdas dan menyediakan pilihan penubuhan terowong VPN IPSec dengan mengkonfigurasikan port tersuai dan rundingan automatik. Ciri ini membawa penggunaan lebar jalur yang lebih baik dan menambah baik ketersambungan, memastikan perniagaan terus kekal tidak terganggu.

Operasi sistem yang diperkemas membuang beban kerja lewah

StoneOS yang terkini memperkenalkan bestari permulaan dipermudah dan semakan lewahan NAT automatik untuk melicinkan operasi sistem, menambah baik produktiviti keseluruhan bagi organisasi dengan memperkemas beban kerja pentadbir sistem.

Peningkatan seluruh sistem yang mantap seterusnya memastikan kesinambungan perniagaan

Ketersediaan sistem ditingkatkan secara menyeluruh dalam pelancaran terkini, dengan sokongan untuk Ketersediaan Tinggi (HA) lanjutan dan permulaan semula Protokol Get Laluan Sempadan (BGP) yang diperhalusi, seterusnya memastikan perkhidmatan perniagaan terus kekal tidak terganggu bagi organisasi.

“Peralihan daripada model keselamatan berasaskan pinggir yang tradisional kepada model tenaga kerja teragih ialah perubahan seismik, yang dicetuskan terutamanya oleh mandat kerja dari rumah akibat penularan pandemik, tetapi impaknya akan berkembang secara beransur-ansur dan oleh itu, penyelesaian yang kami sediakan perlu menangani cabaran berkaitan,” kata Tim Liu, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) dan pengasas bersama, Hillstone Networks, “Lelaran terkini StoneOS terus menangani cabaran yang dihadapi oleh pasukan SecOps dan risiko berterusan yang dialami oleh perusahaan di seluruh dunia. Perlindungan ancaman dipacu AI dipertingkat, integrasi, kawalan dan pengurusan terpusat lebih baik dan operasi diperkemas semuanya adalah kritikal dalam menyampaikan pendekatan yang stabil dan strategik ke persekitaran keselamatan siber yang bingkas siber.”

StoneOS ialah asas untuk semua tembok api generasi akan datang Hillstone, yang telah diiktiraf dalam 2022 Gartner® Magic Quadrant™ bagi Tembok Api Rangkaian untuk tahun ke-9 berturut-turut sebagai produk Berwawasan. Kini StoneOS 5.5R10 boleh didapati secara umum.

Maklumat Tentang Hillstone Networks

Penyelesaian keselamatan siber berinovatif dan mudah diakses Hillstone Networks membentuk semula keselamatan perusahaan, membolehkan kebingkasan siber sambil menurunkan TCO. Dengan menyediakan kebolehlihatan menyeluruh, kecerdasan unggul dan perlindungan pantas untuk melihat, memahami dan bertindak terhadap ancaman siber berbilang lapisan, berbilang peringkat, Hillstone dinilai dengan baik oleh penganalisis terkemuka dan dipercayai syarikat global. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi www.hillstonenet.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Zeyao Hu
+1 408.508.6750
inquiry@hillstonenet.com
 
Sumber: Hillstone Networks

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2023 MREM . All rights reserved.