ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  TINJAUAN PELANCONGAN GMO RESEARCH: CORAK YANG BERBEZA DALAM KEINGINAN UNTUK MELANCONG KE LUAR NEGARA ANTARA APAC, EROPAH DAN AMERIKA UTARA

Friday 27/01/2023



Table
 
Adakah Industri Pelancongan Akan Pulih pada Tahun 2023? - Tinjauan Perjalanan Antarabangsa di Kesatuan Eropah (EU)/Amerika Utara/Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APAC). (Grafik: Business Wire)
 

TOKYO, 27 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- GMO Research (TOKYO: 3695) menjalankan tinjauan melancong ke luar negara pada suku terakhir tahun 2022 untuk memahami perbezaan dalam corak pelancongan antara rantau Eropah, Amerika Utara dan APAC. Tinjauan ini dijalankan dalam rangkaian panel yang mempunyai 3,000 responden di enam buah negara, Amerika, Kanada, United Kingdom, Jerman, Perancis dan Australia. Sebelum ini, GMO Research telah menjalankan tinjauan yang sama¹ pada bulan Oktober 2022 menggunakan ASIA Cloud Panel² yang disasarkan kepada 3,328 pemantau di 10 buah negara dan rantau Asia.

Eropah dan AS kekal sebagai destinasi popular di kalangan responden.

Tiga negara antarabangsa teratas yang paling ingin dilawati oleh responden dari Amerika Utara pada masa hadapan ialah: Itali (10.5%), United Kingdom (9%) serta Australia dan Jepun (kedua-duanya terikat pada 6.8%).³

AS ialah destinasi popular bagi orang Eropah dan responden di rantau APAC. Orang Eropah yang menyertai tinjauan ini juga menunjukkan keutamaan mereka untuk melancong ke negara lain dalam rantau mereka, terutamanya Sepanyol (9.3%) dan Itali (7.7%). Keadaan ini serupa untuk mereka yang menyertai tinjauan di rantau APAC, menunjukkan keutamaan mereka untuk melancong ke negara serantau, melawat Jepun (20.3%) dan Korea Selatan (6.6%). (Carta 1)

Apabila melihat sebab bagi setiap negara memilih AS sebagai negara pilihan mereka untuk dilawati, sebab yang paling biasa termasuk ‘banyak tarikan pelancong (25.4%)’, ‘pengalaman budaya yang unik (13.5%)’ dan ‘landskap semula jadi yang tersendiri (9.9%).’

Sebagai perbandingan, responden ingin melawat Itali kerana negara tersebut menawarkan ‘makanan/minuman tradisional (29%)’, ‘pengalaman budaya yang unik (24.2%)’ dan ‘bangunan/tapak bersejarah (12.6%)’. Sebilangan besar responden memilih Sepanyol sebagai destinasi mereka pada masa hadapan kerana ‘tempat peranginan pantai’ (36.1%) negara tersebut. (Carta 2)

Kekerapan melancong

Pada tahun yang akan datang, sebahagian besar responden di Amerika Utara (63.1%), Eropah (69.4%) dan APAC (56.9%) merancang untuk melancong ke luar negara sekurang-kurangnya sekali. Khususnya, 30–40% daripada responden di U.K., Jerman, Perancis dan Kanada merancang untuk melancong ke luar negara dua kali atau lebih, menunjukkan kesediaan yang tinggi untuk melancong (Carta 3). Walau bagaimanapun, secara perbandingan, kebanyakan responden di Jepun (88.6%) dan Indonesia (73.2%) masih belum membuat perancangan untuk melancong ke luar negara, menunjukkan bahawa ramai orang di Asia kekal berhati-hati untuk melancong ke luar negara.

Sumber maklumat tentang melancong ke luar negara

Apabila mengumpul maklumat tentang melancong ke luar negara, 'carian web' dan 'daripada mulut ke mulut rakan/kenalan' muncul sebagai sumber yang paling biasa di seluruh negara. 'Blog pelancongan' dan 'agensi pelancongan dalam talian' juga kerap digunakan.

Walau bagaimanapun, penggunaan 'SNS' (media sosial) sebagai sumber maklumat berbeza-beza, dengan sejumlah besar responden di Jepun, China, Korea Selatan, Hong Kong, Indonesia, Thailand, Jerman dan Perancis memetik media sosial sebagai sumber, berbanding dengan peratusan responden yang agak rendah di Amerika Utara.

Perihal GMO Research, Inc.

GMO Research Inc. menawarkan platform penglibatan khalayak dalam talian yang memberikan akses kepada rangkaian panel dalam talian berbilang negara, iaitu Cloud Panel. Pada masa ini, Cloud Panel terdiri daripada lebih 52 juta ahli panel pengguna dalam talian di 16 buah negara APAC dan lebih daripada 45 buah negara rakan kongsi. Perkhidmatan kami terdiri daripada perkhidmatan penuh, penyelidikan permainan, pengurusan projek, sampel sahaja, penyelidikan kualitatif dan terjemahan, hinggalah kepada DIY.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang GMO Research, lawati gmo-research.com.

---------------------------------------------------------------
¹Baca lebih lanjut tentang Tinjauan Melancong Ke Luar Negara di Asia di sini.
² ASIA Cloud Panel ialah panel pengguna yang khusus untuk rantau Asia dalam perkhidmatan penyelidikan Internet GMO Research Cloud Panel.
³ Melancong dalam Amerika Utara (AS/Kanada) dikecualikan.
 Data setakat Januari 2023.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53290528/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Maklumat Hubungan
GMO Research, Inc.
Willy Tey - Jualan APAC
willy.tey@gmo-research.jp
 
Sumber: GMO Research, Inc.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.